Skrol, Klik Home, Show All Dan Catatan Ulasan.


"Never Give Up Because Great Things" (biasanya disambung "...Take Time") bermaksud Jangan pernah menyerah kerana perkara hebat memerlukan masa/proses. Ia adalah kata-kata motivasi untuk terus berjuang, sabar, dan gigih menghadapi halangan, kerana kejayaan besar tidak berlaku semalaman.( Sumber  Google Search )
Sepi Blog Tanpa Komentar Anda.

Lama tidak updated wall blog hari ini. Rasa tidak selesa juga bila tidak on dan klik my blog untuk di semak baca dan melihat respon kawan-kawan menerusi catatan ulasan. 

Klik blog hari ini  pada awal malam, ternyata catatan blog Etuza kali ini sepi dengan lontaran KOMEN  pada ruang catatan ulasan. Kosong ulasan dan membuat Etuza berfikir ke mana semua teman blogger hari ini, mungkin begitu sibuk dengan kehidupan di hadapan dan tidak terfikir untuk menjengah kawan-kawan blogger di alam maya. Rasa sepi sekali kerana kebiasaannya pasti ada komen yang senang dan amat menyukai komentar mereka.

Etuza kembali bermuhasabah diri, bahawa diri ini juga agak kurang melontarkan komen di blog yang sangat banyak di laman sosial, hingga mengambil langkah akan lontarkan komen pada blog yang sempat Etuza klik. Tidak terkejar masa dan ada  banyak halangan seperti line internet slow, kekurangan data dan tidak lancar online membuat terbatas untuk blog walking hingga lama. Masa bukan menunggu kita tapi kita kejar masa akan tetapi sangat ketinggalan dan takkan tekejar masa.Komen di blog bukan juga kewajiban tetapi alangkah gembira adanya komen yang hadir bagaikan menemani kita dari blog ke blog. 

Mesra Blog Itu Bagaimana? Pastikan Ada Home, Arkib, Scroll dan Show All & Catatan Ulasan.

Lalu terdetik hati sejak lama, ingin menyatakan bahawa blog yang mesra pembaca mempunyai ciri tersendiri tanpa kita sedari. Ciri itu akan menjadikan blogging kita lancar dan pantas mencari infor dalam blog kegemaran kita.Antara ciri - ciri tersebut ialah :-

HOME

Blog yang baik menurut Etuza mesti ada HOME, kerana melalui HOME yang kita klik di atas atau di bawah wall blog akan membuka paparan semua catatan terbaru dan lama agar kita mudah klik catatan terbaru oleh blogger. Jika tidak ada HOME kita yang datang membaca akan keliru mencari dan mengesan entri baru dalam sesebuah blog. Justru itu pastikan ada HOME dalam blog agar kita mudah melihat  dan pantas membaca catatan terbaru di blog anda.

Scroll & Show ALL

Klik button Scroll/Skrol dan Show All juga penting kerana item atau ciri ini menjadikan kita terus naik ke atas wall blog untuk melihat HOME dan klik untuk memaparkan semua catatan dalam blog. Scroll akan menjadikan kita menjimatkan masa dan seronok membaca di blog anda. Melihat gambar dan menyaksikan daya kreatif ada di blog kesayangan.

ARKIB

Item ARKIB juga adalah sangat penting dan antara ciri penting sesbuah blog. Klik Arkib akan memaparkan semua catatan baru. ARKIB perlu sekali diletak dalam blog jika template blog itu tidak ada item HOME button.Klik ARKIB akan membuka paparan halaman dan kita sebagai pembaca merasa senang hati kerana dimudahkan urusan kita membuat blog wakling. Sejujurnya sebagai pembaca kita memburu masa yang pantas untuk melihat paparan catatan di blog kegemaran.

Mereka sering datang di blog Etuza, terima kasih
semoga terjalin ukuhuwa fillah..

Catatan Ulasan. Klik SINI agar tidak ketinggalan.

Sebagai pembaca atau bloggers di mana juga berada, ruangan Catatan Ulasan juga antara ciri yang baik sesebuah blog. Kita sebagai pemblog seolah memberikan kebebasan kepada tetamu maya kita iaitu pembaca membuat komen yang baik dalam ruangan Catatan Ulasan berkaitan catatan kita di wall blog.Terdapat blog yang tidak ada ruangan komen dan memang dikunci hingga sukar di buka.Kadang kala ada blog catatan yang dibuat amat berkesan menarik dan menepati citarasa kita. 

Lalu kita ingin berkongsi sesuatu menerusi ruangan Catatan Ulasan, tetapi sayang ruangan Catatan Ulasan tidak dapat di buka paparan. Blog seumpama ini, kita hormati dan kita hargai di mana itu hak blogger addmin blog tersebut. Justru kita tidak boleh memberikan komen apa-apa, tetapi masih terus membaca hingga ke penamat catatan mereka.

