Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam & Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi.



Ada berapa biji telur ayam yang bersih dan cantik? Cuba teka! awak teka awak kena!
Cuba lah teka.

Asalamualaikum semua, salam sejahtera semua.

Asalamualaikum semua, salam sejahtera semua, salam 1 Malaysia Madani. Awal pagi hari ini memberi salam, mengetuk pintu maya di udara. Anda bangun tepat jam pukul berapa hari ini. Hari Ahad yang ditunggu kerana Ahad adalah hujung minggu yang penuh dengan jadual bersama keluarga. 

Ok, cuba cipta satu moment indah bersama keluarga anda hari ini, preparing betul betul agar gambar-gambar bersama keluarga secara santai, secara candid atau secara ready sakan pasti cantik menarik di tatap. Cubalah buat aktiviti keluarga.Tidak semestinya keluar rumah dalam rumah juga boleh, tetapi bonus mark hebat bagi yang ada aktiviti keluarga di lakukan di sekitar tempat lain. Wah hebatnya itu.Panjangnya intro pembuka bicara. 

Setiap Hari Menyusun Biji Telur.

Setiap hari, terutama waktu sekitar jam 4.00 petang jari jemari ini akan menyusun atur biji telur ke dalam kotak telur berlohong atau berkiub 30 semuanya. Cantik sekali semua telur 30 biji setelah dipenuhkan. Jika ada satu tak penuh maka tidak lengkap untuk di ikat kotak telur tersebut.

Mengikat kotak telur juga ada seni aturannya. Bukan ikat sembarangan ikat kerana ikatan itu kelihatan buruk dan tidak berseni.Sebagai tambahan ikat kotak telur juga harus dengan penuh kasih sayang dan kelembutan yang luar biasa. Jika kasar pasti akan ada telur merajuk 
( pecah ) alamat merasa rugi dan kesal dalam hati. Justru ikat kotak telur biar berhemah diri. 

Bab Warna Telur, Anda Perlu Tahu.

Sudah menjelang 2 tahun Etuza memelihara ayam brown penelur. Memang satu aktiviti yang SANGAT menyeronokkan. Pasal rugi atau tidak itu perkara kedua Etuza fikirkan. Kerana jika merasa rugi dan tidak ada keuntungan maka tidak akan sampai 2 tahun usia kini memelihara ayam penelur. Bukan banyak hingga cecah 100 ekor, setakat 50 ekor sekadar ikut mampu. Lalu dalam usia 2 tahun itu rasanya ada sesuatu ilmu baru yang Etuza perolehi.

Subahanallah semua ini ilham yang Allah titipkan. Apakah ilmu itu?. Bab warna cengkerang telur ayam dan fizikal ayam penelur dari muda hingga ke usia 2 tahun. Di bawah ini adalah agihan atau keadaan warna dan corak telur yang saling berbeza, baca dan perhatikan juga gambar.

💕 Ketika ayam penelur mula bertelur, ayam itu seolah kedengaran bunyi mendaham dan agak seperti membuang cairan di paruhnya. Hok2 bunyi seperti itu. Tidak lama akan bertelur dengan saiz telur yang kecil dan bujur. Warna kulit telur sangat terang jingga  keemasan. Tetapi saiz kecil. Keadaan ini akan berlaku dalam 3 minggu baru saiz telur MADIUM dan sangat cantik tanpa sebutir titik hitam pada cengkerangnya. Bersih berkilat jingganya.

💕 Kulit telur ayam yang cantik berkilat dan warna jingga terserlah berlangsung hingga cecah setahun lebih, tetapi akan berlaku sesekali kulit telur bertitik hitam yang halus. Berlaku juga kulit telur bertindik seperti biji yang keras pada kulit telur. keadaan telur tidak cantik dan kadang kelihatan bentuk tidak bujur dan kasar. Warna berubah bukan lagi jingga tetapi putih atau cream kuning . Hingga akan berlaku kulit telur juga semakin menipis.

💕 Apabila ayam penelur menjelang usia dua tahun, masih bertelur tetapi akan berlaku selang 2,3,4 atau 5 hari baru bertelur secara sempurna. Tetapi akan berlaku kulit telur mulai cacat, nipis dan lembab cengkerangnya. Apabila kita mengutip telur tersebut, telur itu mudah pecah dan kerugian akan kita rasakan.Kulit tidak sempurna, lembut dan mudah pecah akan ada dalam 3 atau 4 biji. Paling tidak seronok apabila telur itu pecah di pijak oleh ayam penelur dan akan mengeluarkan bau yang hanyir pada bekas tempat ayam bertelur. Berlendir dan kekuningan melekat pada kulit telur ayam yang sempurna.

💕 Keadaan kulit telur yang dikeluarkan oleh ayam penelur muda usia, adalah dalam keadaan kulit warna jingga yang tebal bujur cantik berkilat dan bersih sekali. Telur itu sama saiz dan biasa dalam saiz gred B. Jika anda perhati ada warna telur kelihatan jingga dan ada kelihatan cream putih dan lain-lain warna lagi kerana bertitik atau ada jaringan titik halus pada kulit telur ayam tersebut. 

💕 Apabila ayam mula berusia setahun hingga setahun 5 bulan saiz telur berubah menjadi bujur panjang atau bulat dan saiz yang besar ke saiz Gred A. Keadaan ini berlangsung agak lama tetapi tidak semua hari telur bersaiz besar terkait kesihatan ayam dan makanan dan air minuman yang mencukupi. Jika makanan ( dedak ayam ) kurang dan kekurangan air minum saiz telur yang keluar bersaiz kecil dan bukan Gred A lagi.

👉🎁
Teka bilangan biji telur jingga yang bersih berkilat dan cantik.Menunjukkan bahawa telur itu keadaan kulit telur yang dikeluarkan oleh ayam muda. Teka bilangan dan dapatkan hadiah. Adakah anda baca, teka dan bawa hadiah. Hanya satu tekaan yang tepat akan diberi hadiah.Jumpa anda dipuncak kejayaan meneka dalam kesamaran. SELAMAT MENCUBA NASIB.

Setiap hari menyusun telur ke kotak telur..hingga nampak kesenian pada kulit telur,
rupanya ada ilmu tersirat, kena tahu..baca baru tahu..


Ada kulit telur ( cengkerangnya bersih dan cantik jinga keemasan nampak sangat cantik.

Kluit telur ada titik hitam pada cengkerangnya agaknya kenapa..kena baca, baru tahu..

etuza mengambil kesempatan terima kasih kepada ramai kawan-kawan
 yang menymbang kotak telurtry telur, mereka memahami try telur sangat Etuza perlukan..mereka tak buang..

Berapa kotak telur perhatikan juga agar mata masih terang dan jelas..

Telur ayam berbagai warna cengkerang telur, agaknya kenapa..sila baca baru tahu..

Nasi goreng petaya selimut telur dadar..

Petang kemarin suri hati belanja tapaukan mee goreng halus
telur kelambu dan sepotong kek ikan..sedap








 

Catat Ulasan

0 Ulasan