Teruja Melihat Kuntuman Bunga Kertas ID Wajid Ali Shah Di Laman.

Bunga Kertas ID Wajid AliShah Di Laman.


Gembira Melihat Kembangan Bunga Wajid Ali Shah Di Laman.

Petang kelamrin, terlihat kembangan bunga kertas disebalik rimbunan bunga telang. Siap bergumpal lilitan mencengkan ranting pokok bunga telang. Dan memang ranting bunga telang jenis melingkar dan melilit apa saja ada yang dekat dengan bunga telang ini. Mulanya tidak pasti apa nama ID bunga kertas itu, sebab warna daun hijau.

Perlahan meninjau melihgat keadaan sebenar kelopak bunga sebab ada daya tarikan untuk benar-benar lihat bunga kertas tersebut. Alhamdulillah, setelah di buka lingkaran lilitan bunga telang jelas terlihat bunga kertas ini nama ID nya ialah Wajid Ali Shah.Etuza pun keluarkan dari dekat bunbga telang dan bawa ke kawasan lapang. Oleh kerana bunga sedang kembang Etuza tidak jadi cantas untuk renekkan bunga kertas ini. Biar lah dahulu kami nikmati keindahan bunga ini.  Pernah sepasu besar bunga kertas Wajid Ali Shah di laman tetapi telah diangkat orang dalam harga RM80.00 masa itu. Rupanya ada Etuza tanam Wajid Ali Shah di pasu lain yang agak terbiar.

ID Bunga Kertas lain dalam Entri ini ialah: Bunga Kertas Selindang Sutera Batik Putih  dan Bunga Kertas Ekor Munsang Peace Purple. Dan terima kasih Puan Halima A datang ke teratak kami.Jumpa lagi.

Memang corak kuntuman bunga kertas Wajid Ali Shah lain dari yang lain..

Perhatikan kelopak bunga Wajid Ali Shah bila semakin matang..ada cairan rona warna jinga peace..

Etuza selitkan jambangan Bunga Kertas ID Selendang Sutera Putih.

Ambil satu bibit bunga kertas..terima kasih datang ..Puan Halimah A

Catat Ulasan

0 Ulasan