| Jangan teka bilangan telur gambar ini, gambar 1 ini,agak kabur.. |
| Boleh teka bilangan telur ayam dari ayam berusia muda, berapa bilangannya. Boleh cuba teka bilangan telur tersebut guna gambar 2 ini. |
Gambar telur pada gambar 3 adalah dari try telur yang sama, tetapi disusun cara
tindan ( bertindih ) boleh cuba teka bilangan telur bersih cantik dan jingga
dari ayam penelur berusia muda, guna gambar ini juga boleh.
Gambar 4 ,ini bukan di teka, ini sekadar gambar pengisian terhadap entryhaltelur ayam
harus ada stok kotak telur.
| Ada berapa biji telur ayam yang bersih jingga dan cantik? Cuba teka! awak teka awak kena! Telur tersebut adalah dari telur ayam penelur yang berusia muda sekitar 5 bulan hingga 15 bulan. |
Asalamualaikum semua, salam sejahtera semua.
Asalamualaikum semua, salam sejahtera semua, salam 1 Malaysia Madani. Awal pagi hari ini memberi salam, mengetuk pintu maya di udara. Anda bangun tepat jam pukul berapa hari ini. Hari Ahad yang ditunggu kerana Ahad adalah hujung minggu yang penuh dengan jadual bersama keluarga.
Ok, cuba cipta satu moment indah bersama keluarga anda hari ini, preparing betul betul agar gambar-gambar bersama keluarga secara santai, secara candid atau secara ready sakan pasti cantik menarik di tatap. Cubalah buat aktiviti keluarga.Tidak semestinya keluar rumah dalam rumah juga boleh, tetapi bonus mark hebat bagi yang ada aktiviti keluarga di lakukan di sekitar tempat lain. Wah hebatnya itu.Panjangnya intro pembuka bicara.
Setiap Hari Menyusun Biji Telur.
Setiap hari, terutama waktu sekitar jam 4.00 petang jari jemari ini akan menyusun atur biji telur ke dalam kotak telur berlohong atau berkiub 30 semuanya. Cantik sekali semua telur 30 biji setelah dipenuhkan. Jika ada satu tak penuh maka tidak lengkap untuk di ikat kotak telur tersebut.
Mengikat kotak telur juga ada seni aturannya. Bukan ikat sembarangan ikat kerana ikatan itu kelihatan buruk dan tidak berseni.Sebagai tambahan ikat kotak telur juga harus dengan penuh kasih sayang dan kelembutan yang luar biasa. Jika kasar pasti akan ada telur merajuk
( pecah ) alamat merasa rugi dan kesal dalam hati. Justru ikat kotak telur biar berhemah diri.
Bab Warna Telur, Anda Perlu Tahu.
Sudah menjelang 2 tahun Etuza memelihara ayam brown penelur. Memang satu aktiviti yang SANGAT menyeronokkan. Pasal rugi atau tidak itu perkara kedua Etuza fikirkan. Kerana jika merasa rugi dan tidak ada keuntungan maka tidak akan sampai 2 tahun usia kini memelihara ayam penelur. Bukan banyak hingga cecah 100 ekor, setakat 50 ekor sekadar ikut mampu. Lalu dalam usia 2 tahun itu rasanya ada sesuatu ilmu baru yang Etuza perolehi.
Subahanallah semua ini ilham yang Allah titipkan. Apakah ilmu itu?. Bab warna cengkerang telur ayam dan fizikal ayam penelur dari muda hingga ke usia 2 tahun. Di bawah ini adalah agihan atau keadaan warna dan corak telur yang saling berbeza, baca dan perhatikan juga gambar.
💕 Ketika ayam penelur mula bertelur, ayam itu seolah kedengaran bunyi mendaham dan agak seperti membuang cairan di paruhnya. Hok2 bunyi seperti itu. Tidak lama akan bertelur dengan saiz telur yang kecil dan bujur. Warna kulit telur sangat terang jingga keemasan. Tetapi saiz kecil. Keadaan ini akan berlaku dalam 3 minggu baru saiz telur MADIUM dan sangat cantik tanpa sebutir titik hitam pada cengkerangnya. Bersih berkilat jingganya.
💕 Kulit telur ayam yang cantik berkilat dan warna jingga terserlah berlangsung hingga cecah setahun lebih, tetapi akan berlaku sesekali kulit telur bertitik hitam yang halus. Berlaku juga kulit telur bertindik seperti biji yang keras pada kulit telur. keadaan telur tidak cantik dan kadang kelihatan bentuk tidak bujur dan kasar. Warna berubah bukan lagi jingga tetapi putih atau cream kuning . Hingga akan berlaku kulit telur juga semakin menipis.
💕 Apabila ayam penelur menjelang usia dua tahun, masih bertelur tetapi akan berlaku selang 2,3,4 atau 5 hari baru bertelur secara sempurna. Tetapi akan berlaku kulit telur mulai cacat, nipis dan lembab cengkerangnya. Apabila kita mengutip telur tersebut, telur itu mudah pecah dan kerugian akan kita rasakan.Kulit tidak sempurna, lembut dan mudah pecah akan ada dalam 3 atau 4 biji. Paling tidak seronok apabila telur itu pecah di pijak oleh ayam penelur dan akan mengeluarkan bau yang hanyir pada bekas tempat ayam bertelur. Berlendir dan kekuningan melekat pada kulit telur ayam yang sempurna.
