Blog Ini Semakin Berusia, Meniti Usia Hari Demi Hari Dalam Kepasrahan.

Imej hari lahir ini, di buat oleh kakak Etuza tahun ini.
Terharu amat berterima kasih walau sekadar gambar ucapan.

Dulu Tidak Terfikir Tentang Usia.

Apa khabar semua reader dan teman blog yang saya kasihi sekalian, semoga hari ini pagi ini bangun dari lena dengan rasa gembira dan bahagia. Semoga juga apa juga rutin hidup, segala urusan dipermudahkan olehNya. Hari ini sekolah kami menjadi tempat perlawanan acara sukan Soft Ball peringkat Daerah Keningau. Dan nampaknya kami bertugas di padang untuk melaksanakan pertandingan ini hingga berakhir pada hari Khamis.

Ya dahulu seingat Etuza tidak pernah terfikir tentang usia. Melihat ibu dan ayah yang masa itu nampak berusia dan sedikit kedutan di wajah, serta perubahan pada warna rambut mereka,Etuza nampak biasa dan tidak tahu mereka itu kian berusia atau tidak, melainkan Etuza hanya panggil mereka berdua Mak dan Bapa sahaja. Kadangkala terpacul di mulut mak, kami semakin tua, kamu bantulah apa-apa patut kerana kamu masih muda lagi, belajar lah agar menjadi lebih matang. Semua kata-kata itu seolah tidak menampak di naluri hati Etuza, melainkan hanya memandang mak dan mendengar leteran seorang ibu.

Tidak terfikir tentang Usia, mungkin kerana usia masa itu belasan tahun dan punya pemikiran yang kurang matang dan merasai hidup ini aku yang punya dan tidak perduli atau tidak perihatin perubahan demi perubahan dalam diri. Hanya melihat diri dalam keadaan keanak-anakan atau tidak tahu apa-apa tentang kelangsungan hidup.

Suatu hari setelah milik zuriat, banyak kebenaran apa yang mak dan bapa berikan nasihat dan kata-kata yang langsung mereka lafazkan tentang apa yang mereka alami saat menjadi suami isteri, miliki anak dan mengasuh seramai 8 anak mereka termasuk Etuza. Ya, satu persatu Etuza alami apa yang mereka alami. 

Blog Ini Semakin Berusia. Hakikat Yang Benar Dan Pasti.

Hakikat blog ini semakin berusia, bermakna pemilik yang mencatat maklumat di blog ini seiring juga kian berusia. Hari demi hari terlihat pada riak dan wajahnya. Tidak dapat disembunyikan lagi kerana hari demi hari menampakan perubahan yang ketara dan kian meniti usia ke alam warga emas. Pernah dahulu seorang kanak-kanak tiba-tiba terpacul dimulutnya. Cikgu kenapa semakin tua. Masa itu Etuza hanya tersenyum dan berkata " Kamu nampak saya wajah dah tua ke?." Budak sekolah rendah itu sekadar tersenyum dan kanak-kanak itu memang apa dia fikir dia lafazkan tanpa tapis lagi, dia direction ucapkan. Itulah antara tingkah laku kanak-kanak ini.

Pernah juga suara kanak-kanak bertanya " Umur Cikgu berapa?" Ya Allah, Etuza sekadar melihat kanak-kanak tersebut dan hanya berkata " Ya, saya dah berusia, kenalah hormat cikgu yang dah berumur ya!" Kanak-kanak itupun tersenyum dan teruskan menulis di buku latihan. Terfikir dalam hati, penuaan itu tidak dapat disembunyikan, semua apa ada di wajah membahasakannya tanpa berselindung. Tiada pembohongan yang dapat kita katakan untuk melindungi penuaan dan penambahan umur kita. Semua apa yang ada di wajah menceritakan usia penuaan kita.

