Unu Fried Chicken Bakal Operasi Niaga Di Bandar Keningau.

Petang hari ini, kebetulan parking depan UNU FRIED CHICKEN
dapatlah klik beberapa gambar, dan sempat bertanya. Open bila?
Klik SINI hebatnya prodak ini.Hanya di Shop Shoppee.Iklan dan Promot dulu.
Klik SINI  dan KLIK SINI Pakaian Lelaki.
Selamat malam semua pembaca maya, semoga malam ini tidur lena dan bangun dengan segar bada esok pagi, serta ringan badan tunaikan solat Subuh. 

Unu Fried Chicken, Warna Oren Yang Ceria Di Bandar Keningau Kini.

Wah, hampir siap deko luar dan dalam tempat makan baru UNU FRIED CHICKEN di Bandar Keningau, depan Jalan besar Keningau juga berada dekat parking Keningau  Kota Kinabalu, belakang Pejabat Pos dan Pasar Malam. Setentang dengan Restoran Daily Coffee serta sebaris dengan WE DRINK dan Kedai Kain Mazuin. Kedudukan yang baik, tetapi sempit tempat parking sahaja menjadikan otak berfikir hendak parking ke mana jika hendak makan di UNU ini. Tidak menjadi masalah juga kerana dataran Bandar Keningau ini luas, parking lah mana-mana tidak bertol, cuma jika parking jauh kenalah jalan kaki ke Unu. 

Bakal beroperasi menurut yang Etuza tanya petang tadi. Klik Face Book Unu akan beroperasi dengan rasminya pada 22.01.2026, kebetulan hari yang bahagia sekali.Malam nanti malam Jumaat, jika ada niat memberi makan maka besar ganjarannya bukan kaleng-kaleng pahala dari Allah. Menurut yang saya baca memang UNU tempat makan bertemakan warna oren yang ceria akan beroperasi pada 22.1.Minggu ini lah nampaknya. 

Beroperasi setiap Isnin hingga Ahad bermula cerita mereka, bermula aksi mereka melayan tetamu yang saya jangka akan berpusu-pusu ke UNU adalah pada setiap 10.00 pagi hinggalah 12.00 malam. Wow! boleh lah bawa cucu ke tempat ini. Pasti cucu suka dan gembira.

UNU Viral Seantero Keningau.

Unu di Keningau rasanya ada TIGA cawangan yang ada di Plaza dekat Hospital Keningau dan di area Pasir Putih, Keningau. Sudah terkenal seantero Keningau dan bakal beraksi dengan gahnya Restoran Unu Fried Chicken di Pusat Bandar Keningau, Sabah. Kenapa VIRAL?, kita akan nikmati Fried Chicken di UNU baru, baru kita tahu. 

Pemilik UNU ini menurut yang didengari adalah nama seorang wanita yang di gelar UNU, lalu membuka permis kecil kecilan makanan sajian berteraskan ayam, maka jadilah nama tempat makan UNU FRIED CHICKEN yang meledak viral di seluruh Keningau, Sabah. Tahniah kepada Organisasi UNU Fied Chicken. Bangga dengan orang sendiri dan kami yang gemar makan dan mencari tempat makan yang nyaman akan memberi support, akan datang dan datang di UNU. Tunggu kami datang.InshaAllah.




Iklan Minyak Zaiton, boleh memperbaiki rambut kering. KLIK Vedio SINI.



Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Berkembang maju bisnesnya, akan buka cawangan ketiga 👍🏻

    BalasPadam
  2. banyak dah restoran ayam goreng sekarang ni sejak isu boikot KFC tapi ada juga yang tak bertahan lama. buka sekejap saja dah tutup. sayang la kalau pembukaan dah sangat gah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..ada orang tempatan yang mengusahakan..di Keningau ni lah UNU..

      Padam
  3. may be kat semenanjung tak de brand ni...tp of course ada mcm2 brand ayam goreng la..kdg2 ikut negeri pun ada...mcm kat my hometown (kelantan), ada byk brand yg tak masuk klang valley pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unu tu orang tempatan, mybe tempat lain pengusaha nya lain nama, tetapi asas sajian chicken.

      Padam
  4. wah bagus lah product local kena suport ni.

    BalasPadam
  5. di sandakan belum ada lagi brand ni, tapi kira alternative la menggantikan fast food brand dari negara haram tu.. nanti boleh try..done klik ads

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unu ni di Keningau saja..mybe akan buka juga cawangan ke tempat lain..

      Padam
  6. “Wah, jenama baru lagi ni. Semoga semakin maju, laris dan berjaya ya.
    Biar perlahan-lahan menggantikan jenama makanan segera dari negara Zionis tu -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah lama tu..cuma 2026 Januari baru ada di Pusat Bandar Keningau..

      Padam
  7. Semoga terus maju dan dapat bertahan lama. Kalau sustainable memang boleh bersaing dengan brand yang sudah ada nama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita harap bertahan lama..macam bersaing kan..

      Padam
  8. Saya akan coba kalau nanti bisa kesana 😍😍😍. Penasaran juga dengan rasanya.. kalau produk lokal, memang sebaiknya support 👍👍.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ke Pusat Bandar Keningau..cari warna cat oren jumpa terus UNU..sangat kreatif..penyediaan ruang kreatif..atas lagi best,,

      Padam
  9. Ayam ni mesra dengan warna merah kan?

    BalasPadam
  10. Kalau ada di NS boleh jer support ni...nampak menarik

    BalasPadam
  11. banyak pilihan dah restoran ayam goreng sekarang ni. alhamdulillah

    BalasPadam
  12. Waaa bagus la.. support produk tempatan.. KFC dah kena boikot . Boleh tolak jauh jauh sudah.. ☺️👍🏻

    BalasPadam
  13. Pertama kali mendengarnya. Macam x ada je kat semenanjung Malaysia lagi ni. Jom google.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.