Angka 306 Di Top Comment
Terbaik di blog Pesona & Mustika.

Jari Manis : Travel List
Header blog yang dimiliki oleh
gadis remaja yang sinonim dengan gelaran JM
Jari Manis Blogger yang sangat ceria.
Header blog yang dimiliki oleh
Umi Alya blogger dari Pahang
yang sangat penyayang kepada anak2 
serta bertanggungjawab juga seorang blogger yang mesra maya, suka menolong dan menegur dengan ikhlas.

*Terima kasih JM & UMI ALYA.

Pertamanya Etuza hendak ucapkan terima kasih kepada dua blogger Malaysia ini ( wanita). Pada Etuza mereka cukup baik dan sangat sangat mesra maya. Setiap Entry Etuza ada mereka meletakkan jejak iaitu komen atau ulasan yang memberi motivasi kepada Etuza. Kedua-duannya amat positif dan sangat tinggi ilmu blog mereka. Etuza kagum pada kedua-dua blogger ini. Bukan sahaja pada Etuza mereka drop komen tetapi juga di blog lainnya.
*Sangat Menghargai & Sangat Bersyukur
Kalau melihat komen mereka dalam blog Pesona & Mustika pada malam ini iaitu tepat jam 11.45 minit malam kelihatan drow ( seri ) dengan jumlah ulasan masing2 sebanyak 306. Seperti mereka bersaing antara satu sama lain tetapi hakikatnya mereka tidak menyedari bahawa ulasan mereka kini bertambah dan bertambah dari setiap masa. Mereka sebenarnya ikhlas dan ingin mengikuti perkembangan blog Etuza, sebagaimana Etuza mahu mengikuti tiap paparan blog mereka serta tanpa mengharapkan imbalan sebenarnya.
Dengan ini kepada semua, Etuza hendak kongsikan bahawa Etuza Sangat Menghargai & Sangat Bersyukur  kepada Allah kerana ada insan lain yang suka dan sering memberi sokongan kepada Etuza untuk teruskan blog ini. Bersyukur kerana mereka berdua tidak jemu mata memandang tiap gambar dalam blog pesona, mereka sangat memahami dan sporting, biarpun ada masa teruk ejaan salah  dalam blog Etuza, mereka masih like dan like blog Etuza ini. Etuza berharap mereka juga terus berblog untuk kesejahteraan masyarakat di merata tempat.
                  *Apa Istemewa Dua Blogger Ini
Seperti blogger lain, blog tamplate blog JM dan UMI masing2 ada kelebihan. JM blog  dia sangat menarik kerana blogger JM banyak paparan perkongsian pelancongan di tempat yang menarik. Selain itu JM kaya dengan budi bahasa dan tahu menghormati blogger yang lebih berumur dari JM. Seorang yang mesra dan ceria. Sebab itu Etuza nasihatkan kepada yang belum terjah blog JM sila klik sekarang dan follower blog JM ...mesti anda merasakan JM amat menghargai kita semua.
Tentang UMI ALYA juga mempunyai sifat suka menolong blogger lain, suka memberikan  tips berblog. Dia seorang rajin dan bijak sekali. UMI juga seorang ibu kepada anak yang masih kecil dan memiliki sifat keibuan yang tinggi. Umi Alya telah membuktikan dengan memberi cadangan pembaikan dan menurunkan ilmu mengurus blog Etuza. Inilah kehebatan UMI ALYA dan orang lain.
Dijemput kepada blogger yang belum mengenali mereka sila klik dan baca paparan laman maya JM dan UMI.
Tahnia atas persamaan angka ulasan sebanyak 306 drop.