Alis mata semakin beransur putih, kumis atau misai siput atau tebal juga semakin memutih, rambut yang banyak di kepala semakin bertukar putih yang dikatakan UBAN juga semakin banyak dan tidak dapat disembunyikan. Itu Bahasa penuaan yang jelas di wajah. Belum kelihatan gigi berapa yang sudah gugur kerana goyang dan sakit maka perlu digugurkan agar kembali sihat. Pada dahi juga akan kelihatan garis garis yang dalam. Maka sahlah bahawa blog ini semakin berusia. Bahasa dalam yang kita mungkin tidak tahu ialah, antaranya ialah anak kita ada yang sudah berumahtangga. Dan kita digelar ATOK atau NENEK setelah ada cucu beberapa orang. Hakikat ini tidak disangkal lagi. 

Maka sahlah bahawa blog ini semakin berusia. Tidak perlulah berselindung dan merasa takut akan usia bertambah kerana bertambah usia dan wajah menua adalah satu proses yang kaum Adam dan Hawa akan lauluinya, tiada yang terlepas walau berselindung dengan cara mu sendiri. Tidak perlu mengelak tetapi marilah PASRAH bahawa hari penuaan akan tiba juga dalam kehidupan kita ini.

Mendakap cucu kedua..sejuk mata melihat cucu tersayang ini.
Bersih wajahnya ..belum tercalit noda hitam pada kotak hatinya ini.
Subahanallah.

 


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Maaf jika ada selitan salah ejaan, akan dibetulkan nanti ya..kejar masa

    BalasPadam
  2. semakin hari semakin bertambah usia. takkan menjadi sama sampai bila2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..tak apa lah berusia asal kita jangan ada penderitaan dalam hidup ini..mintalah bahagia minta padaNya hidup husnul khotimah kan..

      Padam
  3. Betul tu cikgu...semakin hari kita semakin meniti usia...sorang2 ahli keluarga tinggalkan kita dan dunia...Alfatihah untuk mereka yang telah pergi mendahului kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua ke arah alam akhirat..Subahanallah..

      Padam
  4. kite semua pasti akan beransur2 tua,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tak akan kembali muda..cuma kita harapkan SyurgaNya ..

      Padam
  5. Betul sedar diri semakin meningkat usia.
    Sayapun lahir bulan Januari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kita lahir Januari..cuma NA masih muda belia..

      Padam
  6. Etuza maintain menulis... Kemalasan tu pasti ada bila dah minit usia tua... comel cucu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..akan tiba blog menjadi sepi..semoga ada yang menjadi penerus hayat blog ini..Sedih pula ni..

      Padam
  7. Hakikat kehidupan, semakin hari semakin bertambah usia kita dan kudrat pula makin kudrat. Apapun kita nikmati saja prosesnya. Apapun Cg nampak sihat dan ceria selalu 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..terima kasih singah ke blog ini..

      Padam
  8. Tq singgah di blog saya
    Betul sgt2
    Buat lah apapun usia
    Tetap akan berganjak hari ke bulan ke tahun
    Inilah realitynya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti semua ke alam usia tua..sedih pula..TQ ya Nor..

      Padam
  9. tahniah cikgu sudah lama blogging rajin kongsi info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga tertangguh blog ..tak tahu faktor apa ..mungkin diserang malas melampau..wal hal boleh ja update blog dengan paparan ringkas..alhamdulillah ada idea ada lah entri blog..

      Padam
  10. Tahniaaah ya Uncle Etuza. Moga usia blog yang semakin matang ini, kelak membawa manfaat dan amal baik bagi kita semua.

    BalasPadam
  11. Menjadi tua ini bagi beberapa wanita suatu hal yg menakutkan. Tapi pastinya, mana bisa kita mengelak tua kan. Kecuali kalau uang banyak tak habis2, bolehlah perawatan kulit sehingga tetap terlihat muda 😄. Tapi bagi yang uang terbatas, dahlah, terima saja apa adanya. Toh menjadi tua pun bisa bahagia

    BalasPadam
  12. lumrah kehidupan duniawi..setiap detik yg berlalu mendekatkan kita ke alam sana ..kdg2 kita alpa jugak..manusia biasa kan

    BalasPadam
  13. Mari kita berpegang kepada lima perkara sebelum lima perkara, antaranya muda sebelum tua. Saya juga sudah kategori tua.

    BalasPadam
  14. Semakin hari kita semakin tua. Semakin hari juga kita semakin mendekati kematian. Semoga kita masih mempunyai masa untuk menambahbaik amalan kita

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.