Khabar Di Laman Etuza, Benih Bunga Telang Putih Tumbuh Membesar.

Biji bunga telang dari Blogger Lyadia sudah tumbuh membesar.


Bunga Telang Putih Di Laman Etuza.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana dengan izinnya biji benih bunga telang putih telah tumbuh di laman Etuza. Bermakna koleksi bunga-bungan dan herba semakin bertambah di laman.Rasanya tidak sabar melihat kuntum bunga telang. Di laman terlebih dahulu menanam bunga telang warna biru dan masih ada hingga kini. 

Bunga herba ini serbenarnya sangat berkhasiat dijadikan jus minuman yang membantu menyihatkan tubuh badan. Terfikir bahawa Allah jadikan sesuatu termasuk bunga telang melainkan ada hikmahnya akan tetapi kita yakni manusia yang tidak mengetahuinya. Hendak cari infor tetang khasiat bunga telang KLIK laman Blog "Hidup Itu Indah" ~ Blogger Lydia.

Koleksi Bunga Keladi RERE Kini Membiak.

Dua jenis bunga keladi di Laman Etuza juga kini semakin membiak dan bakal memeriahkan laman, kerana anak bunga keladi semakin banyak. Bunga keladi rere ini telah pun ditempah oleh penggemar bunga keladi. Daun bunga keladi ini merah dan bentuk yang sangat menarik tidak jemu mata memandang. Keladi kedua daun bercorak dan kelihatan berurat. Sebab itu keladi bercorak merah dan putih ini di namakan ID nya ialah Keladi Urat Daging. ( Ada-ada ja orang namakan kan) tujuan nama itu sekadar hendak komersilkan bunga keladi RERE ini dan menjadi ID tersendiri.

Salam bertani. 

Mari Klik Shoppee.

Klik baju raya murah dari Shoppee. Klik untuk melihat harganya.Menarik baju ini, berbagai warna kelihatan ringan dipakai dan boleh dipakai kemana sahaja, seperti dipakai santai jalan-jalan dan apatah lagi di hari raya. Menariknya, klik lah Shoppee.

Nama tempatan kami gelar, letup-letup. Pernah baca herba untuk kesihatan jantung.

Bunga keladi daun merah yang kelihatan licin berminyak pada daun keladi ini.

Anak pokok bunga keladi urat daging semakin rimbun.

Bunga Keladi Urat Daging, gambar indung bunga keladi urat daging.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. masa kecik selalu jumpa letup-letup tu tepi jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama , selalu jumpa mana2..sekarang sangat payah jupma..

      Padam
  2. Buah letup-letup dulu masa kita orang kecik buat makan. sedap. Sekarang susah nak jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sangat susah jumpa, ada juga poko tapi buah tak bagus..buah berkulat rosak..

      Padam
  3. MZ singgah BW ni. tq sbb cg etuza sudi drop komen while i was away, dan minggu ni pun jadual sgt padat dgn keje..so curi2 masa jap BW..ni 9 am jap lg ada meeting

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum cikgu.. lama tak berkunjung atas kesibukan yang pelbagai.. moga belum terlewat untuk saya ucapkan 'selamat menyambut ramadan al-mubarak buat cikgu sekeluarga..

    BalasPadam
  5. Boleh makan ke buah letup-letup, tak tahu pula :)

    BalasPadam
  6. Tak sabar nk tunggu berbunga la telang putih tu... buah letup-letup tu belum masak lagi cikgu. Kalau dah warna kuning isi dia akan rasa manis2 baru sedap di makan tu.

    BalasPadam
  7. Boleh makan ke letup2 tu? Apa rasanya

    BalasPadam
  8. Lama tak jumpa buah letup² jenis ni. Dekat rumah Sy jenis menjalar.
    Kalau dekat² mahu juga saya pinang pokok keladi Cikgu 😁

    BalasPadam
  9. Kenapa sekarang susah jumpa letup2 ni...? Semoga tak pupus

    BalasPadam
  10. Jarang jumpa orang tanam telang putih ni, banyak org tanam telang biru untuk buat nasi kerabu.

    BalasPadam
  11. x pernah jumpa bunga telang putih ni. yg sy jumpa kaler biru je sbb nak guna utk buat nasi kerabu.

    BalasPadam
  12. alhamdulillah tanaman cikgu subur menjadi

    BalasPadam
  13. Moga cepatlah berbunga telang putih tu nanti — tak sabar nak tengok kuntumnya mekar 🤍

    BalasPadam
  14. Cantiknya bunga-bunga keladi di taman Cikgu Etuza.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.