Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015
Pandangan dari jauh Masjid Al Rahim di Keningau, Sabah. Gambar Etuza dan saudara Ariffin Mat Kasim. |
Tidak lama lagi Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha 2015 akan menjelang. Dalam kalender 2015 jatuh Hari Raya Haji ialah pada 24 hb Sept 2015.Etuza rasa sedih sebenarnya tahun ini kerana 24hb Sept Etuza tidak berada bersama keluarga serta semua anak - anak dan isteri Etuza juga tidak bersama mereka di Hari Raya Haji yang tiap tahun kami rayakan bersama ibubapa Etuza di desa.
Hari Raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dan dirayakan oleh warga Islam di seluruh dunia.Hari Raya Haji adalah hari raya yang terbesar dalam Islam selain Hari Raya Aidifitri. Hari Raya Aidil Adha disambut jatuh pada hari ke 10,11 dan 12 serta 13 di bulan Zulhijjah setiap tahun dalam Taqwim Islam.
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
"Etuza serta seisi keluarga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA kepada semua umat Islam di mana juga berada. Kepada TEMAN BLOGGER mohon maaf atas kata bicara Etuza dalam ruang komen blog anda semua. MAAF ZAHIR BATIN, kalau menjamah juadah ingatlah bahawa semua rezeki adalah datang dari Allah yang menyayangi kita mengasihi kita." Subahanallah Allah Huakbar.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
klik infor lain untuk anda SINI.
klik infor lain untuk anda SINI.
15 Ulasan
Salam Aidil Adha
BalasPadamJemput singgah blog sy SPORTING MUMMY
terima kasih kunjungan nya ya. Etuza dah follow blog tuan
Padamsalam Aidil Adha untuk etuza sekeluarga dari PC sekeluarga.
BalasPadamPerdhu Cinta terima kasih ya..semoga hari raya membewa keberkataan..kerana hari raya haji ada unsur sedekah
PadamSalam Aidiladha Etuza.
BalasPadamterima kasih Cikpinz..salam aidil adha jg
PadamSelamat menyambut Aidil Adha buat Etuza sekeluarga. Tahun ini cikgu2 dan pelajar2 seronoklah dapat cuti seminggu... :)
BalasPadamTerima kasih BM selamat hari raya aidil adha juga ya
Padamselamat hari raya che gu
BalasPadamJOM FOLLOW SAYA
ya Erwanto/sudah klik tetapi tak ada follower keluar diruangan ya..akan klik balik
PadamSalam Aidiladha buat Cikgu sekeluarga
BalasPadamSelamat hari raya korban jg kepada kelaurag Umi Alya
Padamsalam aidiladha dari JM buat cikgu sekeluarga ye
BalasPadamSalam aidiladha cikgi :-))
BalasPadamSalam Aidiladha buat Cikgu dan keluarga
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.