Syukur Alhamdulillah, Kami Sampai Di Palace Hotel, KK Sabah.
Petang 20/10/2025 bersamaan hari Isnin, kami tiba di Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Sebaik menjelang Maghrib, kami terus ke Palace Hotel, Kota Kinabalu untuk menginap malam ini. Esok ada urusan anak di Pusat Pentadbiran Persekutuan Kota Kinabalu Sabah. Syukur ke hadrat Allah atas izinNya kami selamat sampai di Palace Hotel yang terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah.
Etuza sertakan beberapa gambar luar dan dalam lobi Palace Hotel, Kota Kinabalu untuk tatapan semua. Semoga yang melihat gembira dengan gambar yang Etuza persembahkan sebagai kekuatan pada entry ini. Oleh kerana rasa penat dan baru selesai makan malam, Etuza off laptop dahulu untuk berehat. Catatan diblog akan disambung semula. Selamat bercuti sempena Deepavali 2025.
Etuza sambung catatan pada entry ini setelah badan segar dari rehat malam di Hotel Palace.
Terima Kasih Layanan Terbaik Di Palace Hotel Bertaraf 4 Bintang.
Pertamanya hendak ucapkan terima kasih kerana melayan dengan begitu baik kehadiran kami menginap di hotel bertaraf 4 bintang ini. Sungguh kami bersyukur atas semua layanan di sini, termasuklah ruang bilik yang amat lengkap, free wifi dan layanan ketika malam kami di ruangan daining room yang luas dan indah sekali.
Kami seolah merasakan kemeriahan hotel ini apabila dihias dengan suasana bertemakan Deepavali. Sangat hebat apabila hiasan berwarna warni menggunakan beras menjadi imej yang hebat di lihat sangat menarik hati.
Kami lena dengan udara yang sedikit sejuk apabila aircond dipasang. Kepenatan melalui perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu terlerai bila kepala dipembaringan. Hebat The Palace Hotel, terima kasih dan kami akan datang lagi suatu masa yang kami tidak ketahui. Jumpa lagi. Kami cek out awal pagi menuju ke SPPN di Jalan Likas UMS.
2 Ulasan
Cantik-cantik gambar Encik Etuza ambil.
BalasPadamTidak sabar untuk tahu apa aktiviti yang dilakukan di KK.
Terima kasih..DI Kota Kinabalu, sekadar memenuhi tuntutan masa depan anak ada temuduga..Doakan semoga lancar dan berjaya ,aamiin..
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.