Panorama Alam Sekitar Yang Menakjubkan. Bukit Zakir Sebuah Lukisan Lembah Yang Damai.

Lihat di lembah itu, desa  yang cantik di bawah bukit Zakir, indahnya pemandangan.

    Menarik untuk di baca klik SINI.

Bicara Hati Kala Berada  Di Puncak Bukit Zakir

Kemarin yang berlalu, meninggalkan kesan yang berbagai keadaan dalam jiwaraga kita.Ada yang merasa bahagia, gembira, tersenyum riang dan tidak terkecuali ada yang sedih dan pilu serta hampa. Merasakan diri tidak beruntung dalam kehidupan ini.

Kemarin yang sudah kita lalui, sudah kita terima rezeki yang Allah berikan. Makan dan minum yang cukup juga sudah kita nikmati.Duduk agak lama seketika sejam lebih pada perdu roda di atas Bukit Zakir, terasa ada perasaan kagum dengan cipataan Allah di atas Bukit Zakir ini. Melihat ke bawah akan terlihat atap deretan rumah dan atap bangunan sekolah yang tersusun megah berdiri di lembah. Pepohon buahan, pokok pisang dan pohon lain yang tumbuh menghijau menyejukkan mata memandangnya.

Mendongak sedikit ke langit, terlihat langit biru berona kebiruan,  samudra awan yang amat luas. Kelihatan dekat tapi jauh. Kemudian merentang Banjaran Croker di sepanjang menjadikan pemandangan Bukit Zakir begitu mendamaikan. Angin bertiup lembut sesekali terasa membaluti tubuh. Kedengaran bunyi burung dan unggas bersahutan. Damai terasa, tenang terasa, hilang tekanan dan perasaan gundah dalam kehidupan ini.

Mungkinkah Matahari terbenam ( Sunset ) Boleh Dilihat Di Puncak Bukit Zakir?.

Di puncak Bukit Zakir sepertinya boleh melihat sunset atau matahari terbenam kala petang atau menjelang senja. Kerana kelihatan pemandangan langit samudra sekali, bersih dan kelihatan jalur biru dilangit menujukkan kesan pancaran cahaya matahari kala pagi. Mungkin kah boleh melihat Sunset ( Matahari Terbenam ) di Puncak Bukit Zakir ini.Wallahualam. Suatu masa akan datang di Puncak Bukit Zakir kala petang. InshaAllah.

Seketika menanti peserta 10 kumpulan Program Perkhemahan UBF Perdana, Etuza duduk menunggu di tepi Puncak Bukit Zakir. Datang menerpa perasaan kagum pada kuasa Allah yang menciptakan keindahan alam semulajadi. Lukisan alam yang mengkagumkan. Gabungan pula dengan ciptaan bangunan yang manusia cipta seperti rumah , masjid dan jalanraya, terbentuklah kombinasi keindahan yang jelas kelihatan di Puncak Bukit Zakir ini. hati kemudian berbicara . Alhamdulillah syukur nikmat ini sementara masih hidup di Dunia ini.Etuza.

Duduk atas perdu roda membelakangi pemandangan yang indah di Bukit Zakir
 
Terbentang banjaran Croker di belakang..awan agak tebal meyelamuti langit.. 


Berdiri tengah dan bertopi putih adalah pemilik tanah Bukit Zakir.

Pandangan luas, di lembah Bulit Zakir, Kampung Penagatan Laut, Keningau.


Melompat ke atas, riang ria berada di Puncak Bukit Zakir ( 6.11.2025 )

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Tanah persendirian ya Cg? Bertuah tuan tanah, lokasi bukit ni sangat cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah kawan yang saya kenal, kebun dia terjaga ada pekerja, tapi tanah ni ada bukit yang rata dekat tengah perbukitan..seluas 100 meter..boleh santai di atas bukit ni..

      Padam
  2. Alhamdulillah.. dapat menikmati keindahan alam yang mendamaikan jiwa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat indah dan damai..dapat hirup udara segar ..

      Padam
  3. unik nama bukitnya....bestnya dpt enjoy the view..alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Tak perlu merantau daa, Sabah kaya panorama yang sangat cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak tempat menarik kat Sabah, saya ja belum pergi..semua..

      Padam
  5. subhanallah indah pemandangannya wah kan main ceria pendaki bukit Zakir

    BalasPadam
  6. Pemandangan di Sabah memang indah ya. Jika ada kesempatan, memang teringin berjalan ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput ke Sabah, firstly ke Kota Kinabalu dulu..

      Padam
  7. Beautiful photos of this lovely peaceful valley. Thank you so much for sharing, and warm greetings to you from Montreal, Canada ❤️😊 🇨🇦

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome against, in my site. I'm very happy. Thank you..

      Padam
  8. Mesti cantik ni kalo waktu senja ada sunset.. 😃😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mybe.belum saya ke sini masa petang, pagi sahaja kebetulan ada program

      Padam
  9. kalau pagi2 santai2 kat sini memang best... layan nature...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, cuma dataran ni kosong,cuba owner bagi up sikit lawakan kawasan, pasti ramai nak naik test stamina kaki naik bukit ni..

      Padam
  10. Indah sekali pemandangannya... saya suka saya suka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik juga tempat ni..nampak pemandangan desa

      Padam
  11. Tempat yang cantik macam ni sesuai untuk cari ilham....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terasa betul juga, ada ilham baru berkarya..

      Padam
  12. Sabah memang banyak tempat cantik-cantik kan cikgu. Dapat bersantai bersama teman-teman di kawasan semulajadi memang awesome kan. Kadang-kadang tak perasan masa berlalu begitu

    BalasPadam
  13. beruntung tuan tanah ada miliki tanah yang punya pemandangan indah sebegini

    BalasPadam
  14. Walaupun bukit rendah, tapi cantik pemandangannya. Nampak banjaran crocker!

    BalasPadam
  15. Baik-baik takut terjatuh.
    Apapun subhanallah.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.