| Serlahan Bunga Kertas Butercup. |
Laman Etuza :
| Inilah kembangan Bunga Kertas ID baru di Laman Etuza. Butercup.Memiliki lingkaran putih lipstik di sekeliling kelopak bunga-bunga2annya.Cuba perhatikan.. |
Bunga Kertas Baru ID Butercup, Cantik Lipstik Putih Di Kelopak Kuntuman Bunga Butercup.
Alhamdulillah, bersiaran lagi, setelah beradu merehatkan tubuh badan yang bekerja seharian di kebun atau di laman sendiri. Menemukan bunga kertas bari ini, di Laman Andrina Ans Garden di Kampung Liau Darat. Saya dan suri hati terpesona dengan keindahan bunga ini, berdaun hijau tetapi kelopak bunga-bunganya ternyata sangat hebat dengan keadaan memiliki lipstik putih pada kelopak bunga-bunganya. Warna bunga pink pekat menjadikan serlahan bunga kertas ini membuat kita teruja dan merasa senang hati untuk memilikinya.
3 Cup RM50.00 Bibit Bunga Kertas Butercup Di Laman Andriana Ans.
Bertanya kepada Andriana Ans, bagaimana memiliki bunga baru ini, bagi Etuza merasa bunga ini baru dijumpai setelah opergi melawat Garden Bunga Kertas milik Puan Andrian Ans. Katanya boleh dapat 3 cup dengan harga berbaloi RM50.00. Lalu tawaran harga itu Etuza sambut dengan senang hati.Sahlah kini laman Etuza ada bunga kertas baru ID BUTERCUP. Bertambah koleksi lagi bunga kertas di Laman Etuza.Semoga ID Butercup cepat membesar, mengeluarkan bunga dan menyerikan halaman teratak Etuza di Jalan Kebun Mapua.
| Inilah gambar bunga kertas Butercup, ada salutan listik putih pada setiap kelopak bunga2annya. |
| Gembira tengok kembangan bunga kertas Butercup, lalu membeli dengan harga RM50 untuk 3 cup kecil. |
| Gambar kami di Garden Andrina Ans 2026. |
| Keindahan bunga kertas pelbagai corak di Andriana Ans Garden. Gambar 2026 |
| Melihat keindahan kebun bunga kertas, terasa hati bergetar..HEBATNYA Allah ciptakan keindahan ini, memberikan kita rasa gembira melihatnya. |
Musim Panas Menjadikan Bunga Kertas Kembang Dan Menyerikan Laman.
Sangat indah bunga kertas apabila kembang dan gebu di musim panas di Keningau Sabah.Semua bunga kertas dalam pasu-pasuan kini mengeluarkan bunganya. Ada yang kembang membulat dan ada yang baru berputik bunga-bungaannya setelah di baja subur, di letak baja bunga no 53 digembur tanah dalam pasu dan di letakkan tambahan tanah organik dan kokopit kelapa.Tujuan menggembur tanah agar tanah organik dan serbuk kokopit cepat sebati dengan tanah dan memberikan rongga uadara dalam tanah di pasu-pasuan.Selain pengakaran yang selesa pada batang bunga kertas di pasu.Kepada yang ada menanam bunga kertas, lihat kembangan bunga kertas anda di musim panas sekarang ini. Pasti ada rasa kelainan apabila bunga kertas giat berbunga di musim panas.
| ID Brezza ( Bunga Kertas) Di Laman Etuza Garden. |
Bunga kertas Butercup di Laman Etuza kini mengeluarkan bunga, InshaAllah akan mempamerkan di blog ini nanti. Kepada anda yang gemar menanam bunga kertas. Siramilah, bajai dengan cara teratur dan lihat hasilnya pasti menyerlakan bunga-bunganya seolah memberikan aura rasa gembira dan keyakinan serta motivasi kepada kita. Inilah hikmah menanam bunga di laman, akan sentiasa mengingati dan nampak zatNya Allah yang menyayangki kita mengasihi kita, mencukupkan kita dengan makanan dan minuman. Dialah pemberi segala apa ya kita ada. Subahanallah.

25 Ulasan
Oooo baru SA tau cikgu yg pokok bunga kertas ni ada banyak ID dia....
BalasPadamOooo baru SA tau cikgu yg pokok bunga kertas ni ada banyak ID dia....
BalasPadamWarna-warni pelbagai jenis bunga kertas akan memeriahkan suasana. Subhanallah.
BalasPadamcantik bunga kertas. arwah mak dulu suka tanam pelbagai jenis.
BalasPadamBunga kertas memang senang nak tumbuh lagi2 dgn cuaca panas ni Malaysia. Lagi mekar jadinya.
BalasPadamCantik² semua pokok tu.
Depan rumah Cuya pon ada pokok bunga kertas yg mekar
Bila dah ada pelbagai warna dalam satu tempat terus naik kecantikan bunga kertas ni..
BalasPadamCantik dan nampak segar
BalasPadamCantik,.. meriah dengan pelbagai warna
BalasPadamsubhanallah cantiknya bunga kertas pelbagai warna seri lanskap
BalasPadamRomantiknya berfoto2 di celahan bunga2...
BalasPadamMasha-Allah cantik sungguh koleksi cikgu. LZ ada bercadang nak collect bunga kertas masa pindah rumah baru tapi laman rumah sekangkang kera, tak sesuai.. Bunga terjuntai masuk ke pagar rumah jiran, akhirnya cantas dan buang hanya tinggal sepasu 7 warna sahaja.
BalasPadamcantik berbagai kaler bunga nya kan.
BalasPadamTeringin nak bela pokok bunga kertas. Satu hari nanti, In Sha Allah.
BalasPadamNampaknya Cg dan puan isteri punya minat yg sama 👍🏻
Wahhh seronok betul bunga kertasnya uncle. Warna ungu-nya cerah, membuat mata berbinar saat melihatnya. Andai ada di Indonesia, saya pun mau beli dari uncle, hihihi
BalasPadamGambar cikgu dan isteri di Andriana Ans Garden nampak macam photoshot pengantin atau sedang hendak buat video Hindustan. Manissss sangat. Cantik semua gambar bunganya. Terapi mata betul
BalasPadamWah... Cantik-cantik bunga kertas, sangat menyerlah warnanya.
BalasPadamsaya ada sebatang pokok bunga kertas yang hidup sengan mati tak mahu. mungkin tanahnya tak cukup zat
BalasPadamAsalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih semua teman blogger yang drop komentar di ruangan komentator ini, kehadiran anda sangatmenyerikan laman Etuza. Terharu ada yang datang membaca ..Alhamdulillah..
BalasPadamlawanya bunga kertas... dulu zaman sekolah suka tut kan bunga ni.. gambungkan satu pokok banyak warna bunga... paling cantik pokok ni jenis yang menjalar penuh bunga atas tumbung anjung siap jalar masuk ke rumah.. dari jauh anjung kaler maroon sebab bunga dia tahan lama dan tahan cuaca..
BalasPadamMeriah lah laman cikgu.. penuh warna warni.
BalasPadamSeronok kalau dua-dua punya minat yang sama.
Masha Allah, cantiknya bunga kertas di laman Cikgu tu 👍🏻
BalasPadamcantik . unik coraknya
BalasPadamOh saya pernah lihat bunga kertas buttercup ini. Memang cantik Krn dia membentuk cup kan, unik jadinya 😍😍
BalasPadamimpressive collection sgt niiii
BalasPadamWah Cikgu jual benih bunga kertas buttercup ya?
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.