Promosi Penginapan 
Tabuh Haji Kota Kinabalu

Penginapan Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah ..
Lihat paparan gambar.
Suasana dalam bilik Penginapan Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.
Memang jauh beza dari 2005,2006,2007 ..
lebih berbaloi pada 2014.2015
Tempah 3 Katil Harga Sudah Naik

    Kota Kinabalu Sabah memang jauh dari Keningau dalam kiraan jarak 150 KM pada perkiraan Etuza jika tiba di Pusat Bandar Kota Kinabalu, bandaraya ibu kota Negeri Sabah. Jika dari Keningau melalui di Jalan Tambunan - Penampang menuju  ke KK. Tetapi jika dari Keningau melalui Jalan Kimanis merentasi Banjaran Crocer agaknya lebih kurang 120 KM sahaja. 

    Sampai di Kota Kinabalu Etuza pergi tempah bilik penginapan di Tabung Haji Kota Kinabalu. Tahun lalu 2 katil bernilai RM 170 dan 3 katil dalam kiraan RM 190. Tetapi kini Januari 2015 kini harga 3 katil naik harga mencecah RM 200 selepas harga promosi bagi kakitangan kerajaan. Apapun masih berbaloi untuk pakej ini demi keselesaan atau semalam di KK.Semuanya ada dilengkapkan dalam bilik bernombor 213 di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu.

     Lihat gambar yang Etuza sertakan. Anda sebagai pelanggan akan berpuas hati dengan pakej 3 katil bernilai RM200. Antara keperluan yang disediakan ialah :-

1. Alat kelengkapan solat bagi lelaki dan wanita.
2. Stereika, tuala, set mandian.
3. TV LCD dan penyaman udara memang ada dalam bilik ini.
4. Alat kelengkapan masak air dan mineral 
5. Peti sejuk yang kecil, meja menulis cermin dan kerusi.
6. 6 biji bantal yang empuk dan lantai parmaidani yang empuk.
7. Meja seterika juga di sediakan dalam bilik ini.
8. Setiap sudut ada di letakkan doa- doa seperti doa tidur, doa bangun tidur, doa masuk tandas keluar tandas, doa keluar dari bilik, doa tengok cermin, doa memakai pakaian dekat almari kain. Memamg sangat menarik sekali pada Etuza. 

Kepada penggemar melawat atau melancong ..anda pilihlah
Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu. Pasti anda merasa puas hati..
Situasi dan peralatan dalam kamar mandi di Hotel
Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.

Tempat : Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.
Tarikh : 21hb Jan 2015 ( Rabu )
Photography : Etuza