| Nampaknya cara pasang Solar Lampu Elektrik seperti ini. Baru faham dan tahu..rupanya begini cara lebih kemas. |
Operasi Automatik.
Nampaknya Etuza harus buat penambahbaikan cara pemasangan alat letrik sistem solar di kediaman Etuza apabila ada masa sengang nanti.Hari selasa lalu Etuza ada pergi menziarahi keluarga yang ada keluarga meninggal dunia.Etuza rasa hendak ziarah kerana ibu arwah yang pergi selamanya ini, sangat Etuza kenali dan sering membantu menoreh pokok getah di kebun milik arwah ayah Etuza di Jalan Kebun Mapua. Sebab itu rasa niat kuat hendak datang ziarah keluarga yang kehilangan.
Semasa melihat sekitar rumah keluarga ini, Etuza terpandang satu bahan atau Lampu dan Solar sistem elektrik yang dipasang rapi dan sangat ketat dan solar sistem ini boleh hidup dan memancarkan cahaya terang kala malam menjelang. Dalam hati berkata " Rupanya begini caranya pasang elok Solar Sistem Letrik solar" Mengapalah semudah cara pasang begini Etuza tak terfikir langsung.
Lampu Solar Sistem ini, amat memudahkan. Tetapi memasangnya harus dengan Solar mesti di luar berserta lampu juga di luar jika Solar Sistem tersebut di pasang di luar. Penggunaan solar akan menjimatkan kos elektrik. Mudah dan bertahan lama. Nampaknya solar sistem letrik yang menggunakan secara langsung tenaga dari Cahaya Matahari mengujakan dan mampu menjimatkan letrik berbayar yang menggunakan talian wayar elektrik.
Menakjubkan Hidup Mati Sendiri.
Sangat sesuai kita gelar solar sistem yang kita guna kan ini akan berlaku kala menjelang malam akan Hidup menerangi sekitar laman rumah dan akan tiba saat Mati sendiri apabila kuasa tenaga cahaya matahari yang terbina menjadi kurang atau digunakan secara total. Sesuatu yang menarik dan mengujakan. Syukur alhamdulillah. Bil letrik untuk bulan ini sedikit dan teruja untuk melihat bil letrik bulan April pula.

14 Ulasan
Jimat bill elektrik ni!
BalasPadamAda perubahan, alhamdulillah..
PadamSyukur ada memiliki solar sistem pasang di belakang dan dekat pagar laman.
BalasPadamCahaya lampu bertahan hingga pagii
BalasPadamramai jugak dah pasang solar lampu kat luar rumah. jimat penggunaan elektrik.
BalasPadamSolar adalah antara project company SA tp lebih kepada industri besar..untuk staff nakmpasang kat rumah pun boleh tp faham-faham.la harga pemasangannya..ada ramai gak pasang solar kan rumah..
BalasPadammemang bagus sgt if dpt maksimumkan penggunaan teknologi solar..cuma kos kat msia ni sgt tinggi if nak psg solar panel ganti letrik(TNB) kat rumah tu
BalasPadamWah, inspiring sekali ni uncle! Saya pun jadi terpikir untuk pasang di rumah juga.
BalasPadamDi shopee sepertinya banyak yang jual. Sudah termasuk baterai dan saklar otomatisnya pula.
Ada baca orang share kat sosial media, rupanya TNB pun ada buat servis guna solar ni. Bulan pertama je bilnya mahal sikit sbb nak install semua kan.. masuk bln2 lain jimat bil letrik rumah!
BalasPadamZaman sekarang memang kena berjimat ..
BalasPadamkat rumah kg sy psg lampu lip lap yg jenis solar tu. x smpi sethn semua mati🤣
BalasPadamp/s menjawab soalan:
BalasPadamya Puchong @ Selangor bersempadan dgn Putrajaya
Ramai yang telah mula pasang lampu solar di rumah kan?
BalasPadamSekarang dah banyak yg pakai solar panel. Memang di era sekarang, dah penting rasanya beralih ke renewable energy, seperti solar panel ini. . Bagus juga kalau bisa hemat billing listrik kan
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.