Pengalaman Puasa 6 Syawal 2026.

SCR Program dari Jabatan Tenaga Kerja, Sabah di Masjid Mahabbah Penagatan Keningau.

Puasa 6 Syawal Cabaran Menjalani Ibadah Ini.

Tahun 2026 puasa 6 hari di Bulan Syawal, kali ini agak mencabar apabila berturutan tiap hari hingga selesai 6 hari berpuasa di  Bulan Syawal. Agak berlainan ibadah puasa ini pada puasa di Bulan Ramadan.

Menjalani ibadah ini, kita laksanakan seorang diri dalam keluarga mahupun dalam organisasi jabatan. Makan sahur seorang diri dan menjalani puasa sepanjang hari juga keseorangan. Berbuka puasa juga keseorangan. Tetapi rasa sangat bahagia dan gembira tetap terasa apabila selesai puasa 6 Syawal. Alhamdulillah dan syukur ke hadratNya. Dia lah yakni Allah yang memberi kekuatan untuk kita laksanakan ibadah puasa 6 Syawal tahun 2026.

"Tidak Apa Saya Puasa Hari Ini".

Ada hati dan niat hanya mendiamkan diri, tidak perlupun khabarkan kita sedang lakukan ibadah puasa ini. Tetapi apabila melibatkan acara makan atau jamuan makan dan minum, diri terlihat tidak datang mengambil juadah maka kita akur untuk memberitahu " Tak apa, saya puasa hari ini" Bukan perkara memalukan tetapi agak rasa segan memaklumkan. Diharap semua teman yang mengetahui bahawa ibadah puasa 6 Syawal ini mempunyai fadilat tersendiri, mereka akan diam dan berharap mereka juga akan lakukan ibadah ini dalam masa yang sesuai dan tidak sibuk dalam pekerjaan.

Berbagai Cabaran Dan Rintangan Teruji 

Kali ini sebaik menunaikan puasa 6 Syawal, keluarga Etuza mengadakan hari raya terbuka minggu lalu dan dalam keadaan sedang jalani ibadah puasa 6 Syawal. Program SCR dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah yang berpusat di Masjid Mahabbah Kampung Penagatan juga Etuza dalam ibadah puasa. Dan terakhir adalam kami sekolah yang menjadi tuan rumah Sukan Soft Ball Daerah Keningau juga dalam keadaan jalani ibadan berpuasa 6 Syawal. Terima kasih kepada yang memahami dan menegrti. Sebenarnya teman yang lain hanya menunggu hari yang sesuai untuk laksanakan Ibadah Puasa 6 Syawal ini. 

Alhamdulillah hari ini 9.04.2026 puasa 6 Syawal Etuza telah selesai dengan sempurnanya secara berturutan. Mencabar dan banyak rintangan teruji dan berbagai pengalaman memang jelas dalam melakukan ibadah 6 Syawal yakni berpuasa 6 hari di Bulan Syawal.

Hadir di majlis rasmi SCR Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

Suasana Sukan Soft Ball peringkat Daerah Keningau pada awal pagi.pada 8.04.2026

Gambar bersama PK 1 dan PK HEM

Memasang Banner Pertandingan Sukan Soft Ball Peringkat Daerah Keningau pada 8 dan 9.04 2026
di Padang Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Mohon maaf , jika ada ejaan salanh, akan dibaiki ..kejar masa..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah selesai. tu la cabaran menunaikan puasa 6 ketika orang lain tak berpuasa & segala aktiviti yang perlu dibuat.

    BalasPadam
  3. Memang puasa Sunnah itu malah lebih sulit ya Uncle.
    Sebab, takde yang tau kita sedang berpuasa. Dan urusan puasa itu vertikal saja, antara kita dengan Allah.
    Moga dimudahkan puasanya ya Uncle

    BalasPadam
  4. Memang agak mencabar bila seorang sahaja yang berpuasa.

    BalasPadam
  5. betul kata orang, berpuasa di luar bulan Ramadan lebih mencabar

    BalasPadam
  6. betul tu, kat tempat keje ada majlis raya kita tak leh join...

    BalasPadam
  7. Saya pernah sampai ke Keningau dan melawat ke Maktab Perguruan Keningau semasa bapa saudara bekerja di sana.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum cikgu. moga sentiasa sihat.. tahniah dah menghabiskan puasa enam syawal.. moga

    BalasPadam
  9. alhamdulillah. barakallah fiik. salam 21 syawal utk cg etuza

    BalasPadam
  10. Cabaran dengan musim panas sekarang pun buat kering tekaknyaaa.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah selesai sudah puasanya.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. Saya pun dah selesai berpuasa 6 hari di bulan Syawal pd Ahad lps. Memang byk cabaran puasa 6 ini. mujurlah isteri n saya berpuasa bersama n sambut raya berdua jugak!

    BalasPadam
  13. Semoga dipermudahkan urusan menunaikan ibadat sunat.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah rezeki telah berjaya menyelesaikan puasa 6. Memang mencabar bila berpuasa di kala luar bulan Ramadan

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, sayapun dah selesai puasa 6 di bulan Syawal. Memang tidak ada undangan meet up dengan teman2 di bulan Syawal, saya kebanyakan menolak jika sedang puasa. Kecuali dah buat janji jauh2 hari, barulah saya off dulu puasa. Tapi dah selesai begini, memang dah lega.

    BalasPadam
  16. Cabaran berpuasa 6 jika banyak aktiviti makan-makan disebabkan jamuan raya memang mengoda sungguh.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah cikgu, tahniah sebab dah berjaya melengkapkan puasa 6 syawal. Saya masih lagi berpuasa, Insha Allah berbaki 3 hari lagi 😅 org perempuan lagi mencabar nak berpuasa sbb ada kekangan setiap bulan ditambah lagi kalau ada minggu yg kesihatan kurang mengizinkan 🤭

    BalasPadam
  18. Puasa 6 ni… cabaran dia bukan lapar je, tapi “drama” kat tempat kerja tu ..Pergi kerja perut kosong, tapi ofis penuh kuih raya… orang sebelah kunyah biskut raya krup krap krup krap itu yang paling menguji iman 😂

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.