Biasanya tugas pengacara ada kalanya di berikan 
kepada Etuza. Biasanya tugas ini ramai yang menolak..
kemungkinan kurang yakin dalam mengendalikan majlis 
bagi program tertentu.
Jemput baca sedikit pengalaman Etuza ketika memikul tugas ini.
Gambar Etuza mengacara cara santai..


Tugas sebagai pengacara majlis sebenarnya berat, jika terpaksa memang majlis menjadi huru hara. Biasanya jika Etuza diberi tugas ini, Etuza lebih suka diberitahu awal, kerana akan memudahkan Etuza bersedia memberikan kerjasama.

Etuza tahu ramai pendengar dalam majlis yang dalam kepala mereka mahukan majlis cepat berlalu. Mereka tidak suka jika pengulangan ayat oleh pengacara berlaku, pasti kita akan dituduh pengacara majlis yang membuang masa dan merapu rapu saja. 

Etuza perlukan aturcara seawal mungkin,tujuan hendak mentelaah sedikit tentang perjalanan majlis besar itu.Sebagai pengacara mesti dalam diri tinggi keyakinan, nilai kesabaran dan kena amalkan sikap ikhlas. Selain kaya budi bahasa. ( semua itu Etuza kena terus pelajari dan pelajari). Jika semua bahan aturcara, maklumat majlis dan lengkap butiran ringkas tentang pegawai yang berucap memang seronoklah mengacarakan majlis. Sebab majlis itu akan lancar dan cepat selesai.

Tetapi berbeza dengan mengacara santai seperti dalam gambar pada entry ini. Etuza mengacara santai-santai dalam Majlis Ihya Ramadhan di sekolah Etuza.Memang seronok sebab inilah masa Etuza tunjukkan bakat lebih power lagi.Etuza bebas membuat majlis lebih meriah dan tersurat ilmu hal agama Islam di majlis ihya  Ramadhan ini.Terjalin ukuhuwa fillah sesama muslim muslimah.

Bagaimana pun tips menjadi pengacara yang berjaya ialah :-
1. Bersedia yakin dan berani melontarkan suara.
2. Ikut aturcara katakan yang terdapat dalam aturcara sahaja.
3. Elakkan mengulas terlalu lama pada ucapan pegawai yang menyampaikan ucapan.( atau tak perlu ulasan )
4. Elakkan mengacara ikut emosi, dimana inilah masa pengacara lepas kan geram kepada seseorang.Dalam mengacara ada sisipan sindiran. Ini hal tidak mahu sebagai pengacara.
5. Sediakan pantun-pantun nasihat mudah difahami.
6. Wajib ikhlas menjalankan tugasan sebagai pengacara.
7. Sentiasa positif.

( Inilah serba sedikit infor yang Etuza dapat huraikan tugas sebagai pengacara - InshaAllah semoga dapat membantu kepada orang yang selalunya diberi tugas sebagai pengacara majlis )