"Jangan kisah apa orang kata, janji diri kita bahagia" -Irfan Khairi.

Bagi anda adakah kata-kata ini perlu kita sematkan dalam minda kita. Kepada anda semua ungkapan ini kita perlu pandang pada sudut ke arah lebih positif. Usah telan 100% kerana pada Etuza Irfan Khairi menyatakan kata-kata azimat ini untuk situasi dan keadaan di mana kata-kata ini sesuai kita amalkan. Contohnya :

1. Situasi kita berada dalam lingkungan orang yang saling membanding bandingkan kita dengan orang lain. Atau membandingkan dia dengan orang lain. Ha ..cabut lari..kita tak boleh lama dalam lingkungan itu.

2. Kita dah berusaha sedaya upaya masih ada orang pertikai kemampuan kita, bukan itu sahaja kita disindir bagai lagi. Ok sini lah letaknya "jangan kisah" sebab buktinya kita dah berusaha.

3. Kita cadangkan perkara baik untuk kemajuan semua pihak, tapi kita dengar macam-macam kata-kata yang menyakitkan hati yang bertujuan nak lemahkan kita..ha sini jangan kisahlah kata-kata dia sebab kita berada di jalan yang betul. Kita tak buat salah sama orang, kita diberi persetujuan untuk projek kita atau apa juga perancangan.

Pada Etuza saya terima kata-kata Irfan Khairi tetapi biar bertempat tidak boleh 100% terima kata-kata ini, kerana ada masanya kita kena KISAH juga pandangan orang kata-kata orang tetapi kata-kata yang memberi impak baik kepada kita dan organisasi. Dan satu hal lagi, ada keadaan kita kena kisah pandangan dan kata-kata nagetif orang untuk kita jadikan azimat untuk berjaya, buktikan kita mampu dan ada potensi seperti orang lain. Kan Allah suka hambaNya yang mahu berusaha menyahut sesuatu cabaran.( ngee!! ini Mind Etuza ja)

Tara!!!!! Bab Berblog!!! anda kena baca ni!!

Ha dalam bertbelog ni Etuza dan cuba ubah tamplet, ubah macam-macam hanya header blog tak ubah tapi dah ada dah tambahan pada header blog Etuza, tengok betul-betul. 

Tapi...dalam mencari yang terbaik Etuza tak temui kepuasan sebenar, masih ada yang Etuza tak puas hati pada persembahan blog Etuza ni. Kadang-kadang nak kekal tamplet yang lama la pula pun ada dalam mind Etuza. Sebab menurut Etuza tamplet lama pun ada kelebihannya. Susah nak cakap ni...Sebab itu tajuk entry kali ini berbunyi "Inilah Manusia Tidak Pernah Puas" Ini merujuk kepada Etuza sendiri yang masih tak puas dengan paparan blog Etuza yang baru ini. 

Hahaha...akhirnya Etuza simpulkan sebenarnya dalam hidup ini, tidak ada yang sempurna melainkan kesempurnaan itu hak Allah. Selain itu Etuza akur dan terima apa yang ada, blog Etuza seperti ini Etuza bersyukur sangat. Hanya satu nak cakap bukan paparan blog cantik lawa anggun canggih macho bagainya yang jadi ukuran tetapi niat kita berblog hanya hendak menyalurkan INFORMASI hanya hendak menzahirkan info hal pengalaman masing-masing. Etuza terima hakikat bahawa tamplet lama Etuza itu ada kelebihan dan kelemahannya begitu juga tamplet blog baru Etuza ada kelebihan dan tetap ada kelemahannya. Akhirnya Etuza akur redha...Alhamdulillah...setakat mana itulah kemampuan ilmu yang ada, tetapi kita usah putus asa teruskan belajar berbelog dan bertanya kepada blogger Malaysia yang dah berilmu tinggi dalam dunia blog.