"Hidup ini, indah apabila kita sesama hambaNya saling menghargai dan menghormati sesama"

Rupanya ada peristiwa malang menimpa seorang blogger Malaysia yang meringkaskan namanya Dayah ( Hidayah Bakthiar )19hb Okt 2014 iaitu rumah kediamannya di Sungai Chua, Kajang telah terbakar. Mujur tiada nyawa terkorban. Etuza membaca dan melihat entry Dayah sebak membacanya, dan segera Etuza fikirkan bahawa hari ini Dayah ditimpa masalah, kita semua yang ada kita tidak tahu kedudukan kita, cuma kita mampu berdoa dan berdoa agar kemanapun kita, kita dilindungi oleh Allah yang esa.

Etuza terjah lagi blog Denaihati selepas membaca entry blogger Rilex Minda yang ada memaparkan entry rumah Dayah terbakar, Etuza rasa bangga dan bersyukur tampil blogger Denaihati anjurkan 1 KOMEN 1 RINGGIT untuk membantu Dayah sekeluarga. Kepada pengunjung blog Etuza sila klik blog Denaihati dan dapatkan keterangan serta infor saluran menghantar sumbangan ikhlas. Bak kata Denaihati "HIDUP UNTUK MEMBERI" Ikhlaskan mana yang ada, semoga ada hikmah dari yang Esa.
baca ini..dari Hidayah Bakthiar.

Rumah Dayah Bachtiar

Kepada Yang Hendak Memberi Sumbangan tunai sila rujuk no akaun Denaihati Resources di bawah.

Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun :
562834616817
Nama bank : Maybank