Selamat Hadapi Era 
Baru Persekolahan 2015
Gambar pasport Ibnu Mustaqim untuk pendaftaran di lekatkan
ke borang maklumat pendaftaran pelajar Tingkatan 1 2015. 
      
      Esok awal pagi harus bergerak ke SMK Agama, Keningau. bukan lah terlalu jauh hanya sekitar 15 KM dari rumah Etuza, tetapi hendak mengelak dari kehabisan parking dan mengikut kehendak Afif yang mahu etuza hantar ke asrama lebih awal. Katanya akan sesak jika lambat ke sekolahnya. Sesak hingga ketiadaan parking, disebabkan pelajar di SMK Agama Keningau kini bertambah ramai ekoran pertambahan kelas tingkatan 1 dan kelas tingkatan 3. Pada tahun lalu SMK Agama ,Keningau belum ada pelajar Tingkatan 3. 

    Masa ini mama sibuk stereka baju Ibnu Mustaqim di bantu oleh Azie. Etuza baru seketika tadi menurunkan tandatangan semua borang maklumat Ibnu Mustaqim yang diberi pada 4hb Jan 2015 yang lalu. Diharap pengalaman baru dan era hidup di asrama akan mampu mendidik anak-anak lelaki Etuza agar lebih berdikari dan dapat berfikir perkara baik dan buruk di asrama. 

Sedikit tips menyesuaikan diri di asrama menurut Etuza.Ini berdasarkan pengalaman Etuza sendiri semasa pertama kali memasuki asrama suatu masa lalu iaitu:-

Patuh dan sentiasa berdisiplin.

* Pelajar asrama mesti patuh pada peraturan asrama atau undang-undang asrama.
* Mesti sentiasa melihat jadual terutama jadual minggu suai kenal yang dijalankan.
*Menepati masa jadual sekolah dan jadual makan di dewan.
* Tidak malu berbual dengan rakan sebilik, agar mudah mendapat kawan yang baru.
*Rajin mengemas tempat tidur agar tidak di denda oleh warden apabila tempat tidur tidak di kemaskan.
* Tidak terikut perbuatan kawan-kawan yang melepak atau membuang masa di asrama.
* Sentiasa mempastikan alat-alat milik sendiri tidak di ganggu oleh pelajar lain.
* Menghormati pemimpin dikalangan pelajar yang di lantik.
* Tidak merasa malu kepada kawan-kawan atau guru-guru sekolah.
* Melahirkan rasa bersyukur kerana dikelilingi oleh kawan baru yang lain dan dapat mengenali budaya kehidupan di asrama.
* Mesti menjaga solat dan mengikut jemaah pelajar ke masjid. 

    Etuza berharap agar Ibnu Musatiq serta Afif dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama serta kawan-kawan dan guru-guru sekolah mereka berdua. Etuza berdoa dan terus berdoa agar anak-anak Etuza maju jaya dalam bidang pelajaran. InshaAllah.

   Etuza hendak berpesan " Usaha yang berterusan pasti mebuahkan hasil yang baik. Usaha tangga kejayaan. Selamat menempuh persekolahan buat seluruh  masyarakat Malaysia serta walau di mana. Semoga rahmatnya sentiasa mengiringi kita. Kepada rakan blogger juga, selamat memulakan persekolahan esok kepada anak-anak anda.