Ini gambar petang kemarin, family Azizan Bin Ariffin datang ziarah cucu.Mereka keluarga sebelah menantu lelaki Etuza, jauh bercuti mereka dari Kudat,Sabah.
Pola Tidur Terubah Lagi. Klikm Blog Sunyi Semua Orang Tidur Lena.
Sunyi sepi jam 2.00 pagi, 20/10/2025. Klik blog selepas berwuduk untuk segarkan mata dan wajah. Syuni sekali tanpa bunyi cengkerik atau bunyi lain seperti bunyi cicak menganggu memecah kesyunian.
Klik blog kerana awal beradu di pembaringan. Bila terbangun tengok jam baru jam 2.00 pagi. Mata tidak terlelap lau dengan bahagia klik blog Etuza. Lucu agaknya tetapi hakikat inilah keadaan bila pola tidur kadang berubah.
Apa Cerita Di Blog Di Sunyi Jam 2.00 Pagi.
Hanya berkisar pada paparan gambar yang dianggap memberi bahagia seorang lelaki berusia seperti Etuza. Pada blogger yang masih muda belia dan blogger lain yang banyak pengalaman gambar paparan Etuza ini, apalah sangat pada mereka, bukan ada apa-apa pun yang menariknya. Ya cuman Etuza saja, sekadar mengisi mewarnai dan cara Etuza hargai kehidupan ini dengan berbagai situasi kita lalui. Kita yakin pada Allah yang satu, hidup kita sama, hari kita sama, Dunia kita sama, masa kita sama, makan minum kita sama makan nasi dan minum air, hari siang kita sama, malam kita sama sahaja, cuma yang berbeza adalah cara fikir kita, tempat tinggal kita dan kebahagiaan kita.
Kebahagiaan Dan Senyum yang Berbunga Segar.
Akan ada perkara yang kita lalui dalam kehupan ini, dari kita bagaimana mengenang dan zahirkan kenangan indah itu. Rasanya hidup dengan ingat kenangan lalu adalah KEBAHAGIAAN kita dalm hidup ini. Kerana bila kita kenang semula apa kenangan yang kita lalui kita boleh mengukir SENYUM dan hati BERBUNGA segarkan ingatan. Kemarin yang berlalu dalam kamus hidup lelaki berusia ini, sepertinya ada dalam paparan gambar ini. Mari kita koreksi apakah dia itu kemarin dalam kamus ingatan ini:-
Maksud 6 Gambar Segarkan Kebahagiaan.
* Keluarga Azizan Bin Ariffin ziara ke rumah Etuza, mereka suami isteri dan tiga anak comel. Dari Kudat bercuti di Keningau katanya.
* Meneliti tiap gambar dalam folder handphone ternampak senyuman cucu sangat membahagiakan Etuza dan suri hati.Gambar ini ketika kami di Kopi Ping Bandar Baru Keningau.
* Melihat G* Mart Segar tepi jalan kanan menuju ke rumah Etuza, apakah nanti jarak dekat untuk membeli keperluan dapar akan jimatkan minyak kenderaan Etuza. Rasanya tidak sabar lagi G8Mart Segar beroperasi bila.
* Rasa begitu kagum kedai jual minyak PETRON di Bandar Keningau, sesak setiap stesennya tiap hari, semua kenderaan kecil besar singgah mengisi minyak di PETRON, mungkin kerana ramah dan mesra pekerja melayan pelanggan.So, tangap satu gambar menarik PETRON, Keningau.
* Terbaru di Bandar Keningau, telah ada Hentian Bas Laluan Pantai Barat Sabah. Pengguna boleh duduk berehat berbadning dahulu, amat susah menunggu bas tiada hentian beratap.
* Nampak gerbang ke Pasar Malam Keningau, agak lusuh kini, tetapi gah mempamerkan SIKUTAN TRADISIONAL Sabah. Kiri dan kanan mengapit gerbang ini.Perlunya di cat semula agar lebih menarik Gerbang ini.
