Berminat pada catatan ini. Sila Klik SINI.
Cek In Di Palace Hotel Kota Kinabalu, Hotel Bertaraf 4 Bintang.
Berbincang dengan anak hendak menginap di hotel mana di Kota Kinabalu pada 20/10/2025. Google beberapa Hotel di Kota Kinabalu, kemudian Etuza cadang pilihan kali ini di Palace Hotel di mana hotel ini pernah Etuza menginap semasa ada kurus dahulu sekitar 10 tahun lalu, dan memang sangat bagus perkhidmatan hotel ini, selain kelengkapan yang memenuhi syarat pelanggan.
Kami pun datang ke Palace Hotel dan cek in semasa maghrib pada 20/10/2025. Melihat lobi sahaja hotel ini memang sangat jauh berbeza dahulu. Alhamdulillah anak-anak Etuza juga menyukai hotel bertaraf 4 bintang ini. Kami di layan dengan baik, bagasi dan beg pakaian lain diusung oleh pekerja untuk sedia dihantar ke bilik tingkat 5.
Hal Makan Malam, Teruja Dengan Suasana Damai dan Tenang.
Oleh kerana di luar hujan renyai ketika kami sampai di hotel ini, maka rancangan untuk makan di restoran di Kota Kinabalu kami batalkan, selain itu asbab lain ada baby kecil yang perlu dilindungi dari cuaca malam sejuk di Kota Kinabalu. Etuza mengambil keputusan untuk kami makan malam di Hotel Palace Hotel ini. Pelayan memberitahu ada perkhidmatan makan dan boleh berunding di ruanagan makan nanti.
Masuk ke dining room, tempat makan tersusun rapi dan indah mata memandang, tenang dan damai dengan hiasan bunga hidup pada setiap ruang meja makan. Memang jauh berbeza 10 tahun dahulu. Cuma tidak ramai pelanggan makan di ruangan ini. Mungkin ramai pelanggan tinggal di bilik dan hanya oder makan sahaja ke bilik mereka. Kami semua memesan dari buku promotion bersama lampiran menu sempena Deepavali yang rasmi berlangsung pada 20/10/2025 ( Isnin). Etuza memesan pakej makanan Deepavali kerana tertarikh ada karing daging kambing dan sotong serta beberapa lauk lain yang amat menyelerakan. Selesai oder kami menunggu sambil bercerita sementara suru=i hati mendodoikan cucu dipangkuannya.
Pesanan Makanan Segera Sampai Dan Kami Makan Dengan Rasa Sangat Bersyukur.
Juadah makanan sampai dan dihidang kan di atas meja oleh pelayan lelaki yang berpakaian kemas penuh sopan santun. Hebat lah semua perkhidmatan di Palace Hotel pada semua perkara. Tabik hormat dengan mereka yang melayan kami bagaikan raja di sini. Kerana keluarga Etuza sahaja santai makan di ruangan daining room yang penuh cahaya bergemerlapan. Etuza berdoa dan kami menjamah makanan dengan tidak tergesa-gesa kerana hanya kami dalam ruangan makam malam ini di Hotel Palace.
Menikmati makanan seumpama ini dalam gambar tidak pernah terduga, tiba-tiba menjelma di depan mata. Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini. Syukur atas segala nikmata makanan yang engau lah memebrinya lalu terhampar di depan mata.
Realiti Juadah Makanan Rezeki Kami Malam Di Palace Hotel.
Lihat menu dan sajian makanan kami. Terhidang begitu indah, bersih dan tanda Hotel Palace amat menghargai pelanggan yang datang menginap di hotel ini. Inilah juadah kami dan kami bukan mengubahnya melainkan inilah realiti makanan yang menjadi rezeki kami malam di Palace Hotel yang terkemuka ini. Berbalaoi dengan kos RM226 pernight kami mendapat layanan dan perkhidmatan yang baik dari kakitangan The Palace Hotel yang murah dengan senyuman. Pasti kami datang repeat lagi ke hotel ini bila ada kelapangan bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. Jumpa lagi, maaf jika ada salah ejaan lagi.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.