Jemaah UMRAH BAS 7 Andalusia Travel 4.2 hingga 12.2.2026.Selamat mendarat.
Alhamdulillah, selamat mendarat di tanah air

Syukur Alhamdulillah, Atas Semua Nikmat Sepanjang Melakukan Umrah 

Syukur kehadrat Allah SWT kerana pesawat MH 151 MaLaysia  Airline selamat mendarat di KLIA 1,pada jam 9.10 minit pagi Malaysia setelah terbang dari Jeddah Arab Saudi bermula jam 7.00 petang pada 16.02.2026.

Sangat bersyukur kerana semua jemaah Umrah Bas 7 dan Bas 8 yang saya tahu sampai dengan selamatnya. Dia lah yakni Allah yang memberikan rahmat perlindungan dan Dialah yang memberikan keselamatan.Justeru amat bersyukur kerana telah sampai di KLIA 1.Namun Jemaah Umrah dari Sabah seperti keluarga Etuza akan menaiki kapal terbang lagi sekali ke Negeri Sabah Bayu. UMRAH kedua bermula 04.02 hingga 16.02.2026. Penuh kenangan memori yang indah dikenang abadi dalam minda ini.

Penerbangan yang memakan masa 9 jam menjadi sebuah lakaran memori indah dan menjadi pengalaman yang sangat seronok, nampak sekali Kasih Sayang Allah.Kami jemaah umrah diberi layanan oleh anak-anak kapal terbang yang ramah mesra. Makan sebanyak dua kali dan melakukan solat secara duduk dan menikmati tidur yang amat indah. 

Bumi Madinah dan Mekah di Arab Saudi, terbayang masih segar dalam ingatan.Umrah kami selama 12 hari menjana berbagai memori, pergerakan yang tak henti,langkah cepat dan mencari tempat duduk di lantai Masjid Nabawi berdekatan dengan makan nabi SAW serta ruang duduk di Masjidil Haram dan halaman Kaabah,  bagaikan suatu perlumbaan yang hebat, menarik dan penuh dengan pengertian untuk merai rahmat pahala ratusan ribu yang Allah janjikan. Semoga Umrah yang kami lakukan dengan mengikuti Andalusia Travel itu adalah Umrah mambrul dan Allah terima.Apa juga ibadah semasa Umrah juga diharapkan diterima oleh Allah yang satu..Aamiin ya Rabbana Alamin.

Semua dalam kapal, adalah Jemaah Umrah dari Malaysia. Tua muda, remaja dan kanak-kanak.

Cek bagasi dan mendapatkan air zam-zam di Lapangan Terbang Berlepas Jeddah, Arab Saudi.

Disambut oleh kakitangan Andalusia di ruang ketibaan dan diberi lagi bakul biru sebagai hadiah.Andalusia Travel terbaik.

Minuman dari Andalusia setibanya kami di Lapangan KLIA pada 16.02.2026

Hadiah dalam beg kecil dari Andalusia, di lapangan terbang KLIA 1

Andalusia Umrah Travel, terbaik saya kira,.alhamdulillah..

Boleh simpan sejadah lipat dalam beg hadiah dari Andalusia.
Sayap kapal terbang Air Asia yang kami naik semalam pada jam am 10.00 malam
mendarat di KKIA pada 12.30 malam. Alhamdulillah selamat sampai di Bumi Sabah.

Air Zam-Zam yang kami dapat bawa dai Mekah. Alhamdulillah..

Alhamdulillah, selamat sampai, umpama mimpi dalam mimpi, kehidupan ini
sering melakar kenangan yang indah menjadi ingatan yang menginsafkan.