Catatan lain yang mungin ada belum baca dan mahu membaca sila klik SINI, SINI dan SINI. Jumpa lagi.Entry diterbitkan pada jam 4.43 pagi.
Senyuman cucu membuat Etuza dan suri hati bahagia, kami di Kopi Ping, Bandar Baru, Keningau.
Petron , paling VIRAL di Keningau, layanan yang mesra, pekerja mesra, ramah tamah.Sebab itu tempat isi minyak kereta ini sangat laris.
Tak lama lagi akan ada G*Mart Segar di jalan menuju ke kampung Etuza. Rasanya bila
beroperasi G*Mart Segar ini, akan jimat minyak keran dekat hendak membeli barangan dapur.
Harapan Etuza begitu. Jimat ..Rasanya semua yang lalu jalan ini teruja dan tak sabar menunggu.
Inilah wajah G*Mart Segar. belum beroperasi..
Hantar Suri Hati di Pasar Malam Bandar Keningau, katanya hendak beli buah dan sayur kampung.Nampak gerbang Pasar Malam, klik satu untuk blog Etuza.
Ini gambar terbaru dan nampak lebih jelas. Hentian Bas Laluan Pantai Barat Sabah,
Keningau. Gambar diambil dalam kereta kerana jalan ke depan Jammed area ini.

16 Ulasan
Senang ada kedai runcit dekat rumah.
BalasPadamP.S: Boleh bagi track no parcel sebab belum dapat lagi? Boleh saya tengok keberadaan parcel itu di mana. Tq.
Asalamualaikum, maaf ya baru baca dengan fokus komen, menurut pekerja di kaunter tu, Isnin ( 20/10/2025) baru gerak kerana saya pos kan kiriman hari Jumaat ya..harap sampai..Kebetulan cuti Deepavali pula lagi..nanti saya bagi track no parcel, ada di kereta..maaf kiranya lambat sampai..
PadamBiasa weekend sunyi sikit blog tak banyak reading list untuk di blogwalking. Cie pulak memang setiap hari update blog min 1 entri.
BalasPadamBetul sunyi, cuma saya rajin klik blog bila weekand ni..time ni ja agak banyak masa online..time kerja kadang tak sempat klik blog..
PadamBeautiful photos. ❤️
BalasPadamWelcome, thank you..
PadamBahagia kita dgn cara kita. Tua muda itu hanya sekadar angka pada usia pengalaman adalah harta yg berharga. ;)
BalasPadamSetuju ..setiap kita merasa bahagia dengan kehidupan sendiri, apapun niat kita sama mahukan kasih sayang Allah..
Padamnampak tenang jer suasana kampung cg etuza....aman damai alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah, desa ni aman damai, rumah Etuza jauh tak berada di kampung, rumah bersendiri ke lot kebun peninggalan arwah..
Padambarang2 kat G Mart tu lebih murah ke?
BalasPadamBelum beroperasi, sedang dalam proses, barangan dah banyak di punggah tu..tak berapa sure harganya murah ke sebaliknya, cuma dekat lah nak membeli ..
PadamSegala komen anda saya hargainya..
BalasPadamTakpe bukan salah Encik Etuza kalau barang lambat sampai. Tq sebab anjurkan pertandingan dan jawab soalan saya.
BalasPadamAda ada waktu memang sunyi sepi sahaja .. dulu 10 tahun dahulu .. dunia blog tak pernah sunyi hihii.. walau bila sahaja waktunya..
BalasPadamAiiiiih lamanya saya tak kemari. Maaaf Abang, memang baru sempat, sebab mata saya pun belum pulih 100%. Berair jika terlalu lama lihat gadget.
BalasPadamBanyak ketinggalan tulisan terbaru saya nampaknya. 😅😅.
Kalau terbangun pagi2 buta, memang paling suka kalau lihat blog, bahkan biasanya pikiran saya lebih lancar menulis di saat pagi hari
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.