Entry 88
( Cabaran 100 Entry Oktober 2014 )

Lawa kan Masjid Putera Jaya,tak dinafikan lagi bahawa masyarakat yang ada tinggal di sekitar Masjid Putera Jaya adalah mereka yang sangat bertuah dan pada Etuza mereka atau anda yang berada di Putera Jaya memang benar-benar sebagai hambaNya yang ditakdir kan tinggal di sana serta orang yang bersama memajukan Putera Jaya. Satu pusat rekreasi serta Pusat Pentadbiran Negara yang menjadi tumpuan pelancong.

Etuza kali ini hendak menyampaikan kenangan terindah apabila pertama kali pijak di Putra Jaya, Etuza sangat bersykur kerana nikmat melancong di Putera Jaya serta ke KLCC, ini berlaku pada tahun 2012 apabila  Etuza menumpang tuah anak Etuza. Kejayaan dia sedikit sebanyak mengorak langkah Etuza dan isteri melihat dunia lain selain kawasan Etuza di lahirkan.
Inilah Masjid Putera Jaya TEMPAT selalu PM kita bersembahyang Jumaat. Unik seni ukir amat-amat lawa menurut Etuza. Belum lagi kongsikan keunikan dan keindahan seni ukir bangunan depan Putera Jaya. Teruja betul berada di sana.


Kadangkala melihat album kenangan ketika di Putera Jaya, membuat Etuza ingat di shoping kompleks Putera Jaya, berbagai jualan ada terutama cenderahati berbentuk kychane dan hummm!!! ada NASI KANDAR sana, mamak punya restoran terkenal dengan Nasi Kandar Hameed's.
Inilah gambar Restoran Nasi Kandar Hameed's dekat Majsid Putera Jaya. Yang berada di area sana..mustahil lah tak pergi sini, kaya dengan keindahan dan panorama alam yang memukau dengan adanya tasik berdepan dengan bangunan-bangunan indah mempersona, khabarnya perumahan nun di sebelah tasik itu ialah perumahan para menteri dan para koprat di Putera Jaya.
Jika ada blogger area sana yang tak pergi Putera Jaya rasanya satu kerugian besar ya. Kalau lah Etuza dekat..hummm!!! memang nak pergi setiap hujung minggu. Kan ada ja program di dataran Putera Jaya tu..)