Koleksi Kad Ucapan " Selamat Hari Guru 2026"

Chat GPT ~ Terima Kasih Google.

Sempena 16.05.2026 dan setiap tahun Negara Malaysia meraikan kakitangan GURU di seluruh Negara, hari istemewa kepada sesiapa yang bergelar guru di mana juga berada. 

Kepada semua rakan guru  Etuza mengucapakan " SELAMAT HARI GURU" dan semoga bidang guru terus diangkat sebagai satu kerjaya mulia yang diminati oleh golongan GEN Y masa kini. 

Semoga sesiapa juga yang telah memohon untuk dilantik sebagai guru akan dipanggil temuduga oleh SPP secepatnya. Mereka ditempatkan di sekolah untuk mendidik anak anak bangsa dengan penuh didikasih dan bertanggungjawab. Tugas guru walaupun semakin mencabar tetapi kerjaya ini tetap unggul dan digemari oleh ramai orang. 

Tidak Pernah Lupa Jasamu Guru.

Terima kasih jasa guru-guru yang pernah mendidik Etuza. Seingat saya, guru yang masih Etuza ingat di Sekolah Rendah hingga ke Sekolah Menangah ialah seperti :-
* Cikgu Mainah, Cikgu Sofiya Saidi, Cikgu Malibin, Cikgu Martin, Cikgu Trasy, Cikgu Albert, Cikgu Taulani Ismail.

* Cikgu Made Ahmad, Cikgu Ani Pilin, Cikgu Zime Samat, Cikgu Abraham ( Guru BI), Cikgu Magie Hoo, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Kamarudin, Cikgu Mazlan, Cikgu Saiful, Ustaz Idris, Cikgu Musa Numan, Cikgu Ibrahim, Cikgu Aron Warso, Pengetua Primus Kayau dan ada ramai guru lagi.

Hari Guru 2026, Tema Dan Maksud Tersirat.

Tarikh sambutan pada tahun 2026 ialah 16 Mei 2026 (Sabtu).Tema rasmi Hari Guru 2026 pula ialah “Guru Bitara Nadi Negara”

Tema “Guru Bitara Nadi Negara” membawa maksud bahawa guru ialah insan hebat dan terunggul yang menjadi penggerak utama kepada kemajuan negara.

Huraian ringkas tema:

  • Guru → Pendidik yang membimbing ilmu, sahsiah dan masa depan murid.
  • Bitara → Bermaksud cemerlang, unggul, istimewa dan berwibawa.
  • Nadi Negara → Guru dianggap denyut utama yang menghidupkan pembangunan bangsa dan negara.

Maksud keseluruhan:

Guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah, tetapi menjadi tunjang pembentukan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi kemajuan Malaysia.

Ayat menarik berkaitan tema:

“Guru Bitara ialah pencetus ilmu dan pembina bangsa, manakala Nadi Negara melambangkan peranan guru sebagai penggerak utama kemajuan negara.”

Kata-kata indah:

“Jika negara ingin maju, maka guru mesti dimuliakan kerana gurulah nadi yang membentuk masa depan bangsa.”

Lihat beberapa koleksi kad ucapan Selamat Hari Guru, yang kelihatan semua menggunakan perkhidmatan AI atau ChatGPT. Menarik dan sangat berpengetahuan. Ajaib ChatGPT. Anda boleh mencubanya dengan menghantar gambar anda kepada GPT.










Catat Ulasan

0 Ulasan