Selamat malam semua. Jenuh menunggu
baru terbit gambar, amat menguji
kesabaran bila line huuuu!!!! slow..
Etuza sambung semula misi Osaka Jepun yang belum berakhir. Kiranya siri ke 10 penceritaan ini Etuza masih tak pasti sebab dari blog lama Etuza sambung misi ini ke  blog Pesona & Mustika

 \
Pemandangan istemewa area Shinsaibashi
Shoping Street Osakan Jepun.

 Hari ke 4 di Osaka Jepun aktiviti kami ialah ke Shinsaibashi Shopping Street. Di sinilah pusat terkemuka Osaka Jepun untuk membeli belah. Segalanya ada di sini, dan satu kawasan yang sangat luas besar dan tak habis seharian berjalan ke kiri kanan untuk shoping ( tapi tak belipun apa2 ) cuma melihat2 ada juga membeli tetapi macam kad book, kad dan ada membeli dool untuk Nuraliya.Sebuah jam untuk Azie dan selendang bak sutera untuk anak sulung, untuk mama ( isteri ) tempat kaca mata yang unik bentuknya. Beli hadiah untuk kawan bernama Mohazar dan Lee Gua Huat. Oyes!!
Tidak perlu risau jika lama berjalan di area ini, teduh dan tak panas kerana sepanjang jalan dibina bumbung. ( lihat saja )Memang hilang sekilogram lemak jika seharian berjalan di sini. Sangat sibuk dan sangat2 riuh. Riuh dengan gadis2 Jepun remaja lelaki Jepun promosikan barangan jualan, macam bertanding lah Etuza dengar tetapi mereka tak kisah pun jika tiada yang datang membeli. Pakaian di sini berjenama. Untuk Etuza, beli bag sikut ja . Kalau jaket macam baldu lembut tu Etuza beli di Hard Rock dekat kawasan Universal Studios Japan.

 Semasa Etuza dan kawan Nasrul serta Edwin di Shopping Street ini, kami ada terjumpa wanita berjubah  2 orang jika tak silap, mereka berasal di Terangganu dan sudah seminggu di Osaka Jepun. Mereka memilih barangan yang dikatakan  memang cukup murah, kalau ada Yen 3000 ha boleh lah shopping sakan. Tapi bakul sila bawa sendiri ya, sebab kaki dah sakit berjalan jauhnya tak sampai hujung penamat. Sehari di sini seolah tak aci lah kena dua hari baru puas hati.Di area sini juga ada Etuza lihat ketam besar sangat gantung atas bangunan, kerbau hitam bergantung, udang dan naga. Macam-macam lah ada di sini. 
Apa yang sangat special Etuza ke sini ( shopping street )ialah kami 3 orang dari Sabah, Malaysia dapat naik satu restoran yang kira special juga, memang sedap makanan. Masing-masing makan, oleh kerana ayam dan itik berbahasa kami pilih makanan di menu main tujuk ja. Kalau tak haram jadah orang Jepun di restoran tu tak faham Bahasa Melayu. Angguk-angguk jala kepala hormat dengan mereka. Etuza ambil jugalah nasi, salad,telur dan puding. Minuman jus oren saja. Hummm!!! sedap. Halal ya pilihan memang nak yang halal.


 Ini masih Shinsaibashi Street.Kan street ja namanya ..memanjang street lah. Huuuuu!!! teruja sini, masa ni nak keluar sudah di Shopping Street ni ..ada kawasan tak berbumbung hujan renyai-renyai. Rasa lain nikmat hujan renyai di Jepun. Negara maju...memang hebat pusat membeli belah di sini. Kalau ada rezeki rasanya hendak ke sini lagi untuk ke dua kali. Insha Allah.
Ha ini Nasrul my friend. ( nampak tak kepala naga tu yang hitam tu)
Di sini kami sudah ready menunggu bas express nak balik Hotel Kansai.
Tak puas tapi tak larat lagi lah nak jalan.
Ok bye..
Sekian satu perkongsian traveling  
klik Sini rujukan tambahan Osaka Jepun