Taman Burung Labuan

Ini pintu gerbang Taman Burung Di Labuan.
Sebelum nak teruskan Etuza nak tanya..
Sudah dapat TROPI ke Blogger Lya ?
Dan yang hadiah saguhati sudah dapat ke belum?
Kecuali Blogger Safirul Ammar kerana belum 
ada alamat. Tolong Khabarkan..risau juga jika 
tidak kesampaian ..
Tolong jawab Ya...


Di Taman Burung Labuan ini terdapat
satu titian yang berbentuk jambatan,
sangat cantik jika kita ambil gambar 
kenangan di atas titian itu.


Ini di dalam mini Muzium di Taman Burung
Labuan. Banyak spesis burung di awet ada 
di dalam bangunan ini.


Ini juga gambar ketika melawat di
sekitar dalam bangunan mini Muzium
di Taman Burung Labuan.


Memang best jika kita dapat melawat 
di Taman Burung Labuan, kerana
kita akan melihat banyak burung 
yang berbagai jenis di sini..tengoklah
ada beberapa burung Etuza perlihatkan..


Ha ini dia burung seolah seperti ayam..
Tidak pasti apa nama burung ini..
tetapi kelihatannya seperti burung 
Ayam Hutan.
Masa lawatan ini tiada Guide b ertugas
kebetulan mereka cuti. Rasa hampa..hehehe..


Ini ikan sebenar yang diawet tau..
Besar panjang ...tengok pun rasa pelik
ikan besar ..di Muzium Taman Burung Labuan.


Ini burung tiung pandai ucap Asalamualaikum..
Good Morning, How are you dan terima kasih.
kalau kita tanya sudah makan..burung ini
akan tanya kita balik " Dah makan..."
Hehehe pelik burung ni..tapi segera
Etuza ingat Nabi Suliaman dahulu 
dapat berkomunikasi dengan haiwan..


Ini juga kita akan nampak di Muzium
 Taman Burung Labuan.
nampak kan..ini ialah antara
spesis telur burung besar dan kecil.
Yang paling besar itu ialah telur
Burung Unta.


Tengok tu burung sedang bertengek atas 
batu menyambut kehadiran kami.
Tapi geramnya bila dah dekat..
terbang lah pula ke atas pepohon..
Hisss!!!!


Apapun niat nak bagi anak-anak kegembiran 
masa cuti masa itu..
Mereka nampaknya sangat happy..
Etuza dan mama merasa senang melihat 
anak-anak berlari bermain di area taman
permainan kanak-kanak yang disediakan..
Mini taman permainan ini..sangat besar..
ha tengok masa tu alya baru 6 tahun..
Bermakna ini gambar 3 tahun yang lepas.


Burung Merak..burung ni agak sombong..
Puas tau! tunggu ekor burung ini
ditebarkan.Kadangkala bila ditebarkan
dengan segera Etuza ambil gambar..
Secepat kilat ekor di rapikan semula..
Hai burung merak..ni rupanya burung merak
pandai buat olok-olok..sombong!!
lastly burung merak ni, agaknya dah tengok
Etuza boring perlahan-lahan ditebarkan 
luas-luas ekornya..ha inilah gambar..
Lawalah Hebat sungguh kuasaNya
yang ciptakan merak untuk kita lihat.
Hanya ada di Taman Burung Labuan.
Travel lah ke Wilayah Labuan..dan jangan
lupa TAMAN BURUNG LABUAN.
Menurut seseorang yang juga ada
melawat ke TBL ni..burung ini memang begitu..
Pandai main olok-olok..


Ok selesai post gambar di TBL. Ada juga
situasi kurang selesa ketika berada di TBL..
Kami kena ekori oleh seorang pemuda ..
masih muda belia..tak nak lepas ekori kami 
dari belakang..biasalah situasi macam tu..
Baru tingkatan 2 Azie masa tu..memang 
Azie tinggi dari emaknya..Mujur pemuda tu
mengurat Etuza dahulu..dari caranya tahu dah..
nak kenal lah ..tak apa..itu normal...
Apakan daya segera beredar..tak boleh
lama lah.....segera ke kereta...balik 
Kenigau aman..hehehe...
Sayonara TBL..
Entah bila lagi dapat ke Taman Syurga Burung Ini.