Resipi Kek Kismis Berkrim

 Resipi Kek Kismis Berkrim - Air tangan Azie

ini rupa bentuk kek kismis berkrim azie..hari ini.
Siap dihidangkan pada jam 10.00 pagi hari ini.
masih ada baki ..so mereka simpan ke dalam bekas.
Petang hari ini nak makan lagi kata Alya.

di potong separuh tak letak krim. Etuza nak makan yang tak 
ada krim..cerewet kan Etuza. Hhehehe...

ha ini ada krim putih tu..lagi sedap letaklah cerri merah..
nampak lebih menawan..kalau rajin letak krim..pasti ada
umph!! makan kek ni...Rajin pula anak Etuza kali ini..
ada juga bahan untuk blog...)

      Resipi Kismis Berkrim - Kek Azie..

Bahan - Bahannya Ialah
* Tepung naik sendiri - 325gram 
* 5 Biji telur 
* Butter 250 gram
* Gula - 6 sudu
*1 sudu teh bicabornat of soda ( pegembang )
* Kismis, ceri merah dan krim 

Cara Membuatnya

Semua bahan dicampurkan secara
 perlahan-lahandi loyang anda. 
Gaul kan hingga terhasil doh 
atau adunan yang lembut. 
Masukkan kismis anda..gaul lagi sekali.
masukkan ke loyang baru..
ikut suka hati jenis dan bentuk loyang 
yang anda ada. Masukkan ke oven anda..
tunggu hingga masak .
Jika nampak kuning dan gebu/ kembang 
maka kek kismis anda sudah masak.

Krim (sedikit mantega, telur putih dan gula)
gaul dan pukul hingga kembang 
nampak krim yang lembut.
Sapu ke permukaan kek kismis dan letak lah 
cerri merah jika anda suka.
SELAMAT MENCUBA RESIPI KEK KISMIS BERKRIM-AZIE.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. wow simple kek, nampak sedapppp
    air tgn isteri ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madam kayu Manis bukan..ni kek anak gadis Etuza yang masak namanya Azie ( singkatan ) terima kasih ya

      Padam
  2. krim tanpa marjerin , ok jer klu saya ... nyum2 ... heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon maaf ada majerin juga krim ..ingat kan dah catat, ejaan salah lagi..dah dibaikai ya..

      Padam
  3. Mudah dan ringkas ja resepi. Free nanti boleh cuba. Dah lama oven tak digunakan

    BalasPadam
  4. Kalu wat kek, cukup dgn serbuk penaik, ntah le kenapa saya tak suka rasa soda bicarbornat

    BalasPadam
  5. Harus dicuba..

    Sikitnya sukatan butter & gula, seimbang ke tu Cikgu dengan tepungnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon maaf UMI azie ..mohon maaf ..dia silap tengok berat butter tu ..250gram butter tu umi...nanti Etuza betulkan..tadi..pagi Etuza tanya azie ..50g katanya rupanya silap 250gram

      Padam
    2. Petua asas buat kek ikut cara saya, mula2 saya timbang telur, contoh 5 biji =250gm, maka tepung, butter dan gula (saya kurangkan sikit sbb tak suka manis) masing2 mestilah 250gm juga, mula2 kacau butter + gula halus hingga kembang ( warna putih), masukkan telur & vanilla, pastu di kaup balikkan tepung + serbuk penaik (ditapis 2-3 kali) menggunakan sudu, cuba Azie buat, insya allah naik gebu jer.. (Tapi jgn sesekali masukkan soda bikarb sbb ia merubah rasa)

      Padam
    3. wah..tips bagus, ada Etuza perhatikan soda ni kalau terlebih pahit sebab Etuza ada juga buat biskut raya tolong mama buatkan ..aduh ingatkan soda ni bagus rupanya menambahkan rasa pahit dan rasa biskut atau kek rosak...terima kasih tips umi nanti bagitahu mereka berdua. Pasal kakak azie tak ada di rumah mamam dan azie kena belajar petua ni

      Padam
    4. Yg tu asas jer, kalu nak ubah suai pelbagai jenis kek, terpulang kpd kreativiti memasing, masuk jer bahannya, xmo takut mencuba, nampak gaya Azie minat ke dapur..

      urmmmm anak dara kami, ntah le, langsung tak menunjukkan bakat memasak, nak pegang pisaupun kekok.

      Padam
  6. Boleh la buat kedai kek di keningau ni cikgu etuza..:)

    BalasPadam
  7. tahniah utk Azie...dah boleh diharap dah...

    BalasPadam
  8. rajinnya azie.. boleh buka utk tempahan ni

    BalasPadam
  9. Senang nk buat kek ni bahan2 pun xbnyk, ade masa leh cuba.... Tp semestinye krim akan ditambah baru terasa nikmatnye kek tu....;-)

    BalasPadam
  10. wow... nmpak menarik dan sedap. resipi pn mudah dibuat..boleh cuba nnt bebila rajin..hehe

    BalasPadam
  11. mesti sedap makan time panas-panas kan...nyummmmm

    BalasPadam
  12. Nampak sedap tuuu ..Hehehe CIkgu Etuza punya tak eltak krim eaa..Hehehe kalau anak2 Lya suka ada krim hehe

    BalasPadam
  13. kalau JM pun sama..x suka mkn kek yg ada krim

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.