Ramah Mesra Dan Menghargai Sesama Blogger's Malaysia.

Semoga cepat sampai ke distenasi sebenar.Aamiin.


Menghargai Sesama Blogger's Malaysia.

Blog adalah platform laman sosial yang agak old model kerana telah diperkenalkan lebih awal berbanding tweeter atau Instgram dan sebagainya. Munculnya blog di laman sosial masa era 2008 hingga kini telah mewarnai dunia persada maya. Menjadi rujukan dan sumber informasi. Tidak ketinggalan juga ramai blogger's Malaysia yang menikmati manfaat menggunakan blog dengan merai kewangan itu rezeki mereka. Tetapi ramai juga blogger seperti Etuza sekadar mencatat kenangan yang difikirkan sesuai ke dalam blog sendiri.

Hadiah Kepada Blogger  Sii Nurul

Bila fikir secara mendalam sebenarnya berlaku ukuhuwa antara blog dengan blog lain.Iaitu kehadiran blogger lain membaca dan melontarkan komen pada blog kita di ruangan komen. Pada Etuza komen blogger lain atau komen dari pembaca adalah satu sudut yang mewarnai, menceriakan blog kita dan menceriakan juga hati pemilik blog itu. Interaksi komunikasi antara blogger pasti berlaku.

Justeru usaha untuk meneruskan komunikasi sihat ini kita kukuhkan dengan menghargai blogger yang aktif dan sering teratas dalam ruangan WIDGET komentator di halaman blog kita. Untuk Febuari 2026 Etuza Warna-Warna Kehidupan menganugerahkan blogger SII NURUL sebagai blogger yang unggul teratas di KOMENTAR blog Etuza. Tahniah dan dimaklumkan bahawa hadiah selamat dihantar pada 5.3.2026. Semoga cepat sampai kedestinasinya.

Terima Kasih Blogger Cie Rodziah.

Hadiah akan menyusul kepada Cie Rodziah blogger Malaysia yang sangat gemar ke blog Etuza. Hingga berjaya meneka apa yang kelihatan pada wajah Etuza semasa gambar terbaru  dikongsi  ketika menjalani Ibadah Umrah tahun 2026. Ramai blogger lain perasan ada sedikit perubahan dan memang jelas ketara Etuza bersihkan misai. Dan ramai mengatakan ya Cukur Misai. 

Tetapi pengalaman cukur misai adalah satu pengalaman baru pada Etuza, kerana itu Etuza cuba menarik perhatian untuk bertanya kepada blogger meneka apakah perubahan di wajah Etuza. Cie Rodziah adalah blogger terawal memberikan komen. Rezeki Ci Rodziah bakal menerima hadiah dari Etuza. InshaAllah. Terima kasih Cie selalu baca catatan Etuza di blog ini.

Bunga Telang Dari Blogger Lydia. 

Hebat atau tak hebat!, Pada Etuza ini satu bukti tanda bahawa hubungan antara blogger's di Malaysia terjalin begitu indah sekali. Saluran Flatform Blog dapat menjalinkan persahabatan dan persaudaraan sesama Islam. Rasanya terjalin ukuhwa yang baik rapat dan menbakjubkan bagi saya. Ya, hebat sekali kerana menerusi blog ini Etuza menegenali blogger Lydia pemilik Blog Hidup Itu Indah. 

Dan ternyata benar bahawa Hidup Ini Indah dan bertambah indah dengan adanya ruang memberi dalam blog. Buktinya Etuza sangat gembira dan bahagia apabila Blgger Lydia berjaya mengirimkan biji bunga telang putih ke Sabah sebagaimana yang saya minta, kini benih bunga telang putih telah tumbuh dan Etuza tanam ke pasu seperti yang anda lihat dalam gambar. Etuza siram dan letak baja. Tunggu besar baru letak baja bunga. 

Rasanya tak sabar hendak lihat bunga telang putih pula di laman ini. Terima kasih Blogger Lydia atas pemberian bunga telang putih. Tidak akan lupa. Kepada anda yang mengenali blog Hidup Itu Indah, mari doakan agar blogger Lydia cepat sembuh kerana dia masih tak berapa sihat sekembali dari Umrahnya baru-baru ini. Semoga cepat sembuh. Aamiin.

Bunga telang putih  telah tumbuh dengan subur, bertambah happy 
kini dalam pasu dan kian tumbuh meninggi..

Di tanam di pasu simen.Biar menghiasi laman Bunga Telang Putih.

Bibit bunga telang putih adalah pemberian dari Blogger Lydia
Blog Hidup Itu Indah.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Alhamdulillah, walaupun x pernah bersua muka tapi ukhwah tetap terjalin erat

    BalasPadam
  2. Semangat terus ye cikgu untuk terus bersilaturahim bersama bloggers. Salam Ramadan. Lama saya tidak singgah di sini. Semoga cikgu terus sihat dan happy

    BalasPadam
  3. Seronok berukhuwah walaupun sekadar di alam maya

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah Tahniah buat nurul dan cie. Seronok kan cikgu bila kita share rezeki dengan bloggers lain. Rasa dekat di hati walaupun jauh beribu batu. Apa pun semuga ukhwah kita berpanjangan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..moga ikatan silaturrahim ini akan kekal selamanya.

    BalasPadam
  6. Tahniah untuk yang bertuah tu ya

    BalasPadam
  7. tahniah kpd abg etuza yg sentiasa menghargai rakan2 blogger. sy pun ada bagi hadiah kpd 5 org pengomen tegar d blog sy setiap akhir tahun..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah ukhuwah persahabatan sesama blogger

    BalasPadam
  9. Waaah semoga semakin subur bunga Telang putih yg Abang tanam 🤩🤩🤩.

    BalasPadam
  10. Semoga persahabatan alam maya berterusan. Amin.

    BalasPadam
  11. Oh yeke Cie teka betul. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. Moga pokok bunga telang putih terus hidup subur

    BalasPadam
  13. alhamdulillah...tapi, agak terkilan tak dapat bersua di tanah suci. lama tak buka blog baru tau cikgu pun ke sana . kalau tidak mungkin kita sempat bersua dia madinah . mungkin...

    BalasPadam
  14. Semoga ukhwah kita semua dari dunia maya ini kekal hingga ke jannah....

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.