| Buah manggis cantik apabila masak , masak ranum nampak purple yang cantik . |
Buah Manggis Rupanya Amat Berkhasiat.
Jika hendak ketahui khasiat buah manggis klik SINI. Google akan berikan infor yang menarik tentang buah manggis yang sangat berkhasiat.
Rupanya buah manggis ini makan ulasnya sangat sedap bila masak ranum, dan banyak khasiat yang tersembunyi. Etuza setiap pagi datang ke pokok manggis memastikan buah manggis yang adakah sudah matang terlihat warna meron atau warna unggu atau warna purple seolah kelihatan begitu warnanya bila masak. Ada juga yang mengatakan kulit kala masak buah manggis hitam warnanya. Apa saja warna yang penting buah manggis.Etuza perhatikan mesti ada tupai atas pokok korek buah manggis yang rimbun. Kecewa sedikit kerana sepanjang hari manggis menjadi matang mesti banyak buah jatuh tinggal kulit ditebuk tupai dari kebun getah. Susah halau atas pokok berkejaran ke ranting getah.
Melihat tupai lebih ke arah pokok manggis dan makan buah manggis, berbanding ke pokok rambutan yang rimbun buahnya, walau pada dasarnya kulit buah manggis keras dan tebal, gigi tupai tetap sampai mengorek buah manggis tersebut.
Lalu tertanya, mesti buah manggis ini tinggi khasiatnya. Etuza pun google search. Betullah tekaan rupanya banyak rahsia khasiat buah manggis yang jarang kita ketahui.
Buah manggis antioksidan dan menjadi imuniti badan kita, menghalang penyakit dan lebih menarik menjadikan kulit cerah cantik dan buah manggis menjadikan kita awet muda, membantu kawal gula dalam darah, menyokong kesihatan jantung dan membantu memperbaiki proses pencernaan, membantu mencegah kanser dan menurunkan berat badan serta meredakan radang tubuh.(Sumber alikhtiar Google )
Hendak ketahui bagaimana buah manggis yang kita makan mampu menurunkan berat badan ikuti infor menarik tentang buah manggis di SINI.
Buah Rambutan Sudah Masak Ranum.
Pokok rambutan ( Rambutan Kelapa) telah semua buahnya masak ranum.Binggung hendak kutip atau petik buah. Ranting pada pokok rambutan kecil dan rasanya Etuza berat untuk naik ke atas. Entah harus bagaimana nak petik buah. InshaAllah Etuza akan fikirkan. Dan pasti akan bawa buah rambutan untuk di berikan pada jemaah di masjid nanti.
( Maaf belum sempat blog walking ya, inshaAllah akan drop komen di blog anda nanti )
| Alhamdulillah, hasil tuaian buang manggis dekat rumah petang kemarin.Di petik bersama suri hati. |
| Buah rambutan mencecah tanah, rimbun sekali tahun ini..Alhamdulillah..bolehlah bersedekah di Masjid. |
| Masa ni gambar rambutan belummberapa masak, kurang merah, Tupai tak berapa suka makan rambutan, buah manggis kulit keras ditebuk banyak buah tinggal kulit. Bertuah punya tupai tu. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.