Belajar Mempelajari Dan Mengingatkan Untuk Kebaikan.

Jauhi sifat mazmumah

Pengertian Mazmumah.

Malam ini Etuza belajar memahami apa itu mazmumah,mempelajari dan melakukan perkara baik iaitu bersikap baik yang terdaya selepas memahami erti mazmumah secara mendalam. Ya Allah hindarkan kami dari sikap mazmumah ini. Jadikan kami hambaMu yang suka menyampaikan ilmu yang baik menerusi blog kami. Jauhi kami dari tertipu daya dalam paparan blog kami ini. Aamiin.

Maksud mazmumah menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah sifat tercela, terkeji, terhina semua yang merujuk kepada perbuatan buruk termasuk menghina dan mengumpat keji orang.

Menurut Ikhtisar AL mazmumah ialah ( untuk akhlak tercela) seperti akhlak buruk yang tercela seperti sombong, dengki dan bohong. 

Terdapat dua kata yang saling berlawan makna, iaitu kata lain yang baik ialah mahmudah.Mahmudah ialah merujuk kepada akhlak yang baik dan terpuji seperti sabar, ikhlas dan bersyukur.

Elakkan Mazmumah.

Jika kita merujuk kepada makna mazmumah ini, kita dapat mengetahui semua perbuatan buruk adalah mazmumah yang amat merugikan kita. Sama ada sifat itu ditonjolkan dalam realiti kehidupan kita seharian atau kita tujukkan dalam paparan blog kita sendiri. 

Berkata angkuh, nada tinggi, dan kata-kata kesat menghina orang adalah jelas perbuatan mazmumah dalam kehidupan. Sikap seperti ini kita segara elakkan dan jauhi sekali dari menjadi amalan kita seharian. Mengakui kita ialah yang serba tahu dan ego dari menerima nasihat dan teguran kawan dan orang lain juga merupakan sifat mazmumah dalam diri yang amat ketara. Marilah kita jauhi sifat seperti ini, dengan cara menggantikan kepada sikap mahmudah ( akhlak terpuji ).Kita boleh melakukannya dan meninggalkan mazmumah yang merugikan.

Wujudkah Mazmumah Dalam Karya Diblog?.

Persoalan ini agak berat difikirkan, pertanyaan yang mungkin memerangkap ( terperangkap) pada diri sendiri atau kita terkena sendiri. Namun jika kita menyatakan bahawa apa yang kita letak kita kongsikan diblog adalah berkaitan satu perkongsian ikhlas, sebagai sumber yang mengukuhkan catatan kita atau sebagai tujuan memberikan blog hidup dan bernafas segar dengan informasi meliputi gambar mungkin akan ada pembaca atau blogger dan para pengkaji yang tarik nafas lega dan beristigfar banyak-banyak kerana baru melihat paparan blog blogger lain sudah menaikkan perasaan BURUK SANGKA.

Buruk Sangka Juga Sifat Mazmumah.

Mazmumah itu merujuk kepada apa sahaja sikap buruk, bermakna sikap BURUK SANGKA juga adalah termasuk sikap mazmumah. Sikap buruk sangka ini, tidak pernah dizahirkan di dalam paparan blog, tetapi mungkin akan terbawa cerita di luar lingkungan blog dengan menceritakan aib seseorang blogger yang suka kongsikan gambar dalam persembahan blognya kepada orang lain di sekitarnya, di rumah atau di pejabatnya. 

Perkongsian Gambar Dalam Blog.

Ada berbagai gambar yang dikongsikan selain imej dan jasad gambar blogger itu sendiri, termasuklah gambar ketika berada di kedai makan, gambar makanan mewah, gambar persekitaran yang indah cantik menawan dan menarik. Gambar pelancongan dan gambar kejelitaan kecantikan rumah banglo milik blogger dan sebagainya. Disinilah akan berlaku perlakuan sikap buruk sangka pada blogger dan blog yang dilihat dipenuhi gambar perkongsian itu. 

Buruk sangka pada blog, dengan mengatakan dalam hati blogger itu menunjuk-nunjuk, berlagak, keduniaan dan keterlaluan blogger itu kaya dan sombong. Marilah segera beristigfar jika sikap dan perasaan buruk sangka begini ada dalam hati kita sebagai pembaca, kerana apa yang kita sangkakan itu tidak benar berkenaan  dengan blog yang kita baca.

Hargai, Hormati Saling Menerima Dan Terbuka DiBlog.

