Ada Entry Lagi!

Apa khabar semua blogger dan pembaca maya! harap ceria dan bahagia sentiasa. 
Etuza terpanggil hendak ke udarakan Entry ini, lama dah terperap dalam hati, malam ini terzahirlah semua ilusi dan sedikit persoalan di minda Etuza.
Kalau remaja lelaki dan perempuan berblog jadi blogger tiada lah masalah sangat ya. Tapi bagaimana dengan mereka yang jadi BLOGGER tetapi suami isteri. Agaknya lah jika kedua-dua minat blog, suka blog dan tak selesa jika tak online blog! apa cerita nya. Tentu ada masalah yang berlaku. Cuma Etuza terfikir Blogger yang sudah bersuami atau beristeri mereka itu Etuza anggap blogger yang BIJAK, ya bijak mengatur masa sebagaimana Etuza. Sebab itu jarang benar malah belum pernah Etuza terbaca entry yang menyatakan RUNGUTAN oleh blogger tentang pasangan masing2 apabila jadi blogger tegar. 
Bagi Etuza memang Etuza yang paling gemar berblog berbanding isteri, lebih kurang situasi di bawah keadaannya apa Etuza buat dan apa isteri Etuza buat dalam masa yang sama.
Bila Etuza Berblog
1. Awal pagi lepas subuh Etuza online tunggu Isteri menyediakan juadah sarapan pagi.
( Etuza berblog / isteri memasak)
2. Asal ada masa senggang Etuza berblog, tunggu upload gambar ( agak memakan masa upload gambar ) Etuza akan bangtu isteri sapu lantai ruang tamu.Sempat juga tu..
( Etuza menyapu rumah / isteri sedang mebasuh pakaian pula)
3. Masa petang Etuza berblog, isteri di dapur sediakan juadah makan malam.
( Etuza berblog/ Isteri memasak )
4. Etuza berbelog kelihatan isteri menonton berita semasa dekat TV.
( Etuza berblog/ isteri menonton TV )
Ha kalau Etuza tak berbelog tak perlu cerita lah, masing - masing membuat apa yang patut baru aman rumahtangga.
Selesai Berblog
1. Selesai berblog Etuza biasanya akan mengajak isteri melihat paparan blog Etuza, memberitahu isteri tentang siapa datang komen blog Etuza.
2. Etuza beritahu isteri kelebihan berblog, dapat ilmu ICT dan dapat ramai kawan sesama BLOGGER  jauh dan dekat.
3. Etuza ajak isteri baca entry2 kawan-kawan terutama resepi dan peristiwa semasa di mana-mana.
4. Etuza ajarkan isteri klik mana-mana patut diklik dan baca Entry Etuza..ini mejadikan blog kita bukan peribadi kita tetapi dikongsi dengan suri rumahtangga kita.
5. Etuza minta izin dengan isteri masukkan masakan isteri yang dikira terbaik dan minta siapkan sekali dengan resipi.
6. Etuza setiap hari meminta agar isteri baca dan lihat gambar2 dalam blog Etuza.

Kepada semua blogger wanita dan lelaki jika sudah berkeluarga USAH lupa kongsikan blog entry anda dengan pasangan masing2. Baru harmoni dan mengelak fitnah serta salah faham isteri.