Misi sudah bermula..
Program pencarian blogger yang layak menerima tropi dari Blog Pesona & Mustika kini Etuza mulakan klunya.

Siapa Etuza sebenarnya yang berani hendak anjurkan Program Anugerah untuk blogger di Malaysia ini. Alamak sendiri menjawab, bukan berlagak terkenal, bukan berlagak dermawan, jauh sekali sebagai Blogger Jutawan..please usah terfikir hingga ke arah itu. Etuza insan biasa yang hendak hidupkan satu jiwa yang murni satu ukuhuwa yang hidup walaupun di alam maya, Etuza hendak jalinkan persahabatan maya dengan harapan hendaknya persahabatan ini tidak di blog, tidak di dunia tetapi hingga ke akhirat persahabatan ini terus terjalin. Dan pastinya kita semua mengharap syafaat Nabi Kita Muhammad SAW. Amin.
Etuza hendak ringkaskan bahawa sebenarnya hak kita sebagai blogger Malaysia anjurkan apa2 selagi tidak melanggar etika blog. Ini lah jalan hendak memberi dalam bentuk apa sahaja, menghargai dan bukan ada hasrat hendak kan keuntungan ..apa untungnya hendak beri anugerah. Ha yang ada adalah ukuhuwa..rasa kebahagiaan dan rasa di hargai serta kita sebenarnya menghidupkan amalan bahawa "HIDUP INI HARUS MEMBERI" terserah kita memberi dalam cara apa, tidak di blog tetapi juga dalam realiti kehidupan anda.Tapi blog ini adakah bukan realiti? Jawab sendiri.
Kadang kala bagaimana hendak hidupkan jiwa di blog kita ini. Inilah masanya..dengan pengisian aktiviti yang dijamin tidak mudaratkan jiwa dan perasaan kita. Anugerah yang Etuza adakan kali ini adalah anugerah yang ke tiga dan ini lah yang terakhir Program Memberi Anugerah kepada blogger yang akan berjaya bagi blog Etuza tahun 2014 (Anugerah Blogger 2014). Blogger baru atau lama sila mampir sila klik blog Etuza. Manalah tahu anda pula yang menerima anugerah hebat dari Etuza kali ini, itu tak mustahil. Cuba lah berusaha ya..Insha Allah tak akan susah punya..mudah sahaja asal anda sering ke laman Pesona & Mustika.( Inilah klu warna kuning,misi anugerah khas dari blog Pesona & Mustika)