Cek In The Palace Hotel Kota Kinabalu, No 1, Jalan Tangki, Karamunsing.


Berminat pada catatan ini. Sila Klik SINI.

Cek In Di Palace Hotel Kota Kinabalu, Hotel Bertaraf 4 Bintang.

Berbincang dengan anak hendak menginap di hotel mana di Kota Kinabalu pada 20/10/2025. Google beberapa Hotel di Kota Kinabalu, kemudian Etuza cadang pilihan kali ini di Palace Hotel di mana hotel ini pernah Etuza menginap semasa ada kurus dahulu sekitar 10 tahun lalu, dan memang sangat bagus perkhidmatan hotel ini, selain kelengkapan yang memenuhi syarat pelanggan.

Kami pun datang ke Palace Hotel dan cek in semasa maghrib pada 20/10/2025. Melihat lobi sahaja hotel ini memang sangat jauh berbeza dahulu. Alhamdulillah anak-anak Etuza juga menyukai hotel bertaraf 4 bintang ini. Kami di layan dengan baik, bagasi dan beg pakaian lain diusung oleh pekerja untuk sedia dihantar ke bilik tingkat 5.

Hal Makan Malam, Teruja Dengan Suasana Damai dan Tenang.

Oleh kerana di luar hujan renyai ketika kami sampai di hotel ini, maka rancangan untuk makan di restoran di Kota Kinabalu kami batalkan, selain itu asbab lain ada baby kecil yang perlu dilindungi dari cuaca malam sejuk di Kota Kinabalu. Etuza mengambil keputusan untuk kami makan malam di  Palace Hotel ini. Pelayan memberitahu ada perkhidmatan makan malam dan boleh berunding di ruangan makan nanti.

Masuk ke daining room, tempat makan tersusun rapi dan indah mata memandang, tenang dan damai dengan hiasan bunga hidup pada setiap ruang meja makan. Memang jauh berbeza 10 tahun dahulu. Cuma tidak ramai pelanggan makan di ruangan ini. Mungkin ramai pelanggan tinggal di bilik dan hanya memesan makanan melalui telefon dan mesej oder lalu juadah itu di hantar ke bilik.Atau ada pelanggan yang sudah selesai makan di luar Palace Hotel.

Hanya Gambar Suasana Daining Room. Hormat Permintaan Anak.

Hidangan kemudian telah siap di atas meja, lengkap dengan minuman dan lauk pauk yang sama dengan pesanan kami. Etuza membaca doa makan dan kami menjamah makanan bersama-sama, sambil menikmati sajian muzik sempena Deepavali. Meriah keadaan apabila meja dihias cantik dan bercahaya, cuma Etuza kurang mengambil gambar keluarga kerana anak meminta agar tidak perlu ambil gambar mereka.Etuza akur dan memahami permintaan mereka. 

Nampaknya Etuza akur permintaan anak agar mereka tidak diambil gambar lagi, lalu Etuza hanya ambil kesempatan dengan izin mengambil gambar berbagai situasi di daining room ini.Semua tersusun indah mata memandang. Pelayan yang ada juga amat sporting dan memberi keizinan untuk mengambil gambar menarik.Esok dijangka kami awal cek out ke Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan di jalan UMS, Kota Kinabalu, dan kemungkinan tidak sempat bersarapan di Daining Room Palace Hotel, maka sesuailah Etuza ambil kesempatan mengambil gambar pada masa kami makan malam di Palace Hotel ini.

Baiklah mari kita lihat beberapa gambar persembahan blog ini. Diharapkan ada pembaca serta teman blogger  yang turut gembira melihat keindahan dan menariknya tempat penginapan bertaraf 4 bintang iaitu The Palace Hotel, Kota Kinabalu.




























Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu, moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dan sentiasa ceria bersama keluarga.. Alhamdulillah, tengok foto menu juadah memang membuka selera., belum menikmatinya lagi. suasana dan dekorasi hotel pun terbaik, tenang je.. bolehlah nanti saya google2 tgk review hotel ni, mana tahu satu hari nanti saya akan wisata ke KK ..insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walalaikumsalam, InshaAllah ustaz, jemput ke Sabah ya..destinasi menyeronokkkan dan kembara dakwah di Kota KInabalu, pergi ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, atau masjid putih, masjid terapung di Kota Kinabalu juga amat berbaloi..Khabarkan ya..

      Padam
    2. Memang begini bila merantau, ada keperluan ke Kota Kinabalu, rumah anak di Tuaran agak jauh, kami pilihlah menginap di hotel, ada baby kena lindungi..

      Padam
  2. memang sgt best bila dpt staycation dan mkn2 kat hotel 4 bintang. alhamdulillah. nikmat dariNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih ya, jemput datang ke Sabah pula ya MZ..

      Padam
  3. Lazat nampak semua makanan yang dipesan. Alhamdulillah penginapan juga selesa 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua ok..nikmat Allah Dia sayang kita semua. Alhamdulillah..

      Padam
  4. kemas & teratur sgt hotel nya..nice

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat teratur, bersih dan segar uadara di daklamnya , bab tandas untuk pelanggan juga sangat wangi..bersih nyaman..Subahanallah, tak sangka Hotel Berteraf 4 Bintang,..saya google infor Palace Hotel ni..

      Padam
  5. Ini bukan hotel beshe2 ni... level kayangan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemilik Palace Hotel ni kreatif, pengurusannya mantap so pelanggan ramai datang, bertambah majulah Hotel terkemuka ni wak, pelanggan silih berganti, wak datanglah ke Sabah ya..

      Padam
  6. Makan di hotel memang sedap dan tak mengecewakan 👍🏻 sayang pulak cuaca tak mengizinkan untuk makan di luar kalau tak mesti dah cari seafood dekat sana kan 😄

    BalasPadam
  7. Tampak mewah dan selesa sungguh hotelnya. Alhamdulillah rezeki cikgu dapat bersama-sama dengan keluarga menginap di hotel menarik ini. Anak-anak memang tidak kadang-kadang tidak suka diambil gambarnya ye. Anak-anak saya pun begitu cikgu☺️

    BalasPadam
  8. Suka dengan suasana ketenangan hotel kalau macam ni.. ada makanan yg enak dan sedap boleh dinikmati..

    BalasPadam
  9. Dah lama berarti usia hotel Ini ya bang. Masih terawat bagus sampah skr. Memang baguuuus sangat 👍👍👍. Saya pun sukaaa sangat melihat foto2 bagian dalam ruang makan hotel

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.