Permohonan Maaf.

Etuza mengambil kesempatan memohon maaf jika di laman Etuza, Blog Etuza ini ada kekurangan yang menyusahkan pembaca dan teman bloggers. Etuza tahu blog Etuza tidak setanding dengan blogger terkenal di Malaysia. Kerana itu banyak kelemahan dan dengan sebab itu Salam Kemaafan jika anda merasa keliru dan merasa susah klik infor yang anda mahukan di blog Etuza ini. Salam blog walking dan selamat membaca di blog ke blog kegemaran anda. Jumpa lagi di lain catatan.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Betul sgat2.. Cuma mcm sy blogwalking d'laptop yg okay b'banding d'hp.. Kdg tak dapat komen dr hp.. Arkib penting sgat2 sbb kdg nak tgok artikel2 yg lepas juga.. Selain itu sitemap, label dan search pun penting juga.. Kdg sy komen b'dasarkan topik yg sy rasa relate dgn diri sy..

    BalasPadam
  2. Sy pun suka blogwalking guna pc, kalau laptop kurang suka, guna henfon terpaksa. Kalau pc sbb monitor besar jelas dan puas membaca dan menatap gambar

    Apapun setiap blogger ada kelebihan dan kekurangan dalam penulisan mereka, tapi perbezaan itulah yg menjadikan mereka special antara 1 sama lain.. sy pn kekadang x sempat bw dan mengomen, tp sy cuba jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..saling berinteraksi dalam media sosial blog , ada kegembiraan sebenarnya..
      Dapat berkongsi dengan ikhlas pengalaman..

      Padam
  3. kadang2 busy tak sempat nak menyinggah. kadang2 tak sempat nak membaca entri tu yang takde tinggalkan komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga dengan saya..Bw juga tapi tak sempat tinggalkan komen..tu lah masa begitu cepat berlalu..

      Padam
  4. nanti cikgu buatla button older dan newer post. saya kalau baca entry paling terbaru dan nak komen entry hari sebelumnya, suka klik kat older post je berbanding bukak kat arkib. senang nk komen kat entry2 mana yg saya terlepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah akan diusahakan..mybe boleh juga klik 2026 keluar entri terbaru..

      Padam
  5. sehari dua ni anak tak sihat saya pun kurang berblog dan blogwalking. ni dia dah mula ke sekolah dah makin sihat dapat lasaya jenguk blog ni dan kawan kawan. hujung minggu depan dah nak pergu umrah menyepi la semula sampai awal puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sermoga anak cepat sihat ya..semoga perjalanan umrah mambrul ya..Subahanallah..

      Padam
  6. Akhir-akhir ini saya sibuk, jadi kadang tak sempat nak blogwalking. Tapi seronok juga, sebab di blogger Malaysia, yang rajin komen biasanya dapat penghargaan. Berbeza dengan di Indonesia, jangankan penghargaan, dibalas dan dikunjungi balik pun belum tentu, hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa , ada pembaca dan klik blog kita yang silent pun dah kita hau melalui statistik blog..semua itu membahagiakan

      Padam
  7. Ada fungsi arkib memang senang untuk klik baca.
    Hehe kadang-kadang komen sekali banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.. kadang bingung nak klik mana entri baru klik lah arkib kan NA..terima kasih..

      Padam
  8. Saya selalu usahakan utk BW blog teman2. sehari itu 10-20 blog. Demj support ke blog mereka juga. Buat saya terserahlah teman2 mau buat blog nya seperti apa, tp pleaseeee atur iklan atau ads supaya tidak mengganggu.

    Ada blog yg ads nya sampai banyaaaak sekali. Kdg pop up pula. Saya tak suka, Krn mengganggu saat baca.

    Jujur kalau ketemu blog begini, akan saya tutup dan malas balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama, maaf ya..saya teringin nak ke Blog anda tapi taj jumpa..boleh kah berikan link blog nya ya

      Padam
    2. Terima kasih ya datang klik baca laman blog saya ni

      Padam
  9. sy pun suka blogwalking di pc..lebih besar frame..blog saya masih guna free template blogger, takde Home, Arkib...nak kena tukar kalu mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna laptop saja..mybe nak bawa travel mudah, apapun ramai updated blog guna smart phone pun boleh..

      Padam
  10. Terbaik cikgu rajin update blog n bw

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kesempatan itu datang atas izin Allah juga Kak PI..

      Padam
  11. blog cg etuza tak de list your own entries/blogpost kan..dan tak de perkataan tab 'older post' utk di click lps setel baca one post..so i kena click home setiap kali lps baca one entry utk baca other entries

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.