Ubi Keladi Rebus Sedap

Rupa Ubi Keladi  Selepas Ditanak ( Rebus )

Ubi Keladi/ Keledek ( same meaning ) 
Klik Segmen Etuza SINI
   Ubi keladi ini hasil tanaman di kebun Etuza. Mama yang menanam dan sudah tahu juga beberapa blogger yang hobi isteri Etuza kala ada masa ialah suka menanam apa sahaja yang dia suka termasuk ubi keladi dalam gambar di atas.

   Setakan dimakan seisi keluarga memang ada, tetapi untuk dijual rasanya tidak, sebab antara penggemar makanan ini ialah Etuza. Tengok lah gambar ubi keladi di letakkan madu oleh Etuza sendiri, pernah kah kawan-kawan buat macam ni ubi keledek yang dah ditanak. Memang sedap dan ada aroma madu dan aroma ubi keladi tu. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.

      Simple sangat rebus/ tanak ubi keladi atau ubi manis juga ubi kayu. Letak air dalam belanga secukupnya, panaskan dan tunggu beberapa minit untuk ubi keladi itu masak empuk. Angkat dan hidangkan. Kalau di pasar jual sayur ubi keladi mahal sekarang ni. InshaAllah ada stok mama belum korek isi ubi keladi ni. 

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. saya tak pernah makan ubi keladi dgn madu cikgu..makan biasa2 mcm tuja...sedap..ataupun dibuat kek keladi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak try makan dengan madu..hummm! sedap tu Kamsih ya...nak bagi rasa manis tanpa gula ..)

      Padam
  2. Lama tak makan ubi keladi, sedapnya..

    Cikgu rebus dengan air jer, biasanya kami masukkan garam secubit dua, bagi rasa lemak2 masin.

    BalasPadam
  3. Kalau keledek, kakcik suka makan dengan kelapa parut+gula, tapi kalau ubi keladi ni sedap buat pengat... :)

    BalasPadam
  4. @❤Kamsiah❤

    Kak Kam..
    Ingat tak masa kecil2 dulu, tempat kita ada "ubi gadung", entah sekarang masih ada atau tidak?

    Tiba2 rindu makanan tradisional..

    BalasPadam
  5. ubi keladi? x pernah makan tapi kalau ubi keledek ..ye!! pernah mkn

    BalasPadam
  6. Ubi gadung? nak try google tak pernah tgk

    BalasPadam
  7. Huh! Rebus dan goreng semula mmg sedap..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.