Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Lepak menunggu anak di Starbucks KKIA Sabah
Lepak Di Starbucks Corner KKIA , Sabah
Sebagai manusia biasa, apabila kita pergi bersiar-siar jauh atau berjalan keluar dari daerah sendiri ke tempat lain dengan tujuan urusan rasmi atau sekadar melancong melihat panorama tempat lain, akan ada banyak kenangan hidup. Kenangan itu pasti diabadikan dalam bentuk memori bergambar dan lakaran catatan yang sungguh indah.
Menunggu agak lama anak menjemput kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu ini, menjadikan sedikit Etuza rasa tak tenteram, sebab semakin ramai pelanggan hendak mengalas perut dengan minum kopi pelbagai rasa dan kuih bun yang lembut dan lazat.Kelihatan pelanggan yang datang ke Starbucks Corner ini agak lepak santai sambil menikmati aroma kopi yang hangat dan wangi berlegar ke udara.
Lalu beredar ke luar dan duduk santai lagi menuggu anak. Tanpa sedar isteri mengambil gambar tanpa Etuza sedar. Please lah bagi lah peluang angkat kaki, baru gambar bagus. Isteri tersenyum dan klik klik beberapa kali. Lalu isteri kongsi kan gambar Etuza dalam group whatssup family. Sekarang baru kembali melihat gambar di Photo Play, terkejut gambar dari 2022,2023 masih tersimpan rapi. Hasilnya hari ini, malam ini gambar klik isteri ke udara maya.
Apapun hendak ikut kata-kata dari blog Blogger Antara Doha dan Jakarta katanya "𝐵𝑙𝑜𝑔 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ ℎ𝑎𝑘𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘 𝑘𝑒𝑘𝑎𝑙." terbaca ayat indah ini membuat Etuza berfikir akan kebenarnnya. Tepuk dada tanya selera.
Baik lah Santai Di Blog, selamat malam dan jumpa lagi di lain persembahan. Maaf andai banyak ejaan yang salah. Mohon maaf juga jika ada ayat tidak di fahami. Saya bukan guru subjek Bahasa , saya guru opsyen Sains.
Di Starbucks Corner KKIA Sabah
Lepak lagi anak belum sampai jemput kami..
Agak lapar, masa ini baru tiba dari Shah Alam, Selangor
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.