Keterangan Hukum Letak Gambar Dalam Blog ( laman Sosial )

    Adakah anda terfikir hal imej atau gambar gambar dalam blog anda! Apakah hukumnya dari segi Agama Islam...Mari tengok dapatan Etuza sebentar tadi apabila Etuza mencari kepastian tentang gambar dalam laman sosial.

Banyak blog menampilkan informasi hal gambar ini. Tetapi menurut sumber di blog SINI, ada dua kategori hal gambar. Pada Etuza Etuza tergolong pada situasi gambar dalam bentuk photography iaitu gambar sebenar yang di rakam menggun akan kamera lensa. Untuk m engukir gambar kemudia gantung menjadi tontonan ramai orang Etuza angkat tangan tidak ada kemahiran sebegitu. Untuk lebih kita yakin bahawa gambar dalam blog kita yakin untuk tujuan memperlihatkan imej sebenar yang bukan di lukis. Sama ada gambar individu, tempat dan sebagainya adalah perkara yang tidak mengapa dalam blog laman sosial asalkan tidak mempamerkan aurat khasnya aurat wanita.


Jemput untuk klik laman sosial ini, kerana blog ini menghuraikan hal gambar - gambar di laman sosial.Klik Hukum Gambar di laman sosial agar sedikit sebanyak akan terjawab keraguan kita dan terutamanya Etuza. Mari baca ini...

Kenyataan 1 Tentang Gambar atau Imej.

Dilarang membuat gambar dalam Islam kerana:
1- Padanya terdapat unsur-unsur cubaan meniru ciptaan ALLAH s.w.t
2- Membawa kepada Syirik di mana bermulanya Syirik dalam umat Manusia adalah disebabkan pengagungan terhadap gambar orang-orang soleh.
Maka para Ulama’ telah menyatakan gambar yang berbentuk patung Ukiran dan lukisan adalah dilarang keras dalam Islam.
Kenyataan 2 Tentang Gambar atau Imej
Adapun gambar fotografi maka yang sahih antara pendapat Ulama’ adalah asal hukumnya harus kerana tiada padanya unsur-unsur tasyabuh dengan ciptaan ALLAH.
Namun, jika gambar itu ada kemaslahatan yg rajih seperti gambar untuk mengajarkan tatacara solat, untuk memperkenalkan sesuatu perkara seperti kamus bergambar maka insya-ALLAH ianya harus kerana dilarang gambar itu atas jalan melarang maksud-maksud yang tidak benar (Tahrim al-Wasilah) maka jika digunakan pada maksud yang benar maka insya ALLAH ia tidak mengapa.
Alhamdulillah agak lega Etuza bila membaca kenyataan hal gambar yang kita letak di laman sosial. Semoga sedikit sebanyak menjadikan kita tahu serba sedikit keperluan gambar dalam blog kita. Semoga bermanfaat catatan updated blog Etuza kepada anda.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Thanks cikgu sudi sharing...amat berguna utk kita

    BalasPadam
  2. Betul tu cikgu..kadang keliru dengan info ini..macam2 versi. .sekarang dah faham..tq cikgu

    BalasPadam
  3. info yg sgt menarik...tq perkongsiannya..

    BalasPadam
  4. Terlalu banyak pendapat dalam hal nie. Yang penting, jangan salah gunakan apa yang kita ada. Dan berpada padalah :)

    Apa apa pun, terima kasih sudi berkongsi ^^

    BalasPadam
  5. err.. tak berapa nak paham sebenarnya...

    ulang beberapa kali pun tak dapat tangkap lagi..

    RAM slow pulak pagi ni...

    BalasPadam
  6. terima kasih Etuza kongsi info ni.

    BalasPadam
  7. Macamana kalau banyak gambar seksi cikgu etuza? :(

    BalasPadam
  8. Terima kasih kerana berkongsi info ini.. Banyak pendapat mengenai isu ini..

    BalasPadam
  9. bermaksud gambar yang bukan dihasilkan itu dibolehkan ye Etuza .

    BalasPadam
  10. kita ada baca orang cakap. kalau kita share gmbr orang, tanpa sedar orang tu x tutup aurat, kita pun kena juga. hm. mmg kena perhati betul2 apa kita share.

    BalasPadam
  11. Terima kasih di atas pengkongsian ini

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.