💕 Keadaan kulit telur yang dikeluarkan oleh ayam penelur muda usia, adalah dalam keadaan kulit warna jingga yang tebal bujur cantik berkilat dan bersih sekali. Telur itu sama saiz dan biasa dalam saiz gred B. Jika anda perhati ada warna telur kelihatan jingga dan ada kelihatan cream putih dan lain-lain warna lagi kerana bertitik atau ada jaringan titik halus pada kulit telur ayam tersebut.
💕 Apabila ayam mula berusia setahun hingga setahun 5 bulan saiz telur berubah menjadi bujur panjang atau bulat dan saiz yang besar ke saiz Gred A. Keadaan ini berlangsung agak lama tetapi tidak semua hari telur bersaiz besar terkait kesihatan ayam dan makanan dan air minuman yang mencukupi. Jika makanan ( dedak ayam ) kurang dan kekurangan air minum saiz telur yang keluar bersaiz kecil dan bukan Gred A lagi.
👉🎁
Teka bilangan biji telur jingga yang bersih berkilat dan cantik.Menunjukkan bahawa telur itu keadaan kulit telur yang dikeluarkan oleh ayam muda. Teka bilangan dan dapatkan hadiah. Adakah anda baca, teka dan bawa hadiah. Hanya satu tekaan yang tepat akan diberi hadiah.Jumpa anda dipuncak kejayaan meneka dalam kesamaran. SELAMAT MENCUBA NASIB.
| Setiap hari menyusun telur ke kotak telur..hingga nampak kesenian pada kulit telur, rupanya ada ilmu tersirat, kena tahu..baca baru tahu..Boleh teka guna gambar ini. |
Gambar ini bukan untuk di teka..
| Ada kulit telur ( cengkerangnya bersih dan cantik jingga keemasan nampak sangat cantik. Jika berani boleh juga teka bilangan telur tersebut guna gambar ini. |
| Kluit telur ada titik hitam pada cengkerangnya agaknya kenapa..kena baca, baru tahu.. Jangan teka bilangan telur tersebut menggunakan gambar ini, tak sesuai walaupun dari try yang sama. |
| Berapa kotak telur perhatikan juga agar mata masih terang dan jelas.. Jangan teka bilangan telur gambar ini. |
| Telur ayam berbagai warna cengkerang telur, agaknya kenapa..sila baca baru tahu.. Teka bilangan telur dari ayam muda boleh guna gambar ini jika nak cuba. |
| Nasi goreng petaya selimut telur dadar.. |
| Petang kemarin suri hati belanja tapaukan mee goreng halus telur kelambu dan sepotong kek ikan..sedap. |

20 Ulasan
Saya cuba je la, Cikgu. 34 kot.
BalasPadamCuba lagi ya..Jangan putus asa..
PadamYa Allah!
BalasPadamSeronoknya pelihara ayam telur.
Dahulu suami saya pernah pelihara ayam daging dan ayam telur. Beza sungguh ayam daging segar dari reban sendiri. Terasa kemanisannya. Telurnya pula, telur baharu dan memang sangat sedap kalau digoreng mata atau direbus. Juga ada beza rasa dengan telur yang dijual di kedai.
Saya teka ada 24 biji telur.
Alhamdulillah, memang benar, saya ada rasai itu semua. Ada isu telur sekarang ada klon.
PadamOk, sila teka lagi ya..jangan putus asa..Baca semua infor hal telur.Nanti ada klu..
Alhamdulillah
BalasPadamPuas hati ternak ayam penelur lohman brown f1.
Wak tak try meneka ke wak? Tak apa..terima kasih..
PadamAssalamualaikum Cikgu. Selamat bersantai di hari Ahad. Cikgu memang sudah ada cukup food security kan dari sayur-sayurannya, ikan, ayam penelur, etc. Ada ke 12 biji telur yang berwarna jingga dan cantik berkilat tuh😅
BalasPadamTekaan tu cuba lagi ya, jangan putus asa..
PadamGambar mana 1 yang nak diteka tu 😅
BalasPadamBaca kapsyen di bawah pada setiap gambar ya..kena teknik ..zoom kan tanda +
Padambestnya dpt kutip hasil dari ternakana ayam sendiri! telur ada sumber protein yg paling murah dan sedap!!
BalasPadamTerima kasih , alhamdulillah
PadamAlhamdulillah..banyak ayam yang dipelihara tu...
BalasPadamMungkin ada 34 biji telur nya
Terima kasih sudi teka, cuba lagi ya..dah ada klu..pada entry terbaru
Padamalhamdulillah dah jadi saudagar telur tahniah cikgu...kak teka 22
BalasPadamTerima kasih sudi teka, ada yang jingga telur tu, tetapi ada calar atau titik hitam yang halus..
PadamSo, cuba lagi ya
Saya kira 11 yang berwarna jingga.
BalasPadamMemang banyak warna jingga tetapi kena tengok kulit telur tersebut, bercorak titik2 hitam yang halus atau bercalar ..
PadamTerima kasih sudi teka, cuba lagi jangan putus asa ya..
PadamEh saya kira yang bertindih warna jingga cantik itu ada 6 biji pula
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.