Sekitar jam 7.00 petang Etuza dan Isteri sampai 
di daerah Keningau, selepas menemui anak 
di daerah Ranau.
Sampai di perkarangan Asrama Agama Ranau Sabah, anak sudah berada di bahu jalan, bagaikan tidak sabar menanti kehadiran kami berdua.Azie nama singkatan yang sinonim dengan anak gadis ke dua Etuza ini. Permata yang sangat berharga melebihi emas suasa. Dia anugerah dari yang kuasa, memiliki mereka adalah takdir yang Allah berikan. Syukran Ya Allah..sekali lagi selamat sampai ke distinasi hari ini dengan niat dan gerak hati yang kuat demi menemui anak terkasihi.


Seluruh warga pelajar pada 3hb Nov bersamaan hari isnin akan memulakan misi menjawab soalan peperiksaan SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) serentak di seluruh negara. 
SPM sebenarnya satu nadi ke arah kejayaan, biasanya bermula dari keputusan cemerlang SPM akan dapat menentukan arah tuju impian anak-anak kita sebagai genarasi pentadbir negara di masa akan datang. 
Pelajar yang cukup bersedia dari segenap rasa termasuk sokongan moral dari ibubapa serta restu guru-gurunya akan menempah kejayaan hadapi SPM. Hendaknya anak-anak kita juga mampu merai kejayaan cemerlang SPM 2014. Ibubapa sebenarnya tiada hadiah yang terbaik dari anak melainkan anak itu mampu mempersembahkan kejayaan akidah, kukuh pegangan agama dan terbaik keputusan peperiksaan. Ibubapa pasti gembira menerima berita kejayaan anaknya. Rasanya tiada ibubapa di dunia ini yang kejam mendoakan kejatuhan anak sendiri. Tetapi mengharap anak berjaya di dunia dan di akhirat.

Petang hari ini, tiada lagi yang ayah nak katakan yang ibu nak katakan melainkan Azie kena buat yang terbaik SPM mulai isnin ini. Kena tabah kena sabar dan kena ingat bahawa hanya satu-satunya jalan terbaik melakukan sesuatu cabaran ialah dengan selalu mengingati ALLAH, ingati Dia kerana kita tak mampu melakukan sesuatu tanpa rahmatNya. Mohon padaNya agar diberi ingatan yang bagus, tindakan yang baik dan idea-idea bernas untuk menjadi peluru dalam mencatat jawaban ke muka kertas putih.
Solat kena jaga, tepati masa solat walau mungkin bukan 100 % tepat atas sebeb jadual EXAM SPM memakan masa solat kita terutama ASAR.Mohon agar Allah mudahkan urusan sepanjang perjalanan SPM. Kesihatan kena jaga ( makan kismis tiap hari 7 biji) ..sarapan pagi kena ambil dan minum air mencukupi.Tidur kena cukup walaupun memang ada tekanan mentadbir masa di asrama, maklumlah kita tinggal di asram terikat dengan peraturan tidak boleh sesuka hati, oleh itu buat yang terbaik.

Azie kena ingat tips yang guru perturunkan. Kena tengok sport soalan yang diwar-warkan keluar. Tak ada benda yang susah dalam soalan apabila adanya usaha yang gigih sedari awal pembelajaran tingkatan 4 dan di tingkatan lima. Pastikan scor A subjek killer seperti Ad math, kimia, fizik, biology, sejarah, agama Islam, BM, BI dan lain-lain. Insha Allah ayah dan ibu akan doakan Azie selalu, tetapi pastikan Azie juga bangun dan bangkit membantu diri sendiri. Inilah antara bicara kami tentang mimpi indah di hari esok bermula dengan pengambilan SPM mulai isnin depan. Azie semoga berjaya..dan kepada anak-anak rakan blogger Etuza ucapkan buat yang terbaik dan mulakan dengan awal bismillah tiap kali memulakan segala sesuatu. Semoga berkat dan kita jauh dari anasir yang tidak baik sepanjang mengambil SPM 2014. Amin