Ustaz Ilham mengetuai bacaan doa selamat dan selawat nabi semasa Majlis Ckur Jambul Cucu Semalam.
Semalam Yang Sibuk.
Sabtu 04.10.2025 sepanjang hari ini agak sibuk mengurus banyak perkara, sempena hari diadakan Majlis Cukur Jambul Cucu yang ke 2 yang diadakan nanti sejurus lepas Isyak malam hari ini. Seharian sibuk pergi membeli belah keperluan untuk di masak sebagai hidangan untuk keluarga dan para saudara tetamu yang akan datang.
Sibuk juga mengurus kerana menyediakan beberapa perkara. Terima kasih kepada menantu lelaki kerna soal penyediaan buah kelapa, daun sirih, gunting baru dia yang sediakan. Alhamdulillah, kurang lah kesibukan ini. Blog kemarin sepi dari klik jejari ini.
Acara Cukur Jambul Bayi Lelaki Cucu Ke 2.
Telah menjelang hari ke 7 anak perempuan Etuza melahirkan anaknya yang pertama. Bayi lelaki yang lahir pada 28.09. Syukur kepada Allah kerana memudahkan anak melahirkan anaknya. Oleh yang demikian acara cukur jambul sunat diadakan pada hari ini Sabtu dan selepas Isyak tetamu datang meraikan hari bahagia ini. Ustaz Ilham akan mengetuai bacaan doa, tahlil ringkas dan selawat kepada Nabi Muhamaad SAW bersama dengan jemaah Muslimah Mahabbah yang diketua oleh Dayang Suhaini Sahimin. Ketua mereka bernama Zuridah Hj. Salimin masih berada di Kota Kinabalu Sabah.
Nama pilihan menantu lelaki kepada anak lelaki mereka ialah Hazeq Mikhail. Alhamdulillah nama sudah disebut dalam kad SURAT BERANAK baby ini.Lengkaplah dan sah lah baby bernama Hazeq Mikhail. Semoga baby ini sehat cepat membesar dengan kasih sayang kami dan sentiasa dirahmati diberkahi oleh Allah.
Bahan Keperluan Cukur Jambul Cucu.
1. Kelapa muda2. Daun sirih 7 helai3. Gelas tempat daun sirih.4. Cincin diikat tali di rendam ke dalam air kelapa.5. Gunting baru yang tajam.
( Lupa ambil Gambar )
Semasa Cukur Jambul Bayi.
Selepas tahlil ringkas,semua berdiri sementara bayi di ambil oleh ayahnya dan berdiri di ruang tengah ( bulatan ). Zikir selawat dikumandangkan secara ramai-ramai bermula dari peserta cukur jambul yang pertama hingga peserta yang ke 7. ( Ada vedio disertakan, boleh klik).Biasanya peserta yang menggunting jambul bayi ini dalam acara cukur jambul dalam kiraan ganjil 3, 5 atau 7 orang.
Air kelapa dan menggunakan daun sirih untuk menitiskan air ke rambut bayi, di mana daun sirih ini lembut dan air kelapa itu suci bersih dan bening yakni segar menyentuh kepala bayi.Rambut bayi mudah di basahkan lalu digerak-gerakkan menggunakan daun sirih untuk menggunting rambut yang tegak ke atas secara perlahan-lahan, sambil diiringi selawat nabi dan membesarkan Allah.
Baiklah kepada anda semua, pembaca maya dan teman blogger, boleh lihat gambar suasana Kenduri Doa Selamat Kesyukuran dan Acara Cukur Jambul Cucu Yang Ke 2. Terima kasih sekiranya anda turunkan komen, komen itu tanda kemesraan di alam maya, sosilisasi di alam maya yang menyeronokkan.
Salam Sayang Semua.Jumpa lagi.
Keluarga dan tetamu sahabat handai yang datang mendoakan bersama.
Vedio Cukur Jambul Baby Hazeq. Alhamdulillah. Selesai.

9 Ulasan
Alhamdulillah selesai dah majlis cukur jambul cucunya. Semoga menjadi anak yang soleh.
BalasPadamYa, lega selasai sudah.Syukur alhamdulillah..boleh lah blogging ..tengok masa yang ada..Terima kasih doanya ya..
PadamAlhamdulillah majlis berjalan lancar
BalasPadamAlhamdulillah selesai sudah majlis cukur jambul cucunya cikgu Etuza, semoga cucunda tumbuh membesar dengan sihat dan semoga jadi anak yang sholeh.
BalasPadamalhamdulillah. setel sudah majlis nya:)
BalasPadamMeriahnya majlis cukur jambul. Ramai tetamu hadir. Adat tradisi masih dikekalkan. Semoga cucu membesar dengan sihat, berjaya dunia dan akhirat. Amin.
BalasPadamSemoga cucu kedua Cikgu ini membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Alhamdulillah, selesai majlis cukur jambul.
BalasPadamAlhamdulillah, acara aqiqah cucu berjalan lancar ya bang.. ikut senang saya melihatnya ☺️. Semoga cucu Abang tumbuh menjadi anak yang berbudi pekerti halus, pandai, dan dijauhkan dari segala hal yang tidak baik
BalasPadamMenjadi kebanggaan kedua orangtuanya kelak.
Alhamdulillah semoga cucunya Hazeq Mikhail sentiasa dirahmati Allah tumbuh membesar menjadi orang yang bermanfaat kepada agama dan ummah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.