DOJO, Pertama Kali Makan Di DOJO Benoni Papar.

Ketika di Imago Kota Kinabalu, berjalan _Jalan Sebelum hantar anak ke Lapangan Terbang.

Kehidupan Ini Berputar Bagaikan Roda Yang Tidak Berhenti.

Salam Malaysia Madani, salam damai dan semoga teman bloggger ku serta pembaca maya yang rajin terjah blog Etuza yang di kasihi dan dihargai. Salam diangin nan lalu di maya sosial ini. Selagi hidup dan bernadi kehidupan ini dirasakan seperti roda yang berputar. Berputar tidak henti, hingga kami berada di Kota Kinabalu, berada di One Borneo, KKIA ( Lapangan Terbang ) di Benoni Papar kemudian putar semula balik ke Bandar Keningau. Betullah hidup bagaikan putaran roda yang tidak berhenti selagi ada denyut nadi.

Bersiaran awal pagi, sebaik solat subuh, mencari potret untuk di terbitkan kali ini. Lalu ternampak kami singah makan di DOJO Benoni Papar.Tempat perantaraan Kota Kinabalu dan Keningau, letaknya Benoni Papar ini bagaikan di tengah - tengah sebelum ke Jalan Kimanis Keningau. Di Benoni pembangunan yang sangat pesat tempat ini dimajukan dengan adanya bangunan permis jualan berbagai dan tempat makan yang menarik serta ada perumahan yang sedang dibina dan 90 % telah disiapkan.

DOJO Di Benoni.

Tempat makan yang menarik, restoran yang agak damai dan tenang masuk di tempat ini. Dalam restoran ini ada hawa pendingin, tetapi kemi memilih santai makan bersama-sama cucu dan anak di luar. Masa itu sudah menjelang hampir jam 7.00 malam, maka sekeliling DOJO bercahaya dengan lampu-lampu di sana sini menghiasi dan menerangi jalan. Pelanggan datang silih berganti. Kami datang di DOJO kerana mengalas perut sebaik kami sudah melaksanakan SOLAT JAMAK sesuai sebagai pengembara di Kota Kinabalu yang melebihi 1oo kilometer dari Keningau, Sabah.

Pertama kali makan di DOJO, ada kelainan, termasuk gelas atau tempat minum, pinggan pada tempat nasi ada daun pisang menarik dan sambal perasa makanan sangat lembut dan tidak terlalu pedas. Mesra dimakan pada bahasa Etuza dan makanan secukup rasa. Secukup rasa maksud Etuza adalah makanan itu sedap dan menyelerakan sekali.

Maaf hanya satu komen Etuza, ada anjing berkeliaran di hadapan DOJO dan pasti anjing itu mencarai makanan ketika malam menjelang. Cucu melihat anjing terdiam dan merasa pelik anjing pertama kali dilihatnya dari jauh. Anjing menyalak dan menggoggong berbunyi bersahutan. Menakutkan hehehe.

Terima Kasih pelayan DOJO yang smart berpakaian semua hitam, tudung hitam kerana melayan kami makan hingga kenyang. Balik dan sampai rumah, mandi dan tidur terus, penatnya berjalan jauh.

Nampak  COOLBLOG ambil gambar sebagai Blogger pinggiran.

Suka jalan-jalan di Imago Kota Kinabalu, relex dan luas..Ramai orang datang hari-hari di Imago.













Catat Ulasan

0 Ulasan