Rezeki Itu Adalah Berbagai Bentuk, Bersaing Secara Sihat.

Tahniah kepada Blogger Lydia, muncul lagi pengkomen teratas 
di Blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan.

 Rezeki Itu Adalah Berbagai Bentuk, Bersaing Secara Sihat.

Selamat malam hari ini telah menjelang 1/4/2026 dan dalam situasi larut malam tersedar dari lena setelah awal beradu. Terlena tanpa terganggu oleh perkara yang merosakkan keharmonian tidur. Melainkan tersedar apabila ada hajat ke bilik air. Memang dalam kesunyian malam ini banyak perkara yang hendak dibuat antaranya mahu beramal ibadah. Semoga kita terhindar dari kelalaian dan kealfaan menghadapNya yakni Allah yang satu. Panjang pula intro ini. Klik Blog Lydia SINI.

Komen yang baik di blog adalah nafas hidup sesebuah blog, blog yang sepi tanpa komen
mungkin akan menjadikan keseronokan berblog kurang dirasai.Komenlah dari hati ikhlas.Etuza.

Rezeki itu sebenarnya dari pelbagai arah berbagai bentuk yang bukan sekadar material sepertri wang dan harta benda. Rezeki itu abstrak dan mudahnya kita merasainya dan menikmatinya dan mensyukurinya. Antaranya ialah rezeki di blog. Ya sebagaimana BLOGGER LYDIA yang acap kali ( selalu) menang dalam ruangan KOMENTAR di blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Untuk bulan Mac sekali lagi nama BLOGGER LYDIA muncul teratas. Dalam blog Etuza memang ada niat dan hajat memberi, andai ini satu amal jariah dan saham akhirat, saya amat-amat mensyukuri kepadaNya .Hanya Allah yang maha tahu menilai keikhlasan dan usaha memberi di Blog.

Rezeki apabila diberikan kesempatan mengklik blog ke blog lainnya, bertegur sapa menerusi ruangan komentar juga adalah rezeki seseorang. Kerana apabila kita membaca komen yang baik sebagai dukungan menghidupkan roh blog kita, maka kita pemilik blog merasa gembira dan senang hati membaca komentar kawan blogger lain.Jika ramai yang datang drop komen, semakin membesar kegembiraan kita. Justru komen yang melontarkan kegembiraan kepada kita merupakan satu rezeki kepada pengkomen dan rezeki kepada addmin blog personal kita.

Kepada Bloggers Lain, Komen lah Bersainglah Railah Rezeki. Cubalah Usaha dan Usaha.

Banyak sebenarnya blogger di Malaysia yang menawarkan pemberian di blog apabila kita muncul secara positif terbaik dan teratas sebagai pengkomen di blog mereka.Sebagai blogger pinggiran seperti Etuza, telah banyak kali memdapat hadiah pemberian dari BLOGGER yang ikhlas memberi. Bayangkan sejadah dan kain pelikat serta baju T'Sihrt masih Etuza pakai hingga kini tiap kali solat dari PEMBERIAN Blogger INI ( Klik) dan PEMBERIAN Blogger INI( Klik).Dan ada lagi blogger lain yang memberi, telah Etuza terima dengan izinNya.Alhamdulillah.

Subahanallah tiap kali melihat hadiah pemberian itu, akan ada rasa gembira dan mendoakan mereka agar sentiasa sihat dan gembira serta dilimpahkan rezeki dari Allah. Terasa mahu berjumpa dengan mereka. Andai tidak di Dunia, mohon Allah temukan Etuza kepada SAHABAT BLOGGERS di AkhiratNya. Bertemu di syurganya Allah. Ya Allah perkenankan, aamiin ya rabbal alamin.

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Blogger laydia kali ini, berikan no akaun bank ya di ruang komen Etuza blog..tak akan terbitkan ..catat dan delet balik..kali ini memberi terus ke akaun bank. Sila ambil perhatian ya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, berkongsi rezeki bersama temen-temen.. selamat hari raya cikgu

    BalasPadam
  3. Lama tak singgah blog cikgu since tak aktif berblog. Selamat hari raya cikgu. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat hendaknya. Aamiin...

    BalasPadam
  4. Tahniah blogger LM...jom la kita bwrsaing secara sihat..sygnya SA hanya boleh komen guna hp..kat laptop kotak komen cikgu x kelihatan..x pasti kenapa

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki LM 👍🏻

    BalasPadam
  6. tahniah jadi pengomen terbanyak. cie masuk carta juga.

    BalasPadam
  7. Tahniah kpd pemenang & selamat hari raya aidilfitri =)

    BalasPadam
  8. Tahniahhh! Cuya baru berkesempatan komen disini.
    Sibuk beraya! Hehehe

    BalasPadam
  9. Tahniah kepada Blogger Lydia dan semua blogger yang masuk top10

    BalasPadam
  10. Tahniah LM. Teringin juga nak appreciate bloggers yang masuk dan komen di blog ammi, tp template ammi tak support widget top commentator ni.

    Dapat sahabat blogger yang sentiasa ada bertanya khabar pun rezeki juga kan

    BalasPadam
  11. Tahniah Lydia! 🥳
    Selamat Hari Raya cikgu, maaf zahir & batin 😃

    BalasPadam
  12. alamak saya yang tertinggi lagi ke cikgu? hihi segan pula saya. a[a [un terima kasih cikgu. moga sihat selalu dan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, congrats kak LM 🎉🎉🎉. Memang bersyukur jika blog ramai dengan teman2 yg mampir. Krn buat saya teman2 bloggers ini lah penyemangat saya untuk terus menulis juga.

    Sayapun ada buat kompetisi blog, sudah rutin 1 tahun lebih ini. tapi bukan dalam hal banyak komentar. Melainkan peserta yg paling serius dan bagus berkomentar, paling sering ikutan list BW etc. Dan pakai grub WA untuk menilai peserta2nya

    BalasPadam
  14. Wah saya kemarin jarang mampir kesiniii. Insya Allah besok-besok saya akan sering mampir yaaa

    BalasPadam
  15. Tahniah Lydia. In sya Allah semoga semangat berkongsi rezeki sesama bloggers diteruskan💪

    BalasPadam
  16. CCL pun tersenarai juga di tangga ke 7 ..hehehe .

    BalasPadam
  17. CCL pun tersenarai juga di tangga ke 7 ..hehehe .

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.