Nur Cahaya Bunga Kertas, Aura Cili Bara & Pesona Burung Merpati.

Bunga Kertas Bonzai ID Eva Putih 

PENGUMUMAN!
Sebelum membuat catatan di wall blog ini, Etuza untuk kali kedua membuat PENGUMUMAN akan tiba hari yang bahagia dan menggembirakan kepada anda semua di blog Etuza ini, kerana tidak lama lagi akan ada kejutan di mana Etuza akan angkat darjat seorang blogger yang pada masa itu berada dalam teratas sebagai seorang PENGKOMENTAR TEGAR di laman Etuza ini. Mudah sahaja untuk melihat nama Blogger dan Blogspot.com miliknya, dengan melihat WIDGET Komentar di laman Etuza. Bila dan siapa yang bertuah...TUNGGU.....Langkah bijak, teruskan drop komen dan komen anda Etuza sangat hargai.

Bunga Kertas Bonzai Di Laman Etuza.
Banyak bunga kertas yang Etuza bonzaikan. Antara dalam gambar ini.Kini berbunga lebat dan tampilan warna dan corak bentuk bunga yang menarik sekali. Pokok Bunga Kertas Bonzai ini, berbatang besar dan rendah atau direnekkan. Boleh kita cangkuk dan boleh letak pelbagai warna bunga kertas jika kita rajin. 
Bunga kertas ini lasak pada cuaca panas dan tahan lama, serta boleh dibentuk dengan corak bentuk yang digemari. Petang 18/10/2025 Etuza bersiar siar di laman. tertarik mengambl gambar tika item iaitu Gambar Bunga Kertas, Gambar Burung merpati dan yang terakhir mengambil gambar Cili Bara di laman Etuza.
Bunga Kertas Bonzai ID Watermelon / Tembikai.

Bunga Kertas Bonzai Eva Oren Daun Batik

Bunga Kertas Bonzai ID  Manis Manisah 
Gambar hari raya 2025 di Laman 
Cili Bara Di Laman Etuza.
Cili bara kini tumbuh dengan subur dan berbuah lebat. Hati gembira melihat meyulam bahagia di kalbu. Rasa bersyukur kepadaNya menyuburkan tanaman Etuza walaupun kadang dilanda kemarau. Setiap petang disiram dan di belai. Sangat teruza memelihara pokok cili bara yang kini berbuah lebat. Boleh lah petik cili bara dan boleh buat perasa pedas sambal belacan.
Kebun lada padi di laman, buah semakin matang..




Gambar candid Hari Raya 2025. Gambar kenangan Etuza.

Burung Merpati Di Laman.

Burung merpati peliharaan di laman, semakin membiak, awal pagi turun ke darat berkumpulan hingga 17 ekor, mencari makanan dan berjalan-jalan comel kelihatan. Etuza taburkan makanan seperti jagung halus atau baja ( dedak ). Sesekali burung merpati sekawanan mengelilingi bumbung rumah, kadang laju dan terbang perlahan. Etuza terbayang apa yang di minda burung merpati ini seolah bertawap di atas zink, berputar berpusing kelihatan sangat menarik.

Tampilan gambar burung merpati di laman..hari ini jam 4.00 petang.
Seekor burung merpati.
2 ekor burung merpati di laman.

6 ekor burung merpati..di laman.
Etuza dan anak lelaki ke 3 ..gambar kenangan raya 2025.
Gambar hanya hiasan blog, mewarnai blog dan kenangan cuma. Bukan untuk berbangga diri. Kita positif, syukuri fizikal dan wajah  yang Allah kurniakan. Di akhirat nanti, dikatakan bahawa kita akan muda selamanya dalam lingkungan 30an, sama rata dan bertubuh tinggi yang sama rata. Subahanallah. Syukuri apa yang ada kita miliki berkaitan tubuh badan. Mempunyai kesihatan yang baik, itu adalah keutamaan manfaatkan untuk  beribadah.


Catat Ulasan

0 Ulasan