Blog Sebagai Tempat Melabuhkan Kenangan Lalu.

 

Blog Aku Labuhkan Kenangan Lalu, Tenda Sejarah Yang Tidak Berulang.

Hanya Allah Yang Tahu Isi Hati Ini. 

Bohong jika aku katakan tidak merasa gembira dan tidak bahagia apabila dengan izinNya dapat berpijak di Kota Mekah 2026. Menerusi blog maya ini dan pada halaman Wall blog ruangan catatan aku labuhkan beberapa kenangan lalu ketika di Kota Mekah. Kota yang penuh dengan kedamaian dan kota yang hanya kita beribadah sedaya upaya, merai keampunan dan beramal sehabis baik. Kegembiraan bertambah apabila dapat melihat corak kehidupan masyarakat Arab yang semuanya suka berdagang dan berniaga dengan cara mereka sendiri.

Bohong jika aku tidak merasa sangat teruja melihat suasana kehebatan mereka berdagang, keramahan mereka sangat hebat dan luar biasa. Barangan jualan di market yang aku jelajahi bergemerlapan dan memang sangat menarik perhatian. Pernah aku bisikkan pada suri hati, berada di Mekah dan di Kota Madina aku, Etuza terbayang bagaikan SYURGA DUNIA. Sungguh sangat berseni semua struktur bangunan yang tinggi dan besar menjadi satu sudut keindahan di sini. 

Di Halaman Ini, Sama Taraf Tanpa Mengira Suku Bangsa.

Melihat semua insan atau manusia yang aku lihat menutup aurat mengikut hukum berpakaian sebagai masyarakat Islam. Agama Islam yang telah di bawa oleh Nabi SAW kepada kita semua. Islam agama yang membentuk perdamaian dan menjadi lambang menyatukan bangsa berbagai kaum di seluruh Dunia. Sujud bersama, makan bersama, tinggal dalam satu bumbung bersama iaitu bumbung MEKAH. Tiada pergaduhan, tiada yang membedakan diri dengan orang lain, kerana jika ada sedikit dalam hati merasa hebat diri dan menyombong diri, sekelip mata Allah turunkan bala dan hukuman. Mekah halaman Allah beradab sopan, suka ria berhikmah dan kunjungilah tempat tempat yang indah di Mekah termasuk menikmati sajian makanan Suku Arab yang sangat lazat sekali.

Hanya Ada Di Mekah Dan Masjid Nabawi.

Bedanya negara Arab khasnya di Bumi Mekah dan Bumi Madinah, kita akan diperlihatkan KA'ABAH Baitullah di dataran Masjidil Haram dan kita akan mendekati Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madina. Kedua dua ini yang menjadi kerinduan umat Islam sejagat tidak pernah akan kita temui di negara maju yang lain. Hanya di Mekah dan di Madina.

Jujur aku katakan kemajuan di Bumi Mekah sangat sangat terserlah, inilah dia kejayaan Nabi SAW menjadikan Mekah dan Madinah dikunjungi oleh umat Islam sedunia. Perjuangan Nabi SAW terbela oleh kita yang mendukung, menyanjung dan menerima DAKWAH Nabi SAW yang membawa sinar cahaya Islam. Alhamdulillah syukran dan semoga akan mendatangi lagi di Bumi Mekah dengan izin Allah. Salam sayang kepada semua pembaca dan bacalah, iqra dengan penuh ikhlas dan jujur. Terima kasih berkunjung di blog Etuza.




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat.

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa utk Cg sekeluarga.
    Tahniah menjadi tetamu Allah. Semoga beroleh umrah mabrurah hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah cikgu sampai.. InshaAllah saya menunggu giliran dijemput kesana..

    BalasPadam
  4. Syukur pada segala nikmat kurnian Ilahi kepada kita semua.. seronok baca perkongsian semasa tuan etuza di tanah suci..

    BalasPadam
  5. Salam Ramadhan & selamat berpuasa...adik saya esok berangkat ke Tanah suci berpuasa di sana

    BalasPadam
  6. Kenangan paling manis ya, Cikgu, berada di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, atas keizinanNya.

    BalasPadam
  7. Nampak segak dan sehat tuan haji serta hajah!

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, kenangan manis ya uncle.
    Selamat menunaikan ibadah puasa yaa

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... Semoga diberikan rezeki untuk pergi umrah lagi... Selamat berpuasa

    BalasPadam
  10. Itulah kenapa tanah suci memang tidak ada kata cukup untuk dikunjungi. Selalu ada rasa rindu untuk balik lagi kesana kan Abang ☺️

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah rezeki Cikgu sekeluarga menunaikan umrah. Sesiapa yang pernah ke Mekah dan Madinah akan cakap benda yang sama 'rindu hendak kembali ke sana'. Semoga pembaca blog cikgu Allah jemput ke Mekah dan Madinah satu hari nanti

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.