![]() |
| Jemaah UMRAH BAS 7 Andalusia Travel 4.2 hingga 12.2.2026.Selamat mendarat. |
Alhamdulillah, Selamat Mendarat Di Tanah Air.
Syukur kehadrat Allah SWT kerana pesawat MH 151 Mas Airline selamat mendarat di KLIA 1,pada jam 9.10 minit pagi Malaysia setelah terbang dari Jeddah Arab Saudi bermula jam 7.00 petang pada 16.02.2026.
Sangat bersyukur kerana semua jemaah Umrah Bas 7 dan Bas 8 yang saya tahu sampai dengan selamatnya. Dia lah yakni Allah yang memberikan rahmat perlindungan dan Dialah yang memberikan keselamatan.Justeru amat bersyukur kerana telah sampai di KLIA 1.Namun Jemaah Umrah dari Sabah seperti keluarga Etuza akan menaiki kapal terbang lagi sekali ke Negeri Sabah Bayu.
Penerbangan yang memakan masa 9 jam menjadi sebuah lakaran memori indah dan menjadi pengalaman yang sangat seronok, nampak sekali Kasih Sayang Allah.Kami jemaah umrah diberi layanan oleh anak-anak kapal terbang yang ramah mesra. Makan sebanyak dua kali dan melakukan solat secara duduk dan menikmati tidur yang amat indah.
Bumi Madinah dan Mekah di Arab Saudi, terbayang masih segar dalam ingatan.Umrah kami selama 12 hari menjana berbagai memori, pergerakan yang tak henti,langkah cepat dan mencari tempat duduk bagaikan suatu perlumbaan yang hebat, menarik dan penuh dengan pengertian untuk merai rahmat pahala ratusan ribu yang Allah janjikan. Semoga Umrah yang kami lakukan dengan mengikuti Andalusia Travel itu mambrul dan Allah terima.Apa juga ibadah semasa Umrah juga diterima.Aamiin ya Rabbana Alamin.

X
![]() |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.