Blogger Malaysia Review By Etuza Siri # 6

Pilihan kali ini ialah Blogger Umi Alya 
dan blog Diari Hidupku.

Ini ialah header Blog Umi Alya - Diari Hidupku.  Kreatif dan oleh
kerana blog  header Diari Hidupku Etuza bagi nampak seolah
olah Header Diari Hidupku ada binding book. Nampak seolah
kita selak tiap lembaran Dairi Hidupku milik Umi Alya.

       Setiap blogger ada tujuan dan matlamat berblog, sekalipun blog yang diwujudkan itu sekadar blog peribadi. Paparan entry hanya terhad kepada paparan sekitar aktiviti keluarga mahupun berbagai termasuk pengalaman semasa membuat pelancongan serta aktiviti yang lain yang melibatkan anak-anak. Sangat bagus jika dapat diabadikan kenangan itu di dalam blog. Sekurang-kurangnya diri sendiri dapat menatap kerja dan usaha kita di blog. Jika dikongsi secara umum kepada awam maka kesan yang akan terjadi ialah blog kita akan menjadi tempat rujukan kepada ramai pengkaji dan pembaca maya.

      Seperti blog Dairi Hidupku, paparan yang kita lihat adalah pelbagai tetapi lebih kepada perkongsian mengenai pendidikan anak-anak dan riadah anak-anak. Ini contoh blog yang baik dan perlu kita berikan pujian. Kerana merujuk kepada entry  yang senang difahami oleh pembaca maya yang mungkin dijemput atau tidak. Blogger Umi Alya seorang ibu yang penyayang dan perihatin kepada perkembangan anak-anak. Menjaga kebajikan anak-anak dan memahami kehendak anak-anaknya. Tahniah Umi Alya.

     Seperkara yang kita harus akur dan hormat pada blog Umi Alya iaitu bukan mudah untuk kita COPY apa-apa maklumat di blog Umi Alya. Blog bagaikan dikunci kerana bila kita klik gambar kita akan diberi tahu agar tidak sembarangan menyalin atau mengambil gambar tanpa kebenaran. Kepada Umi Alya usah tanya bagaimana Etuza mencopy dua gambar maklumat khas untuk menambah seri review blog By Etuza. Harap Umi Alya halalkan.

     Kepada semua kenalilah blog Umi Alya Dairi Hidupku. Dia adalah blogger yang sebenarnya mudah untuk membantu kita jika kita ada masalah kita dalam berblog. Etuza berterus terang bagaimana rapat dengan blog Umi Alya ialah kerana Umi Alya selalu membantu bagi Etuza menyelesaikan masalah dalam berblog. Etuza pada awal aktifkan diri berblog pada blog P&M Etuza sering menemui masalah. Fikiran Etuza buntu dan tidak dapat berfikir mencari penyelesaian.  Umi Alya lah yang membawa Etuza kuatkan semangat berblog dan kuatkan usaha cari dan cari penyelesaian masalah. 

    Untuk cadangan membina blog baru dan tinggalkan blog PESONA yang bermasalah itu juga dicadangkan oleh seorang blogger iaitu blogger BUNDA. Terharu sangat dengan usaha mereka memulihkan keinginan Etuza untuk berblog. Kepada UMI ALYA teruskan usaha berblog, cuba lahirkan idea yang lebih bernas dari masa ke semasa tetapi mengekalkan paparan bagi model kesayangan iaitu Alya yang cute comel itu. Terima kasih blogger Umi Alya kerana sentiasa menceriakan blog Etuza dengan komen membina. Semua komen Umi dan blogger lain adalah WARNA - WARNA yang menghiasi laman BLOG PESONA & MUSTIKA. Teruskan usaha itu.

    Tambahan infor kejayaan besar blogger UMI ALYA ialah :-

    1. Mendapat hadiah pengkomen terbaik dan cemerlang edisi oktober       dan november 2014 di blog Etuza.
    2. Penerima Naib Johan program pencarian anugerah tropi untuk             blogger anjuran Etuza 2014. KLIK SINI 

    Syabas & tahnia Umi Alya.

Banner ini hasil kreativiti Etuza, tetapi di copy dari laman Dairi Hidupku.
Iaitu blog Milik UMI ALYA.  Nampak sangat berbudi bahasa banner ini.
Sangat menyegarkan mata dan menyejukkan rohani kita. Kerana
mesej yang sangat bermakna. 

Nota untuk UMI ALYA : Kalau nak copy dua gambar yang Etuza
hasilkan ini silakan copy ya..manalah tahu untuk tambahan Imej
pada entry Umi Alya yang baru. Jika suka lah ya Umi Alya.
Pantun Khas Untuk Blog & Blogger UMI ALYA.

" Hari-hari blog ditadbir,
Janganlah lupa sarapan pagi,
Kalau amalkan hidup ceria berseri,
Pasti bahagia hidup bersinar."

" Si kecil Alya anak yang  ceria,
Menjadi model blogger Umi Alya,
Kita berblog  salurkan informasi yang ada.
Ramai pengunjung melihat dan membaca."

Nota : Blog review pilihan Etuza edisi # 6 . Tahniah kepada
 Blogger Umi Alya yang baik hati.