| Nampaknya cara pasang Solar Lampu Elektrik seperti ini. Baru faham dan tahu..rupanya begini cara lebih kemas. |
Operasi Automatik.
Nampaknya Etuza harus buat penambahbaikan cara pemasangan alat letrik sistem solar di kediaman Etuza apabila ada masa sengang nanti.Hari selasa lalu Etuza ada pergi menziarahi keluarga yang ada keluarga meninggal dunia.Etuza rasa hendak ziarah kerana ibu arwah yang pergi selamanya ini, sangat Etuza kenali dan sering membantu menoreh pokok getah di kebun milik arwah ayah Etuza di Jalan Kebun Mapua. Sebab itu rasa niat kuat hendak datang ziarah keluarga yang kehilangan.
Semasa melihat sekitar rumah keluarga ini, Etuza terpandang satu bahan atau Lampu dan Solar sistem elektrik yang dipasang rapi dan sangat ketat dan solar sistem ini boleh hidup dan memancarkan cahaya terang kala malam menjelang. Dalam hati berkata " Rupanya begini caranya pasang elok Solar Sistem Letrik solar" Mengapalah semudah cara pasang begini Etuza tak terfikir langsung.
Lampu Solar Sistem ini, amat memudahkan. Tetapi memasangnya harus dengan Solar mesti di luar berserta lampu juga di luar jika Solar Sistem tersebut di pasang di luar. Penggunaan solar akan menjimatkan kos elektrik. Mudah dan bertahan lama. Nampaknya solar sistem letrik yang menggunakan secara langsung tenaga dari Cahaya Matahari mengujakan dan mampu menjimatkan letrik berbayar yang menggunakan talian wayar elektrik.
Menakjubkan Hidup Mati Sendiri.
Sangat sesuai kita gelar solar sistem yang kita guna kan ini akan berlaku kala menjelang malam akan Hidup menerangi sekitar laman rumah dan akan tiba saat Mati sendiri apabila kuasa tenaga cahaya matahari yang terbina menjadi kurang atau digunakan secara total. Sesuatu yang menarik dan mengujakan. Syukur alhamdulillah. Bil letrik untuk bulan ini sedikit dan teruja untuk melihat bil letrik bulan April pula.

4 Ulasan
Jimat bill elektrik ni!
BalasPadamAda perubahan, alhamdulillah..
PadamSyukur ada memiliki solar sistem pasang di belakang dan dekat pagar laman.
BalasPadamCahaya lampu bertahan hingga pagii
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.