Permata Hati, Melihatmu Tersenyum Aku Bahagia. & Gambar Kenangan Kami.

Gambar sekadar hiasan blog dan kenangan indah

Permata Hati Etuza.

Bersiaran lagi di udara maya pada tanggal 9.12.2025 bersamaan pagi hari Selasa. Selasa yang indah di bumi Keningau, Sabah. Apa kahbar anda semua?. Semoga semua kita lancar urusan hari ini.

Etuza menyipatkan suri hati dan anak-anak adalah Permata Hati, mereka membahagiakan Etuza, apatah lagi apabila mereka tersenyum, bertambah bahagia jiwa ragaku. Kini permata Hati Etuza kian bertambah dengan kehadiran tiga orang menantu dan dua cucu kaum Adam ( cucu Lelaki ) Subahanallah terasa bagaikan magic saja kehidupan ini. 

Mereka lah Permata Hati yang bersuara, bergerak dan bernafas dan pasti mereka sayang dan cinta Etuza. Terima kasih ya Allah memberi anugerah dengan kehadiran zuriat ini. Semuanya atas takdirMu dan tanda Allah menyayangi, mengasihi, mencintai dan maha memberi sehebat anugerah berupa nya manusia.

Bersambung, maaf siaran terhenti dulu.

Gambar bersama suri hati di Warung Zara, Keningau

 
Bersama suri hati di Wisma Muis Kota Kinabalu, Sabah

Di sebuah tempat Bukit Banjaran Crocer Keningau, Sabah

KFC di Tuaran, Sabah

Anak bongsu lelaki semasa dia tingkatan lima

Anak lelaki sulung semasa Majlis Pertungangan nya dahulu, bertemu jodoh
dengan wanita dari Ranau, Sabah

Semua ada kecuali menantu lelaki, ini di sebuah resort di Tuaran, Sabah

Nampak tersenyum , Etuza amat bahagia, semoga anak bogsu lelaki
Etuza ini cemerlang di Dunia dan di Akhirat.Aamiin.

Kami antara kaum Adam dan Ummat Nabi Muhammad SAW
berseri lagi dengan kehadiran si comel SUFI.

Senymlah kerana ukiran senyuman itu adalah sedekah yang membahagiakan hati

Catat Ulasan

0 Ulasan