Tips Niaga Nabi Muhammad SAW- Berniaga Dengan Cinta 

Sedikit menjadi panduan kepada insan 
dan sesiapa sahaja yang ingin BERGELAR
USAHAWAN MUDA juga panduan Etuza sendiri.

gambar hanya hiasan semata - mata. produk dalam gambar
tiada di dalam supermaket biasa..harap maklum.

BERNIAGA DENGAN CINTA ( APA KAH MAKSUDNYA )

    Cinta merupakan tenaga atau kuasa dahsyat yang mampu menggerakkan sesuatu dari yang tidak mungkin menjadi mungkin. Cinta dapat membuatkan seseorang yang sebelumnya kedekut menjadi dermawan, orang yang sebelumya sangat lemah menjadi kuat. Juga cinta membuatkan seseorang itu bersabar dalam sebuah penantian. 

       Begitu dahsyatnya kuasa cinta dalam setiap eleman  kehidupan, sehingga mampu menggerakkan sesuatu yang secara mustahil menjadi mungkin. Itu semua kerana cinta mampu merakit kepingan-kepingan kuasa yang tidak dapat diganti dan tidak dapat diramal.

     Cinta merupakan mutiara paling mahal di dunia . Jika seseorang itu sudah mampu mencintai sesuatu dengan sepenuhnya, maka perkara yang akan difikirkan ialah keupayaan untuk sentiasa memberi. Jika seseorang itu sudah mampu bekerja dengan digerakkan oleh kuasa cinta, maka itu juga akan memberi kesan kejayaan. Inilah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam melakakukan perniagaan sehingga mampu menuai kejayaan yang besar.

    Dikatakan bahawa " Rasulullah s.a.w. tidak pernah marah terhadap pelanggan dan rakan niaganya. Bahkan, terhadap orang yang sangat membencinya pun , baginda tetap membalas dengan penuh rasa cinta" Dahsyatnya peribadi Nabi Muhammad S.A.W. yang hanya segelintir dari kita mampu membuatnya. Mari mulai hari ini amalkan cara niaga nabi ini iaitu berniaga dengan cinta yang ikhlas terhadap perniagaan dan cinta terhadap pelanggan dan sesiapa sahaja, di sertai juga dengan kesabaran yang dalam. 

    Begitulah sedikit tips cara Niaga Nabi Muhammad S.A.W. yang ditulis oleh Najamuddin Muhammad, terbitan Al Hidayah House Of Publishers Sdn.Bhd. Semoga memberikan kita semua kesedarana betapa penting rasa cinta itu. Cinta yang cukup luas dan amat bermakna dalam perniagaan kita, baik niaga cara kecil-kecilan atau juga perniagaan yang besar sekalipun amalkan lah BERNIAGA DENGAN CINTA. InshaAllah.

Nota: Manusia yang paling beruntung ialah manusia indiovidu yang mampu mengawal amarah, kerana amarah itu adalah bisikan syaitan laknatullah. selain itu manusia yang mampu bersabar, sentiasa berdoa dan tawakal bahawa kejayaan itu harus merujuk kepada keimanan kepada Allah.

 ( Etuza memohon maaf kepada blogger Safirul Ammar-hingga kini hadiah belum sampai kepadanya, entahlah apa yang tidak kena. InshaAllah akan fikirkan bagaimana menghargai dia sekali lagi, tetapi mungkin bukan dalam bentuk sijil, harap Safirul bersabar ya)