Majlis Budi Dikenang Bakti Dijulang 30.01.2026.

Kereta berhias cantik menarik hari ini, menjemput Suri hati ke Majlis Budi Dikenang Bakti Dijulang.
 
Sekelip Mata Datang Hari Persaraan Tanpa Ditangguh Tangguhkan Lagi.

Hidup ini, sebuah kenangan, kenangan indah apabila ada gelora kebahagiaan, apabila ada kemanisan pertemuan. Tetapi bertukar menjadi sedih dan seperti hendak menangis apabila pertemuan yang begitu lama terbina tiba-tiba ada perpisahan yang tidak tertangguh tangguh lagi.Saat itu terasa bagaikan mimpi kerana diri terpaku, terkedu dan terkunci kata bicara kerana " Rupanya Telah Tiba Saat, Detik Waktu Persaraan Yang Ditunggu -Tunggu". 

Hukum sebagai manusia akan adanya hari muda belia dan beransur perlahan ke usia senja yakni umur semakin bertambah dan akan alami tua dalam kehidupan di Dunia yang bersifat sementara. Jika sebagai penjawat awam maka akan tiba saat hari bersara, Bersara Pilihan atau Bersara Wajib pasti akan tiba tanpa tertangguh lagi setelah permohonan di hantar ke pihak atasan.Hari persaraan di tunggu dengan sabar sebaik permohonan diajukan. 

Dalam menunggu berbagai perkara difikirkan, kuat kah diri hadapi saat hari bersara dimana akan lepaskan semua tanggungjawab ke bahu pendukung khimat yang lebih muda belia. Bukan menyerah tetapi itu lah hukum manusia apabila berusia senja yakni berumur tua maka wajib bersara. Itu hak setiap penjawat awam seandainya diberi kesempatan dan peluang bersara.

Bersara Pilihan Dalam Usia 56 Tahun.

Usia persaraan angka 56 adalah bersara Pilihan dan kemahuan individu. Pilihan bersara muda bukan atas dorongan sudah puas berbakti kepada nusa bangsa dan negara. Permohonan bersara atas dasar ikhlas dan rela meletakkan tugas untuk digalas kepada para belia muda belia sebagai pendukung khidmat seorang guru di sekolah. Bersara pilihan di lihat ke arah positif apabila individu itu merasakan tahap kesihatan semakin merundum, tidak lagi selincah ketika umur muda, melangkah kaki bukan lagi cepat pantas tetapi perlahan dengan langkah yang agak lemah apabila sendi kaki hadapi masalah kesan terjatuh dan sebagainya. 

Semangat untuk menabur bakti, mahu lebih ramai anak murid berjaya tidak pernah pudar dan luntur oleh arus kemajuan ledakan teknologi. Tetapi pergerakan membuat diri akur bahawa perlunya bertindak untuk memohon persaraan agar jabatan tidak turut bimbang dalam masa berkhidmat dalam keadaan tidak sihat.

Apa yang nyata ialah, adanya kemahuan bersara pilihan adalah untuk kembali bersama keluarga, bersama Anak-Anak yang dikasihi, mahu menumpukan masa bersama mereka, mahu menikmati bersama keluarga bersama menikmati kebahagiaan dalam usia senja. Dan saat itu menyambut kehadiran cucu yang kian bertambah juga adalah saat yang amat bahagia bagi seorang pesara yang  memilih bersara pilihan.

Setidaknya sempat melihat anak-anak memajukan anak mereka, cucunda pesara, melihat anak-anak melalui saat kami dulu membesarkan anak sendiri, apabila selalu bersama pasti IBUBAP yang telah bersara sentiasa memberikan dorongan dan semangat agar sebagai ibu dan ayah dalam usia muda harus bersabar hadapi karenah bayi ,anak dan cucu yang masih kecil.

Harapan Dan Doa Kepada Pesara. 
KLik SiniSAMPING BUNGA TABUR KLASIK | ORIGINAL & INSTANT ADULT - BLACK / PASTEL SERIES )

Kepada semua yang telah bersara Etuza ucapkan tahniah kerana mencapai umur persaraan, selamat menikmati alam persaraan bersama keluarga, anak cucu dan saudara mara. Nikmati hari-hari persaraan dengan rasa gembira dan sentiasa bersyukur atas semua yang Allah anugerahkan. Pasti juga para pesara termasuk Suri Hati sentiasa menambahkan ilmu dan istiqomah beribadah menjana pahala untuk bekal ke syurga Allah.Hadapi lah saat bersara dengan persaan yang positif dan jauh dari perkara yang merugikan dan menekan perasaan. Hadapi lah hari persaraan dengan aman dan damai. Selamat bersara buat semua dan kepada Suri Hati.

Gambar kenangan di hari Persaraan Suri Hati. Menjadi kenangan yang bermakna.

Terima kasih penganjuran Majlis Persaraan yang sangat lancar dan berjaya.Alhamdulillah
dimudahkan urusan Suri Hati Bersara.

Kenangan ini sukar dilupakan..gambar bersama kawan2 setugas sebagai guru.

Hadiah dari pihak sekolah dan murid-murid sekolah. Tidak dinafikan ada air mata menitis 
merasai sangat dihargai. Klik Sini
SAMPING BUNGA TABUR KLASIK | ORIGINAL & INSTANT ADULT - BLACK / PASTEL SERIES (SONGKET REPUBLIK)

Catat Ulasan

0 Ulasan