Blogger Malaysia Review By Etuza Siri 5#

Etuza Keliru Betul Keliru Dengan Dua Wajah 
Blogger Kot Hitam Macho dan Photographer 
Baju Kemeja Biru..
Orang Yang Sama BLOGGER aRz @ Nor Ariffin Hamzah

My Photo

Blogger Pilihan :  Blog cikpinz & Blog aRz

      Etuza sebenarnya agak keliru hingga sekarang. Ya masih keliru sebab bila tengok komen pada dua wajah paparan blogger ini ke blog Etuza jauh beza. Tetapi pada blog aRz dan blog Cikpinz itu dialah orang yang sama katanya. Etuza perhatikan pada gambar berbeza ini hanya ada 1 persamaan iaitu kedua-duanya memakai kaca mata. Nampakkan.

      Mulai hari ini Etuza akan berusaha tidak akan keliru. Tapi andai kata blogger aRz Mohd tugar gambar profil pasti Etuza akan keliru lagi. Hebat blogger muda kita ini kerana berjaya mentadbir kedua-dua blog beliau. Tahnia ya aRz. 

     Pada pandangan Etuza blog aRz pada Blog Cikpinz itu lebih kepada paparan bertema pelancongan kelihatannya. Etuza mengikuti perkembangan blog cikpinz dan itu lah keadaannya iaitu menceritakan sejarah perjalanan pelancongan blogger aRz, baik dalam negara atau ke luar Negara. Inilah blog yang bagus untuk kita ikuti kerana kita mampu melihat bersama keindahan panorama Negara Malaysia khasnya.Namun tidak mustahil aRz akan masukkan juga paparan catatan lain selain pelancongan, itu hak aRz.

     Untuk blog aRz yang pertama lebih kepada paparan bersama keluarga anak-anak dan isterinya. Bermakna bro aRz tidak akan mencampur adukkan kisah hidup dan lain-lain catatan dalam sebuah blog. Andai ini tepat pada pandangan Etuza.

     Blogger aRz..seorang yang mesra maya, baik dan suka balas kunjungan kita ke blog beliau. Dia tak kisah jika kita lambat datang komen balas ke blog aRz, tetapi pastikan kita hargai teman blogger seperti blogger aRz, sebab segelintir sahaja blogger yang suka dan gemar membalas kunjungan blog kita ke blog mereka. Hendaknya teman blogger ramai-ramai terjah blog aRz ini. Dan jadilah kita sebuah team sahabat blog maya yang kuat dan bersatu padu. InshaAllah.

   Etuza ada terkesan dengan paparan blog aRz ini klik SINI dan ini SINI. Etuza kagum pada blogger ini, mempunyai perasaan kasih sayang kepada ibubapanya hingga selalu dibawa melancong ibu aRz. Syabas & tahniah ya aRz. Selain itu Etuza menjadi rapat dengan aRz kerana dia sanggup join Program Etuza iaitu PENCARIAN ANUGERAH TROPI BLOGGER EDISI NOV 2014  dan merai saguhati tetapi Etuza hadiahkan aRz berbentuk sijil dan kaychain. ( Nak tanya pada aRz dah terima ke penghargaan tersebut ?)
aRz pinjam gambar FLORSHEIM  ini ya.
DSC_0107
Cantik dan kukuh kelihatan bangunan lawa ini. Ini di Johor
Terbaik ni...

"Blogger review blog juga direview,
Hendaknya tuan punya blog menjadi ceria,
Andai salah dan silap usah ketawa,
Normal manusia tiada yang sempurna."

"Kalau tak kenal maka tak cinta,
kalau kenal bertambah mesra,
Jalinkan persahabatan blogger dan blog di alam maya,
Permusuhan dan hasad dengki jauhkan kita."

Ha aRz sedap tak pantun Etuza. Ini Pantuk khas untuk aRz.
Assalamualaikum...