Bersyukurlah kerana kita ada kemahiran berblog, ada ilmu mengurusi sesebuah blog peribadi yang ramai melihat dan membaca paparan di blog kita. Nawitu berblog adalah sama iaitu menyampaikan informasi dengan cara kita masing-masing seperti membuat infor catatan dan meletakkan gambar sebagai infor. Bila melihat paparan blog bergambar, segera kita hargai, kita hormati dan kita terbuka menerima keadaan persembahan blog mereka. Jauhi rasa buruk sangka, kerna perbuatan ini walaupun dalam hati akan merosakkan daging hati kita sendiri. Sebaiknya bersangka baik kepada blog kawan-kawan, dan bersyukur bersama kerana kita seolah bersama blogger itu dalam pengalaman indahnya melalui paparan gambar. 

Secara mojaritinya paparan gambar di blog masa kini adalah merupakan juadah makanan dan hidangan makanan di mana-mana kita kunjungi. Gambar makanan itu kita sukai kerana sebenarnya kita juga mampu meletakkan gambar makanan dalam blog jika kita mahu lakukan. Dan jika persembahan blog melibatkan resipi maka tidak hairan jika blog tersebut dipenuhi gambar makanan berasaskan resipi dari blogger terkenal. 

Ayuh kita pandang jauh ke hadapan dan mengelak dari fikiran negatif tetapi sentiasa positif diri, selalu menerima, menghargai, menghormati dan bersyukur pada paparan blog yang kita gemari. Jatuhkan komen yang membina yang disukai blogger dan elakkan komen yang berbaur menghina dan mecaci persembahan di blog yang kita baca. 

Kita boleh melakukannya kerana kita semua takutkan MURKA Allah. InshaAllah. Muhasabah diriku dan maaf jika ada terlebih kata.Etuza manusia biasa ada kelemahan sendiri. Salam sayang dan kita sahabat blogger, satu Malaysia.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu.. terima kasih perkongsian yang bermanfaat.. saya mengambil sebesarnya tulisan ini sebagai nasihat untuk diri saya.. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,sama-sama ustaz, perkara baik ambil perkara tak sesuai tinggalkan..sekadar muhasabah saya..realiti sebenar manusia yang paling kuat iman mungkin tidak setuju dengan muhasabah saya tu..Terima kasih sudi datang di wall balog saya.

      Padam
  2. Semoga kita semua dijauhi dari sifat terkeji..

    BalasPadam
  3. peringatan bersama..tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya menerima catatan saya dan datang terjah blog ini..

      Padam
  4. perkongsian di blog menambah ilmu n bermanfaat mahmudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti ada ilmu bila kita rajin membaca. Terima kasih ya..

      Padam
  5. Capeeeeek tahu kalo tiap saat berburuk sangka, berpikir negatif, iri, etc.. kadang saya tak habis pikir dengan orang2 yg suka menuliskan Kata2 kasar, tidak memikirkan perasaan orang lain.

    Sebegitu parahnya hidup dia, atau bagaimana.. sampai tega menuliskan Kata2 tak baik.

    Bagi saya, kalo tak suka, ya sudah, simpan saja. Atau sampaikan dengan bahasa santun. Kita bisa menilai karakter seseorang, dari cara dia menyampaikan pendapat, dalam tulisan ataupun verbal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya memahami catatan saya, kita sependapat..apapun jarang jumpa orang seumpama ini, semua blogger sangat baik,mereka ini sentiasa positif diri..saya hormati dan hargai semua blogger walau di mana.Tahniah Fanny Nila top one di Widget komentar blog saya ya..

      Padam
  6. keywordnya kena bersangka baik, ckp/tulis yg baik2, doa yg baik2 insya Allah (pesanan utk diri sendiri)

    BalasPadam
  7. Learning and reminding others for goodness is a beautiful act that strengthens our faith and character. Just like the lessons from surah kahf in roman english, it teaches us to stay humble, seek knowledge, and use it for the betterment of ourselves and others.

    BalasPadam
  8. Selama berblogging saya tidak pernah memikirkan untuk berburuk sangka terhadap tulisan blogger. Kalau tidak timbulkan isu saya akan tinggalkan komen. Kalau saya kurang faham apa yang ingin disampaikan saya hanya baca tanpa tinggalkan komen. Rasanya buang masa dan tambah aura negatif kalau blokwalking sambil mencari kekurangan entri yang kita baca. Yang negatif kita simpan, yang positif kita jadikan teladan.

    BalasPadam
  9. Terima kasih di atas perkongsiannya Cikgu. Semoga kita semua dirahmati Allah dan sentiasa menjadi orang yang baik-baik

    BalasPadam
  10. Semoga kita sama-sama dapat amalkan yang positif dan sikap mahmudah sesama kita. Fikir yang baik-baik, dan tinggalkan komen yang baik-baik sesama rakan bloggers.

    BalasPadam
  11. Betul itu jauhi prasangka dan dengki pada orang lain.
    Kita hendaklah turut rasa gembira apa yang mereka ada.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.