Blogger Malaysia Yang Aktif


TAHNIAH KEPADA SEMUA BLOGGER MALAYSIA YANG AKTIF BERBLOG. SALURKAN INFORMASI 
DENGAN IKHLAS HATI ANDA.
TERUSKAN MINDA YANG POSITIF
Pantun dulu ...
( Salam dihulur pembuka bicara )
( Dipetang hari berinformasi di alam maya)
(Salurkan informasi seikhlas hati kita)
(Agar ilmu kita itu dimanfaatkan semua)

Sebenarnya Etuza ingin mengucapkan jutaan ucapan tahniah kepada semua blogger Malaysia yang aktif berblog setiap detik waktu dan ketika mereka memiliki masa yang terluang. Etuza dapat perhatikan sangat banyak blogger yang baru dan yang lama silih berganti dalam paparan maya. 
Sebenarnya semua blogger Malaysia ada memiliki kreativiti masing2 dalam tamplate blog mereka. Blog mereka ada kekuatan masing2. Mereka ada visi dan misi dalam berblog, ada tujuan dan harapan agar dapat menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca paparan blog mereka.
Sayang sekali jika seperti Etuza beberapa tahun yang lalu, gagal menyampaikan informasi dalam blog, setiap bulan kosong paparan blog Etuza. Sayang sekali. Etuza nak pesan kepada blogger dan diri sendiri, bahawa sebenarnya SEDAR ATAU TIDAK BLOG KITA SUDAH ADA BLOGGER YANG MEMPERCAYAI BLOG KITA, KERANA ITU BLOG KITA DIJADIKAN BLOGLIST DALAM BLOG MEREKA.
Oleh itu hargai blogger yang ada letak blog kita. Bagaimana caranya dengan hanya AKTIFKAN DIRI UNTUK UPDATED PENGISIAN BLOG sekurang-kurangnya dalam seminggu ada dua entry cukuplah. Sebab jika kita tidak updated blog kita, kemungkinan admin blog tersebut yang bloglistkan blog kita di blog mereka akan merasa menunggu dan akan rugi meletakkan blog kita dalam laman mereka. Rasanya perkara ini perlu diambil perhatian.Namun kita faham juga jika ada blogger yang menghadapi masalah hingga bertahun tidak ada pengisian.Kita faham sangat2 jika ada blogger yang gagal updatekan blog.